Followers

Tuesday 7 April 2015

POTA Akhirnya Di LULUSKAN (VIDEO Inside)

Akhirnya setelah tiga kali undi bahagi, RUU POTA (Akta Pencegahan Keganasan) diluluskan. Perbahasan sampai ke dinihari dan kemenangan akhirnya diperolehi oleh blok Kerajaan.

Menariknya, PKR dan DAP sepakat menuduh PAS sengaja mensabotaj 'kemenangan' Pakatan dalam isu tersebut apabila 8 orang Ahli Parlimen PAS tidak hadir untuk memberikan undi kepada Pakatan DAP-PKR.

Pakatan sebelum ini berusaha bermati-matian dan dengan sebarang cara agar pembentangan usul POTA tidak dapat dibuat di Parlimen. Mereka mendakwa POTA 2015 akan dijadikan alat politik oleh kerajaan, sekaligus menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana kebanyakan masalah, berpunca daripada keghairahan kempen dan perang saraf mereka.

Matlamat POTA adalah untuk membanteras keganasan. Tiada sepatah pun perkataan di dalam rang undang-undang tersebut mengizinkan digunakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politik.

Apabila dikuatkuasakan nanti, POTA akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  selain melengkapi undang-undang negara sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan yang mana kedua-duanya hanya boleh digunakan oleh kerajaan selepas jenayah dilakukan.

POTA boleh digunakan sebelum satu tindakan keganasan dilakukan. 

Asas penggubalan POTA adalah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, justeru, dakwaan bahawa rang undang-undang tersebut diciplak atau dikitar semula daripada ISA 1960 disifatkan tidak berasas sama sekali.

Penguatkuasaan POTA akan memberi kuasa yang lebih kukuh kepada pihak berkuasa untuk menghalang pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini.sumber 

MMI kata Tahniah kerajaan di atas kelulusan POTA dan disebalik kelulusan undang-undang baru ini timbul pula cerita lawak sikit apabila PKR dan DAP menuduh PAS sabotaj Pakatan Haprak sebab 8 orang Ahli Parlimennya tak hadir.

Kihkih macam-macam hal kira nak membangkang ja kerja dia sampai sahabat sendiri pun dia balun ! Hahaha ambik tindakan la beb .. Buat surat tunjuk sebab ka dan hantar pi dekat parti PAS suruh depa jawab ! 

Oklah MMI rasa video penerangan kat bawah ni bagus untuk di tonton sebab banyak perkara yang telah diperjelaskan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

No comments:

Post a Comment

Labels