Followers

Saturday 27 June 2015

Siapa Rakyat Malaysia Yang Di Sebut JUSTO ? #1MDB


Berita penangkapan bekas pekerja PetroSaudi oleh pihak berkuasa Thailand jelas sekali membuka plot baru dalam isu melibatkan 1MDB.Seperti mana yang semua pihak sedia maklum penangkapan Justo seorang pemeras ugut syarikat PetroSaudi secara tidak langsung telah membuka aib beberapa portal pro pembangkang yang selama ini begitu galak melaporkan isu-isu berkaitan 1MDB walaupun hakikatnya laporan berupa tuduhan itu tidak punya bukti dan asas kukuh.

Malah segelintir daripada warga Malaysia turut sama mempercayai tiap laporan tersebut dan sesetengahnya menjadikannya sebagai peluru untuk menyerang kerajaan dan kepimpinan negara.Tidak ketinggalan juga kesan daripada tuduhan berdasarkan persepsi semata-mata ini menjadi penyebab kepada keadaan kurang selesa dalam parti UMNO sendiri.

Kelantangan bekas Perdana Menteri mengasak pentadbiran Perdana Menteri hari ini bukanlah sesuatu yang boleh kita anggap sebagai remeh memandangkan beliau punya pengaruh tersendiri dalam parti UMNO.Dan keadaan ini sejujurnya tidak banyak membantu parti itu walaupun di pihak Tun Mahathir mengaku tindakan tersebut atas dasar sayangkan parti.

Dan sesuatu yang agak aneh telah berlaku apabila kumpulan ini kemudiannya diberikan perhatian tahap EKSKLUSIF oleh media-media pro pembangkang seolah-olah bekas pemimpin yang pernah digelar sebagai Maha Firaun sebelum ini telah bertukar menjadi Maha Maksum !

Malahan pemimpin-pemimpin pembangkang yang pada mulanya di lihat antara yang paling awal melakukan asakan ini kemudiannya dilihat tenggelam akibat daripada laporan yang berkisar kepada kelantangan Tun Mahathir.

Mungkin laporan yang melibatkan bekas Perdana Menteri ini jauh lebih tinggi permintaannya daripada pemimpin pembangkang yang kebanyakkannya sering kali kantoi dalam tuduhan liar sebelum ini.

Rencah serangan dan asakan bertali arus ini secara tidak langsung sebenarnya berdasarkan kepada beberapa isu yang didedahkan oleh Sarawak Report yang kemudiannya dimanipulasi dengan begitu hebat oleh media-media pro pembangkang. 

Kini setelah beberapa siri asakan dan serangan terhadap kepimpinan dan negara termasuklah serangan-serangan peribadi , kita dikejutkan dengan berita penahanan seorang bekas pegawai PetroSaudi yang melakukan kerja-kerja memeras ugut syarikat tersebut membabitkan jumlah wang yang mencecah sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta).Baca Sini 

Walaupun ada pihak yang melahirkan keraguan dan mempersoalkan penangkapan tersebut hakikatnya ia telah mengundang keresahan banyak pihak.Pendedahan yang terhasil daripada penangkapan tersebut semestinya bakal mengheret beberapa pihak yang sebelum ini begitu agresif menyerang walaupun sering kali diingatkan supaya mengemukakan fakta dan bukti yang sahih.

Serentak dengan itu , Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam berkata, Kerajaan akan menunggu laporan daripada pihak berkuasa Thailand terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap beberapa buah portal berita pro Pembangkang (PR) seperti Sarawak Report, The Malaysian Insider (TMI) mengenai penyebaran emel yang mengandungi maklumat palsu yang melibatkan perjanjian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd.

Jelas Perdana Menteri lagi, kerajaan Thailand menerusi polis mereka akan menyalurkan segala maklumat  yang diperolehi kepada polis Malaysia setelah siasatan selesai sedikit masa lagi.

Beliau turut menegaskan sekiranya terdapat bukti kukuh penglibatan pihak tertentu dalam penyebaran maklumat palsu dan fitnah ke atas 1MDB yang akan dikemukan oleh kerajaan Thailand, satu keputusan dan tindakan sewajarnya akan diambil termasuk tindakan saman terhadap pihak yang terlibat. 

Setakat ini keputusan siasatan awal pihak berkuasa Thailand mendapati Justo bertanggungjawab memberi maklumat palsu kepada Sarawak Report dan beberapa individu paling berpengaruh di Malaysia yang masih dirahsiakan namanya.

Manakala Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Zahid Hamidi telah pun mengesahkan bahawa beberapa rakyat Malaysia terlibat dalam dakwaan memanipulasi dokumen dan emel daripada PetroSaudi International tentang urusniaganya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan pihak berkuasa Malaysia bersedia untuk mengekstradisi rakyat Malaysia tersebut ke Bangkok bagi membantu siasatan sekiranya terdapat permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand.

"Semasa soal siasat, Justo mengatakan nama beberapa rakyat Malaysia yang dikatakannya meminta untuk memanipulasikan fakta daripada maklumat yang dimuat turun daripada sistem komunikasi PetroSaudi," Zahid berkata kepada wartawan di sebuah program di Melaka semalam.

Cumanya nama-nama individu yang disebut oleh Justo masih lagi belum didedahkan oleh pihak berkuasa Thailand dan MMI sendiri belum pasti sama ada pihak berkuasa Malaysia sudah pun di maklumkan tentang individu-individu terbabit.

Apa pun banyak pihak kini sedang menanti perkembangan kes ini dengan penuh minat dan sesuatu yang pasti adalah siapa rakyat Malaysia yang didedahkan oleh Justo ? Berdasarkan kepada siasatan pihak berkuasa Thailand jelas di sebut pihak yang meminta Justo untuk memanipulasi fakta itu terdiri daripada beberapa individu paling berpengaruh di Malaysia. 

Maka MMI yakin siapa jua individu terbabit mereka sebenarnya berkumpulan atau paling tidak pun punya hubungan sama ada sebagai satu pasukan atau punya hubung kait modus operandi yang sama untuk kepentingan tertentu.

Dan kerana itu jugalah hari ini kita sudah melihat beberapa pihak mula melakukan damage control dengan cubaan untuk menimbulkan kesangsian terhadap penangkapan Justo kononnya penangkapan tersebut seolah-olah satu konspirasi !

Konspirasi apa lagi yang mahu diwujudkan melainkan pihak yang kini sudah mula terasa bahangnya sudah tidak senang duduk kerana mereka tahu apa yang bakal didedahkan nanti mampu membuka aib yang barangkali akan membawa kepada status PENGKIANAT !

MMI

2 comments:

  1. Saya berharap jika ianya melibatkan Mahahtir & co. dan di sertakan dgn bukti kukuh,tindakan perlu juga di ambil,jangan di biarkan begitu saja.Kerana egonya ,beliau sudah agak melampau dalam tindak tanduk dan tutur katanya,terutama terhadap PM Najib dan dulunya Pak Lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pm dah tentu yg pertama disebut..hhh

      Delete

Labels