Followers

Thursday 11 June 2015

PAS Cabar DAP Bubar DUN , Guan Eng Ambil Kisah Ker ?

Pertembungan ideologi yang tidak setara dalam Pakatan Rakyat akhirnya membuka pekung bahawa isinya terlalu busuk dan apa yang digembar-gemburkan oleh 3 parti yang mengaku anak beranak itu hanyalah satu dakyah songsang yang diwujudkan semata-mata atas nafsu politik.

Jika dilihat kronologi pembentukan pakatan itu sendiri kita dapat mengagak bahawa ianya berlaku atas beberapa faktor.

Kedudukan politik , pengaruh , nafsu untuk berkuasa, dendam , ego dan pertembungan ideologi politik menjadi ramuan yang meloyakan tekak bukan sahaja para penjilat Pakatan Haprak tetapi juga rakyat.

Setelah beberapa pertikaian dan tuding menuding antara pimpinan dalam parti yang terlibat , kemudiannya gerakan halus yang mencemari maruah parti di dalamnya Pakatan Haprak akhirnya sudah sampai ke tahap meraban.

PAS yang dulunya begitu berbangga dengan Tahaluf Siyasinya kini menjadi mangsa penguasaan rakus parti DAP dalam Pakatan Haprak.Siapa berani menafikan penguasaan secara total DAP dalam Pakatan Haprak hari ini ?

Rata-rata melihat penguasaan dan keangkuhan DAPlah yang menjadi penyebab kepada berlakunya cerita sorong tarik parti-parti dalam Pakatan Haprak.


Jika tidak situasi bicara menolak hudud tidak akan berlaku di Kota Bharu ! Klik Sini 

PKR pula macam biasa , asyik dengan segala kritikan terhadap kerajaan dan macam-macam cerita penglipur laranya.Sikap mendabik dada kononnya berdiri atas nama rakyat sedang hakikatnya menangguk di atas segala kerja keras kerajaan selama ini dilihat sebagai satu kegagalan seolah-olah tiada benda baru yang boleh parti ini tampilkan kepada rakyat.

Nak kata ada perubahan , warga Selangor di laporkan masih lagi berdepan dengan masalah keperluan asas seperti air dan sehingga kini pembekalan air bersih masih lagi menjadi igauan ngeri bagi kebanyakkan penduduknya.

Malah PKR kini turut menjadi mangsa kerakusan sikap egois DAP sehingga Menteri Besarnya di beri kata dua pilih PAS atau DAP !

Dalam semua keadaan itu , PAS jauh lebih terkesan sehingga porak peranda seluruh keluarga politiknya.Mimpi indah yang diimplankan oleh pimpinan parti menjadi pegangan akar umbi walaupun realitinya mereka sudah sampai ke tahap mahu menggadaikan prinsip perjuangan sendiri.

BUKTInya strategi bekas Timbalan Presiden PAS sewaktu PRK Pengkalan Kubor sebelum ini yang jelas lebih mengagungkan kedudukan dan kuasa politik daripada pendirian dan perjuangan parti itu sendiri.Mat Sabu Mahu PAS Jadi DAP ! 

Kini setelah menempuh pelbagai insiden tuding menuding dan berdepan dengan penghinaan daripada DAP terhadap Hadi Awang , PAS di lihat mula melakukan perubahan ! Muktamar PAS yang baru selesai memperlihatkan kepada kita bagaimana parasit yang tumbuh dalam parti itu di kikis satu persatu.

Kemenangan kumpulan pro Ulama yang kini menguasai parti itu dilihat sesetengah pihak sebagai satu kebangkitan walaupun hakikatnya ia masih lagi samar memandangkan beberapa keputusan peringkat tertinggi yang mahu terus memelihara taraf pencacai dalam Pakatan Haprak.

Kemudiannya berlakulah apa yang kita sebut sebagai serangan balas terhadap DAP !

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim seperti mana yang dilaporkan oleh Mstar telah mencabar supaya DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan dipertandingkan semula supaya ia mampu dijadikan kayu ukur kemampuan DAP yang dilabel sebagai angkuh dan sombong itu.


Dari segi politiknya , PAS semacam tidak lagi rela untuk dipergunakan oleh DAP apabila dengan lantang cabaran sedemikian dilontarkan.

Namun REALITINYA tindakan itu langsung tidak menjejaskan kedudukan Guan Eng dan DAP apatah lagi mampu menggugat penguasaan parti cauvinis itu di Pulau Pinang.Malah sebelum ini pun kedudukan PAS Pulau Pinang hanyalah sekadar melukut di tepi gantang tanpa mendapat sebarang pengiktirafan yang sewajarnya daripada DAP.

Suara PAS bukanlah dominan dan mereka tidak akan mampu merubah apa-apa waima mengambil keputusan untuk keluar daripada Pakatan Haprak sekalipun.

Malahan cabaran dangkal daripada wakil PAS itu amat memalukan sekali kerana PAS sebelum ini hanya mampu memiliki 1 kerusi DUN sedangkan DAP menguasai 19 manakala PKR 10 selebihnya milik UMNO dengan 10 kerusi.

Bahkan kalau PAS mengambil keputusan untuk bersama UMNO sekalipun apa yang mampu PAS lakukan dengan jumlah 11 kerusi ?

Atau PAS mampu menggugat kedudukan kerusi milik PKR ? Come on ,, jika PAS mampu merampas kerusi PKR sekalipun mereka masih memiliki 11 kerusi masih jauh untuk mengatasi DAP melainkan bekerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan DAP.

Soalnya bolehkah ianya dilakukan ?

Yang pasti apa jua cabaran sekalipun , DAP akan kekal dengan ego dan cengkamannya terhadap Pakatan Haprak dan PAS dilihat tidak akan mampu melakukan apa-apa memandangkan dalam parti itu sendiri pun ada parasit yang kini sedang menghitung detik untuk melakukan sesuatu.

Bahkan sejarah telah tercatat DAP dan pemimpinnya tidak akan teragak-agak untuk melakukan pembohongan demi pembohongan kerana mereka tahu penguasaan parti itu di Pulau Pinang (setakat ini) adalah sesuatu yang MUSTAHIL untuk digugat oleh mana-mana pihak !

Siri pembohongan pemimpin DAP !!

2 comments:

  1. Hahaha..guan eng lu ada telur kr?..ada berani?

    ReplyDelete
  2. Kita sudah berjaya tipu melayu ppinang.francis light pernah tipu melayu kedah.kita pintar wang banyak boleh beli telur melayu ne ne ne ka ka ka

    ReplyDelete

Labels