Followers

Sunday 14 September 2014

Mat Sabu Mahu PAS Jadi DAP , Apa Kata Wan ROSDI ??


Pada ketika PAS sedang berkempen di Pengkalan Kubor , Mat Sabu Timbalan Presiden PAS dilaporkan bikin panas.Beliau yang diketahui merupakan antara pemimpin PAS paling TAKSUB dengan DAP dan PKR kini mahu parti itu melakukan perubahan.

Perubahan yang kononnya akan menentukan kesinambungan sokongan rakyat Malaysia terhadap parti PAS !

Sebelum tu MMI nak merujuk kepada kenyataan Nik Aziz semalam sewaktu proses penamaan calon.

Katanya setiap perkara yang dilakukan di dunia ini akan berkait dengan akhirat, termasuk pilihan raya."Hanya ajaran Islam sahaja yang akan mengingatkan umat manusia pada hal akhirat dan bukannya ajaran sekular.

"Setiap pembalasan akan berlaku di akhirat kelak sama ada yang baik atau yang buruk," ujarnya.

Ternyata Nik Aziz kekal dengan pendiriannya walaupun dalam banyak perkara tindakan beliau sendiri tidak melambangkan apa yang beliau katakan.

Namun yang lebih menarik adalah nada Mat Sabu yang jelas berbeza daripada kenyataan Mursyidul Am PAS tersebut.

Menurut Mat Sabu , PAS perlu meniru DAP dalam taktik politik iaitu dengan berpura-pura seperti mengambil berat tentang keadilan sosial walaupun hakikatnya ia hanyalah satu lakonan semata-mata dan bertujuan untuk memancing perhatian dan sokongan semata-mata.

PAS perlu mencontohi DAP yang memperjuangkan bukan Islam untuk menjajah umat Islam agar suatu ketika nanti, seorang lagi 'Jokowi' akan dipilih untuk menjadi pemimpin.Mat Sabu mengutuk PAS yang masih berterusan meletakkan Majlis Syura sebagai badan teratas dengan menganggap Majlis Syura hanyalah golongan Islamis yang berasakan mereka telah menguasai sepenuhnya parti tersebut sedangkan hakikatnya Majlis Syura hanyalah sebuah badan yang penuh retorik dan tidak mempunyai sebarang kuasa.

Menurut Mat Sabu lagi, ulama-ulama PAS yang seringkali menggunakan retorik agama pada sepanjang masa, seharusnya mencontohi dan menjadikan para pemimpin DAP sebagai teladan serta turun bersama-sama rakyat, bukannya sekadar memberikan syarahan dan ceramah semata-mata.

"Para pemimpin PAS tidak lagi sepatutnya menggunakan Islam untuk mendapatkan undi daripada rakyat.

Sudah sampai masanya untuk PAS membenarkan seorang 'Jokowi' diundi dan dipilih oleh rakyat Malaysia. Para pemimpin jumud PAS perlu sedar diri dan memberikan sokongan kepada orang yang boleh mendapat undi popular."

"Undi popular - apabila tiba masanya - hanya boleh diperolehi oleh seseorang yang 'seperti Jokowi.' Pucuk pimpinan PAS tidak perlu berbangga sangat dengan Islam untuk mempertahankan diri mereka daripada sebarang tindakan," tegas Mat Sabu.sumber 

Mat Sabu ternyata tidak lagi boleh menahan diri apabila secara terang-terangan membuat kenyataan sedemikian.Yang menjadi persoalannya kenapa kenyataan itu dibuat pada ketika PRK Pengkalan Kubor ?

Apakah Mat Sabu mahu mensabotaj parti PAS dan calonnya ??

Paling penting adakah ini yang menjadi penyebab kenapa Wan Rosdi yang diwar-warkan oleh PAS sebagai kontraktor terpilih di pilih sebagai calon ? 

Apakah ianya ada kena mengena dengan agen Anwarinas yang berleluasa dalam parti PAS ketika ini ??

Atau Wan Rosdi sendiri sebenarnya adalah sebahagian daripada anwarinas dalam PAS ??

Dua pendirian yang berbeza diantara Nik Aziz dan Mat Sabu jelas mengelirukan !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels