Followers

Tuesday 21 July 2015

POLITIK RAYA !!


Kalau kita perhatikan gambar diatas , pasti kita akan dapat melihat kesungguhan pihak terbabit untuk menyampaikan mesej kepada umat Islam di seluruh negara betapa mereka begitu mengambil berat tentang Hari Raya Aidilfitri.

Kedudukan banner daripada kerajaan DAP di Pulau Pinang kemudiannya daripada PAS Pulau Pinang dan paling kanan sekali daripada parti politik baru pimpinan Mat Sabu yang dipasang sebaris itu seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa puak-puak ini masih lagi bersama dan erti kata sebagai satu pasukan.

Itu kalau kita tengok sekali pandang tapi kalau diperhatikan betul-betul pasti kita akan tertawa sendirian , hihi macam berlumba jer !! Masing-masing nak tunjuk merekalah yang paling mengambil berat tentang perihal rakyat sedangkan sebelum ini kumpulan-kumpulan inilah yang menjadi sebahagian daripada pendokong untuk merosakkan reputasi Islam dan juga hak orang-orang Melayu.

JANGAN LUPA apa yang telah dilakukan oleh DAP tatkala isu tuntutan kalimah Allah bergema sebelum ini.JANGAN LUPA apa yang telah dilakukan oleh PAS apabila sanggup menolak prinsip perjuangan sendiri semata-mata kerana terlau obses dengan KUASA dan JANGAN LUPA apa yang telah dilakukan oleh Mat Sabu , Mujahid dan mereka yang seangkatan dengannya apabila sanggup menjadi BARUA dalam PAS semata-mata kerana KETAKSUBAN mereka terhadap ideologi yang dibawa DAP.

Malahan kita harus ingat tatkala maruah orang Melayu diruntun dan dirobek-robek oleh Cauvinis DAP kebanyakkan daripada mereka-mereka dalam gambar diatas lebih banyak berdiam diri daripada bangkit menjadi PERISAI !

Kenapa ?

Kerana mereka lebih banyak BERPOLITIK daripada bekerja untuk kemakmuran rakyat dan lebih penting mereka GAGAL menjadi PEMBELA kepada agama Islam dan umat Melayu !

Tidak ada seorang pun daripada kalangan mereka-mereka itu BERANI untuk bangkit dan menyatakan pendirian untuk menolak penguasaan DAP yang kini makin mengukuh dalam politik puak pembangkang.Kalau ada pun sekadar bersuara dan suara itu hanya menjadi bisik-bisik kecil yang akhirnya hilang ditelan angin.

Apabila berlakunya tudingan mahupun jawab balas daripada PAS terhadap DAP kononnya parti itu tidak pernah menghormati PAS , wakil PAS masih lagi menjadi BARUA paling laknat terus memberikan sokongan kepada Lim Guan Eng di Pulau Pinang hari ini.

Tatkala PAS berkecamuk akibat penyebaran ideologi DAP yang dibawa masuk oleh Mat Sabu dan gerombolannya ke dalam parti itu , ahli PAS di akar umbi menjadi mangsa politik paling jijik apabila Mat Sabu kemudiannya bertindak menubuhkan parti politik baru bersama konco-konconya dan mengaku mereka adalah barisan PROGRESIF yang mahukan perubahan dalam PAS.

Perubahan apa lagi yang dimahukan kalau bukan semata-mata untuk BERKUASA !

PAS Pulau Pinang ibarat punya jasad tanpa roh , jika sebelum ini suara mereka sekadar pelengkap lawak sarkis DAP kini suara itu bukan sahaja tidak relevan tetapi sudah dilontarkan jauh-jauh kerana dituduh bersikap keras kepala kerana menolak nafsu rakus DAP.

Mat Sabu pula sedang memulakan lakonan paling hebatnya , BENCI PAS 200% mungkin itu tajuk dramanya kerana strategi licik yang sedang digerakkan itu bakal menguntungkan diri sendiri dan beliau bakal kembali menjadi sebahagian daripada agen DAP untuk terus melunyaikan orang-orang Melayu di serata pelusuk negara.Dan sudah tentu sebagai 007 elaun dan pelbagai imbuhan lain akan menyusul.

Kerajaan DAP di Pulau Pinang pula seperti biasa , akan terus mencari peluang dan ruang untuk mengukuhkan kedudukan mereka.Gerakan SULIT berbau politik semakin rancak di lakukan , habis segala orang Melayu dicarik-carik.

Mereka BEBAS melakukan apa sahaja kerana KUASA kini ditangan mereka !

Di Pulau Pinang jangan ada mana-mana pihak yang mengaku mampu menumbangkan rejim DAP kerana mereka bukan sahaja selesa tetapi sudah sampai ke tahap DEWA !

Mereka tahu akan ada orang Melayu yang kekal dan tetap setia menyokong perjuangan rejim itu kerana DAP sudah pun berjaya merosakkan akidah politik PAS dan PKR.

Kini hadir pula Gerakan Harapan Baru , bayangkan betapa ramai orang Melayu yang bakal menyatakan sokongan terhadap rejim DAP ?

Yang tinggal hanya 2 kelompok orang Melayu yang kini berada dalam PAS dan UMNO !

PAS kita tahu masih lagi kelam-kabut walaupun nadanya seolah-olah menolak DAP mereka masih lagi bersama PKR dan masih lagi mahu SETIA dalam Pakatan Rakyat ! Lihat sahaja apa yang berlaku di DUN Permatang Pasir , satu-satunya wakil PAS masih lagi SETIA menyokong kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng ?

UMNO pula kekal bertahan sebagai parti yang menjadi perisai kepada hak orang-orang Melayu namun kesan daripada serangan politik sama ada dari dalam mahupun luar ianya dikhuatiri mampu menyebabkan perpecahan yang tidak menguntungkan.

Kecelaruan dan kekalutan yang kini wujud dalam parti UMNO juga sebenarnya mampu mengikis sedikit demi sedikit kekuatan parti keramat orang Melayu ini dan persoalannya sejauh mana mereka yang dipertanggungjawabkan oleh kepimpinan benar-benar melaksanakan tugas dan amanah masing-masing ?

Daripada pemerhatian MMI , kita suka mencipta musuh baru walaupun musuh lama masih belum diTEWASkan !

Malahan lebih bahaya apabila musuh bari itu diwujudkan dari dalam !

Sesuatu yang pasti bukan kita sahaja yang menyambut Hari Raya kerana POLITIK juga ada RAYAnya...Hati-hati !!

Salam Aidilfitri & Salam Syawal buat SEMUA ..

Ikhals MMI

No comments:

Post a Comment

Labels