Followers

Monday 2 March 2015

Ceritanya Dah Sampai Ke Tahap BARUA !!!

Kalau ada benda yang sedang membusuk lama mana kita boleh cover line ye tak ? Satu hari bau itu akan menusuk ke lubang hidung siapa jua disekeliling kita walaupun kita dah usaha untuk melindunginya.

Macam tulah parti PAS hari ni , dah lama sebenarnya kepincangan ini dapat dihidu cumanya dok pakat tak mau mengaku !!!

Nah armada yang dulunya berbangga dengan kapal berlayar besar kononnya BUKTI betapa perjuangan dan prinsip menjadi nadi utama sudah tidak serupa kapal lagi.Kesilapan memilih kelasi telah menyebabkan nakhoda sendiri mahu di humban ke dalam laut.Biar nakhoda lemas dan tenggelam ke dasar asalkan kapal dapat dipesongkan ke pelabuhan orang lain.

Penunjuk arah kompas tidak lagi menjadi pilihan kerana mereka asyik mengikut renangan ikan duyung yang nampak cantik dari luar tetapi dalamnya penuh dengan hasad dengki dan kepura-puraan.

Armada itu makin layu dan makin lemah dek kesilapan awak-awak yang kini menggila mahu menjadi nakhoda !!

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semalam mendedahkan bahawa WUJUD kumpulan yang dilabelkan sebagai 'barua' dalam PAS yang lebih mentaati kepimpinan Pakatan Haprak daripada perjuangan sebenar parti itu.

Beliau berkata kelompok ini dikesan cuba memisahkan pemikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bapanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu selain berusaha memecah-belah parti agar menyimpang daripada perjuangan sebenar , ianya telah wujud sejak beberapa tahun ke belakang.

“Lebih kurang lima tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk ‘Kerja-kerja bodoh dalam Pas’ sewaktu arwah Tuan Guru ayah saya (Nik Abdul Aziz) berada di Makkah.

“Ianya menjadi kekecohan di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon Tok Guru arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

“Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis adalah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli Pas terhadap kewujudan usaha untuk memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah ‘Kerajaan Perpaduan’ terhadap Presiden Pas”.

Nik Mohamad Abduh berkata, dakwaan kewujudan golongan pemisah sebagaimana didedahkan akhirnya menjadi nyata dan beliau berasa bahagia kerana Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) sempat melihat perkara ini sebelum meninggal dunia.

Menurutnya, dalam mengatasi krisis kepimpinan tertinggi parti, semua ahli perlu kembali kepada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.Baca Selanjutnya

Agaknya sejauh mana saranan Nik Abduh itu boleh memberikan kesan kepada ahli dan kumpulan-kumpulan dalam PAS ?

Jika melihat kepada kemelut yang sedang berlaku dalam PAS hari ini jelas saranan itu mungkin dipandang sebelah mata oleh mereka yang di gelar barua oleh Nik Abduh.Sepanjang pemerhatian MMI sudah ada dikalangan mereka yang lebih mementingkan kedudukan serta kuasa politik daripada perjuangan PAS itu sendiri.

Tak perlulah kita bertanya siapa BARUA yang di maksudkan oleh Nik Abduh kerana apa yang selama ini terhidang di depan kita sudah menjawab persoalan tersebut.

Hakikatnya PAS sejak dulu sering kali bermain drama dan drama itu selalunya berlanjutan dengan ratusan episod yang penamatnya sudah boleh diduga.Cuma kali ini plot dan skripnya agak berbeza apatah lagi Nik Aziz baru sahaja meninggalkan kita semua.

Persoalan sama ada PAS mampu menangani kewujudan BARUA dalam parti hanya boleh diselesaikan melalui tindakan dan keputusan paling drastik pimpinan ulamanya ! JANGAN BERCAKAP SAJA !!!!

Jika tidak ! Nik Abduh hanya membuang masa !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels