Followers

Sunday, 28 June 2015

Laporan The Age Tidak Benar - @mohdshafieapdal @NajibRazak


Akhbar Australia The Age sebelum ini melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.Seterusnya 

Sesuatu yang pasti siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana laporan yang disiarkan itu benar.

Sementara itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata blok pangsapuri di Melbourne, Australia yang dibeli Mara Incorporated Sdn. Bhd. pada 2013 tidak sahaja diperoleh pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai sebenar, malah turut mendatangkan keuntungan.

Apa yang dilaporkan akhbar Australia, The Age yang menjadi senjata pembangkang kini adalah tidak betul sama sekali dan penjelasan lengkap akan terus dibuat bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian. 

Menurut beliau, nilai sebenar blok pangsapuri itu ketika dinilaikan oleh badan antarabangsa sebelum pembelian dibuat dianggarkan bernilai sekitar AS$26 juta (RM75.2 juta) dan bukannya AS$17.8 juta (RM51.5 juta) seperti dilaporkan.

“Terkini saya difahamkan, nilai blok pangsapuri itu sudah meningkat kepada AS$27 juta (RM78 juta). 

“Tambahan pula blok pangsapuri itu disewakan kepada 60 peratus pelajar asing dan 40 peratus pelajar kita. Jadi, sudah tentu ada keuntungan bagi pihak Mara,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan elaun kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) beberapa buah kampung di Sekolah Kebangsaan Simpor, Tikam Batu di sini. 

Hadir sama Ahli Dewan Negara, Senator Shahanim Mohd. Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah serta Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad. 

Menjelaskan rasional pembe­lian blok pangsapuri berkenaan, Mohd. Shafie berkata, tindakan itu setidak-tidaknya dapat membantu para pelajar Malaysia untuk tinggal di kediaman terjamin selamat dan selesa daripada menyewa di tempat lain yang belum pasti keadaannya. 

“Lagi pula bangunan itu sudah menjadi milik kita sendiri dan tidak perlu untuk kita membayar sewa secara tahunan. Tidakkah perkara itu baik untuk kita?” soalnya. 

Tambahnya, sebaik sahaja mengetahui mengenai isu dibangkitkan itu, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri selain mengarahkan Mara untuk mempelawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi berkaitan bagi menjalankan siasatan. 

“Kita hanya ada satu dokumen perjanjian pembelian. Semuanya tertera di situ dan saya yakin kita tidak perlu gentar jika apa yang ada dalam dokumen itu membawa kepada kebenaran,” katanya.

Mengenai putar-belit pihak tertentu yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu itu, beliau lantas menafikannya. 

“Perdana Menteri adalah pengerusi Majlis ekonomi yang melibatkan banyak menteri lain seperti Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Wahid Omar selain Bank Negara. Persetujuan dibuat oleh banyak pihak dan melalui pelbagai peringkat. 

“Secara keseluruhannya proses tersebut melibatkan penelitian terperinci dan kita memenuhi semua peraturan,” ujarnya. -UM 

MMI

3 comments:

  1. Turun la bagi peluang kepada orang lain.

    ReplyDelete
  2. dengan tertangkapnya Xavier Andre Justo si pemeras ugut PetroSaudi di Thailand, maka selesailah al kisah 1MDB.
    Segala tohmahan hanya fitnah belaka . . . Muhyiddin Yassin, Nazir Razak dan Putra Mahkota semuanya tertipu oleh agenda musuh negara.
    Rupanya ini semua fitnah !
    Tun sudah menipu. Sudah jadi musuh bangsa dan negara. Legasi hilang hancur berkecai. Wajah di PWTC kini dibayangi gerhana.
    Ah Jib Gor memang betul. Mana ada masalah? Ini semua fitnah !
    Hutang empat puluh dua billion ringgit akan terlunas. Deutsche Bank, Goldman Sachs, Mubadala, Murabaha, Mudahraba semua tiada isu, tiada masalah.
    Bond, collateral, liquidity, gearing, discount rate, interest rate, rate of return, sovereign debt, fees, charges, commissions, NPV, IRR, DCF, IPO, cash, shares, units . . . semuanya kosa kata tanpa makna di alam nyata. Ingat, itu semua bunga bunga fitnah semata.
    Aabar Deposit, Brazen Sky, GIL fund dan segala "pelaburan" di Cayman Island berhasil lumayan melimpah ruah.
    Investasi dalam PetroSaudi menjadi Lubuk Emas. Berbillion tong rizab minyak menunggu sahaja di Turkmenistan dan Argentina.
    Pembelian IPP usang dihujung konsesi terbukti cemerlang. Syabas !
    Nilai TRX meletop, harga lot kosong akan mencecah sepuluh ribu ringgit sekaki persegi . . . Azeez Rahim genius hartanah negara.
    Bandar Malaysia bangkit bagai cendawan; tanah Pulau Pinang sudah nyah setinggan dan terbina beribu unit rumah rakyat.
    Konglomerat tenaga gergasi Edra Global Energy tersenarai dalam bursa saham . . .
    . . . rugi menjadi untung, fakta menjadi fitnah, penyamun menjadi perwira, penyangak menjadi pembΓ©la, . . . tunai yang menjadi unit menjadi tunai . . .
    Semua isu terbenam, masalah tertanam, tohmahan terpendam.
    Segalanya hanya fitnah !
    Xavier Andre Justo ialah kunci segalanya. Sekarang semua sudah selesai.
    Apa perlu siasatan PAC? Lapuran Ketua Audit Negara? Telitian Bank Negara? Buat apa itu semua? Fitnah dan tohmahan si tua nyanyok jangan dilayan. Lagi bagus bikin wang.
    Hakikatnya, 1MDB durian runtuh buat negara. Kita semua kaya raya.
    . . . Arul Kanda, Husni Hanadzlah, Ahmad Maslan wira gemilang; Nazri Aziz pendekar cemerlang . . . Lim Kok Wing kesatria tampan menawan di julang.
    .Hidup Ah Jib Gor. Pahlawan Bugis terbilang !
    .

    ReplyDelete
  3. Apa yang tidak benar. Dan apa pula kebenarannya?

    ReplyDelete

Labels