Followers

Thursday 26 March 2015

SKMM Siasat Dakwaan Majlis Raja-Raja Tolak Hudud

Inilah akibat yang perlu kita depani apabila terlalu berlembut dengan pihak-pihak yang kita tahu sering kali mengambil kesempatan terhadap apa jua keadaan demi kepentingan politik satu-satu pihak.

Kita pernah mendengar suara-suara pembangkang yang membuat tuduhan kononnya UMNO menggunakan segala ruang media untuk kepentingan parti tersebut , tetapi jarang sekali kita mendengar suara yang mengatakan pembangkang menggunakan segala medium khususnya media sosial untuk menyebarkan fitnah dan juga hasutan berbau politik.

Adakah kerana mereka pembangkang ? Sorry to say ramai dikalangan rakyat kita sebenarnya telah dikelirukan oleh propaganda jahat pembangkang dan mereka tidak pernah serik untuk melakukannya.

Kini mereka kembali menyerang institusi Raja apabila satu penyebaran kenyataan kononnya Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan hudud di keluarkan oleh salah satu portal pro pembangkang !

Kerana itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat penyebaran tersebut kerana dakwaan bahawa kenyataan itu dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan adalah satu tuduhan atau fitnah yang cukup jahat.

Susulan itu, menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata masyarakat perlu berhati-hati dalam mempercayai sebarang kenyataan tanpa usul periksa.

“Kita akan siasat dan perkara itu tidak benar. Ada orang cuba mempalitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

“Sebagaimana saya katakan, setiap perkara yang tersebar, kita mestilah mendapat pengesahan atau verifikasi lebih awal. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial hari ini”, katanya ketika mengulas berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebuah portal berita itu.

Beliau turut menegaskan supaya masyarakat tidak terlalu percaya dengan sebarang kenyataan yang bertujuan untuk memecah-belahkan keharmonian kaum di negara ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebuah portal berita itu mendakwa mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 atau Akta 355, Undang-Undang Persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Sementara itu Bernama melaporkan , Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata, laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers di sini pagi tadi juga bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

“Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

“Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac (semalam) yang menyentuh perkara (hudud) itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Apa pun kita mahukan supaya pihak terlibat dikenakan tindakan sekeras-kerasnya kerana sudah terlalu banyak kejadian seumpamanya berlaku.

Apa yang MMI tunggu adalah sejauh mana tindakan yang bakal diambil terhadap portal terbabit ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels