Followers

Saturday 28 February 2015

Penyokong Presiden & Majlis Ulama PAS BACUL !!!!

Rasanya dah pelbagai kecaman serta penghinaan politik yang telah dilakukan oleh PKR dan DAP terhadap PAS.

Dan serentak dengan itu juga beberapa insiden yang pastinya menyakitkan mata pimpinan dalam parti itu mula mengambil tempat.

Yang pasti kesemuanya bersebab !

Mana mungkin secara tiba-tiba berlakunya desakan oleh ahli parti supaya Dr Hatta Ramli di pecat ?

Mana mungkin secara tiba-tiba Datuk Dr Harun Din di hina sebagai najis UMNO dalam PAS ?

Kemunculan PASMA secara tiba-tiba pada waktu hubungan PAS bersama sekutunya dalam Pakatan Haprak sedang bermasalah wajar diteliti dan diperhatikan.Tak perlu berbohong semua pihak faham benar permainan politik ini dan pastinya ia bersebab !

Dengan pelbagai lagi insiden lain kedudukan parti itu hari ini berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Golongan ulama Pas terus ‘diperangi’ rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dengan terbaharu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Pulau Pinang secara terbuka meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketuanya, Khairil Anuar Kamarudin berkata, desakan itu memandangkan Abdul Hadi dilihat menjadi liabiliti kepada usaha me­ngukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Menurut beliau, pendekatan Abdul Hadi itu jelas tidak selari dengan perjuangan ketiga-tiga parti pembangkang, sekali gus menyifatkannya sebagai perkembangan tidak sihat.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan.

“Jika masalah kesihatan dijadikan alasan, beliau seharusnya me­ngundur diri dan memberi ruang kepada pemimpin lain.

“Sehubungan itu, kita memberi tempoh 14 hari kepada beliau untuk membuat kenyataan rasmi dan jika terus berdiam diri, kita tidak akan berhenti mendesaknya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Khairil Anuar turut mengambil peluang ‘mengungkit’ kesilapan Abdul Hadi sepanjang Ahli Parlimen Marang itu mengetuai Pas dan menjadi Menteri Besar Terengganu.

Katanya, Abdul Hadi perlu sedar kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU-11) pada 2004 berlaku ketika eranya.

“Kelemahan beliau juga terserlah apabila Pas gagal mempertahankan Kedah dalam PRU-12 serta beliau gagal mengelakkan pertandingan sesama sendiri melibatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dalam PRU-13,” katanya.

Berhubung saranan Abdul Hadi terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) supaya meninggalkan Pas, Khairil Anuar berkata, mereka tidak bersetuju, malah menghargai kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan yang mahu mempertahankan pakatan pembangkang. -utusan 

Yang menghairankan MMI adalah ke mana perginya puak-puak yang mengaku bersama Presiden dan Majlis Ulama PAS ? Kenapa sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dari kumpulan ini untuk terus mempertahankan Presiden dan Majlis Ulama ?

MALANG sekali kerana kegagalan itu akan menyebabkan pimpinan seperti Hadi Awang , Datuk Dr Harun Din dan lain-lain akan terus dihina dan dicaci.

Melainkan mereka masih punya hati untuk terus bersama Pakatan Haprak !!!!

BACUL sungguh !!!!

MMI

2 comments:

  1. Penyokong tu ada tapi sbb penyokong/pemimpin asyik U-turn, sampai dah confuse jalan yg nak ikut. Ada yg sampai China town dll

    ReplyDelete
  2. Inilah kebiadapan yang tidak ada rasa hormat terhadap Presiden PAS supaya mengudur dari jawatan. Suruh lah anwar mengaku yang air maninya sedalam 4cm tu dia punya kemudian letak jawatan. manusia yang tiada morah diagungkan tetapi golongan ulamak dihina sedemikian rupa.

    ReplyDelete

Labels