Followers

Tuesday 30 September 2014

Khalid Mahu Kosongkan Kerusi Pelabuhan Klang ?


Apakah akan berlaku satu lagi PRK selepas Pengkalan Kubor ? Secara jujurnya MMI sendiri kurang pasti namun dalam suasana politik yang tidak menentu ini segalanya boleh berlaku.

Kalau Anwar Ibrahim rasanya PRK ni macam mainan ja maklumlah main arah-arah mana-mana Adun untuk letak jawatan lepas tu bertanding , yang si penyokong pula bersorak bukan main tak pula puak-puak musibat ni pertikai tentang berapa banyak wang rakyat dihabiskan semata-mata untuk memuaskan nafsu si Nuar ??

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tidak lama lagi.

Ia dijangka diumumkannya selewat-lewatnya November ini. Menurut sumber, ia dibuat kerana beliau yang kini wakil rakyat bebas hanya mahu menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun belum ada permohonan rasmi dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Abdul Khalid memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak sekaligus atas tiket PKR.

Lagi pun beliau bukan lagi MB Selangor. Jawatan MB Selangor kini disandang oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Abdul Khalid meletakkan jawatan MB selepas usaha menyingkirkannya melalui Langkah Kajang bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang baru-baru ini.

Menurut sumber, sekiranya Abdul Khalid masih menjadi ADUN Pelabuhan Klang, ia menimbulkan suasana tidak selesa.

"Bagaimana bekas seorang MB yang dahulunya menerajui kerajaan negeri kini duduk sebagai wakil rakyat bebas dalam Persidangan DUN," katanya.

Abdul Khalid juga dikatakan tidak berminat menyertai Pas atau UMNO. Sebagai wakil rakyat bebas, Abdul Khalid akan berseorangan di dalam DUN Selangor dan suasana itu agak berbeza dengan Parlimen yang kedudukannya tidak berubah.

Bagaimanapun, menurut sumber, peletakan jawatan ADUN itu masih dalam pertimbangan Abdul Khalid dan masih belum muktamad.--MalaysiaGazzette

Ada pihak yang mahukan Khalid meneruskan tugasnya sebagai Adun Pelabuhan Klang , paling tidak beliau masih boleh bersuara dalam DUN Selangor tetapi kita juga harus melihat kepada kedudukannya sebagai wakil BEBAS.

Mungkin Khalid tidak akan selesa memandangkan beliau bekas Menteri Besar .. Hmm lagi PRK nampaknya !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels