Followers

Wednesday 24 September 2014

KEGAGALAN Kerajaan PAS Di Kelantan Sebabkan #PengkalanKubor PANASS ?!!

 

Cuaca panas terik di Pengakalan Kubor sememangnya dirasai oleh semua pihak , rata-rata jentera Barisan Nasional yang MMI temui mengakui bahawa cuaca tidak seperti biasa.Keadaan panas dan berbahang itu cukup untuk meletihkan siapa sahaja khususnya mereka yang kini sedang GIGIH melakukan kerja-kerja parti disaat-saat akhir ini.

Walau bagaimanapun semangat jentera BN tidak pernah pudar , malah jauh lebih gigih daripada biasa.Sama ada yang berjalan kaki , berkenderaan semuanya melakukan tugas dengan sebaik mungkin demi untuk memastikan calon BN Hj Mat Razi Mat Ail menang dalam PRK kali ini.

Berbalik kepada isu panas di Pengkalan Kubor , sepanjang proses kempen berjalan PAS sehingga kini tidak sekali pun bersuara tentang isu air.MMI ternanti-nanti bilakah PAS akan membuka mulut untuk sekali lagi membuat JANJI kononnya masalah air akan segera diselesaikan !!

Hmm langsung tak ada bunyi bro !!! Video bawah menjadi BUKTI kegagalan kerajaan negeri PAS di Kelantan sehingga penduduk Kampung Tualang Simpangan tidak mempunyai pilihan selain menggunakan air sungai sebagai bekalan asas.


Dah berapa lama PAS perintah Kelantan ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels