Followers

Tuesday 30 September 2014

Azmin UMUM EXCO Baharu Rabu Ini , Anwar Kat Mana ???


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan mengumumkan senarai portfolio bagi barisan Exco kerajaan negeri yang baharu pada Rabu.

Beliau berkata, portfolio itu akan ditentukan selepas mempertimbangkan keupayaan dan kepakaran setiap anggota Exco, supaya tanggungjawab itu dapat dilaksanakan secara efektif.

"Senarai portfolio akan diumumkan pada Rabu dan kita mahu memastikan semua Exco dapat menjalankan tugas dengan cekap dan efektif," katanya.

Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR, telah memperuntukkan empat jawatan Exco untuk wakil rakyat daripada partinya, manakala PAS dan DAP, masing-masing mendapat tiga jawatan.

Sebelum ni kecoh tempat Azmin ni akan diisi oleh si Jijah Omega tapi disebabkan semua orang tak suka dia maka terjadilah apa yang MMI labelkan sebagai insiden MB sehingga PAS dilunyaikan menjadi Pak Pandir !!

Akhirnya setelah macam-macam jadi tertaballah Azmin sebagai Menteri Besar .. Hmm semacam masih ada bau-bau nuar kat sini.Kalau dulunya si nuar ni jadi penasihat pelingkup ekonomi Selangor , di zaman Azmin ni nuar nak jadi apa pula ??

Hmm ada orang pro pembangkang tanya MMI , nuar diaorang nak letak kat mana lepas ni ??

MMI jawab Penjara Sungai Buloh !! Boleh macam tu hahahahahahaha...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels