Followers

Wednesday 25 February 2015

WOW Kenapa Guan Eng Berminat Sangat JUMPA PASMA ??


Tu dia ! Cerita yang boleh bikin hati puak-puak yang mengaku pejuang fisabilillah dalam PAS PANAZZZZZZ .. 

Di khabarkan bahawa satu perjumpaan pimpinan dalam PASMA bersama Lim Guan Eng ini telah diadakan pada 12 Jan 2015 bertempat di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada jam 11 pagi.

Berikut adalah serba sedikit agenda perjumpaan tersebut ...

Majlis ini bermula dengan ucapan aluan dari Lim Guan Eng. Beliau sangat gembira dengan kedatangan PASMA.

Dalam perbincangan mereka Dato Phahrolrazi memberi jaminan kepada Lim Guan Eng yang PASMA akan membantu DAP dalam segala urusan yang diminta oleh DAP.

Malah  PASMA memberi commitment 100%  untuk pastikan Presiden PAS ditumbangkan dalam pemilihan PAS tahun ini.

PASMA juga berikrar akan membantu DAP di Sarawak dikawasan penganut Islam.

Dalam masa yang sama PASMA memohon kepada Lim Guan Eng supaya semua jawatan PENGERUSI JKKN diberikan kepada ahli PAS yang sokong PASMA, begitu juga dgn lantikan ahli majlis MPPP DAN MPSP.

Lim Guan Eng  menyatakan telah melantik ahli majlis MPPP dan MPSP dikalangan ahli PASMA dan berjanji semua jawatan PENGERUSI JKKN kuota PAS akan diberikan kepada PASMA.

Dengan bersungguh sungguh  Lim Guan Eng sangat berharap agar Hadi Awang dan golongan ulamak ditumbangkan dalam pemilihan PAS tahun ini dan PASMA akan kuasai PAS.

Beliau juga mahu PASMA membantu DAP di Sarawak secepat mungkin dan mahu PASMA menghantar pasukannya ke Sarawak dalam bulan Februari ini, segala perbelanjaan akan ditangung oleh DAP. DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas dikawasan FELDA di Johor dan kawasan Melayu Johor. Johor next target utk ditawan dlm PRU 14.

Dengan kekayaan dan sumber kewangan tanpa had..Dap akan memberi peruntukan sebanyak RM1/2 juta kepada PASMA setiap 3 bulan.Baca seterusnya kat SINI 

Fuiyooo !!! Kalau betullah seperti di kata memang Hadi Awang dan barisan ulama dalam PAS dah perlu membuat satu keputusan drastik SEGERA !! Jangan sampai jadi BALACI beb ...

MMI

1 comment:

  1. Bagus la Ular-ular Maa sepatut masuk DAP begitu juga segelintir dari UMNO dan PKR yang dok bela Cina.

    ReplyDelete

Labels