Followers

Thursday 23 July 2015

Pulau Pinang SYURGA Cauvinis ??


Banyak pihak sedia maklum bahawa Pulau Pinang kini sudah berubah.Macam-macamlah yang berubah dan sesuatu yang pasti kebanyakkan perubahan-perubahan itu berlaku sewaktu Barisan Nasional mengepalai kerajaan negeri sebelum ini.Tak cukup dengan itu banyak projek-projek mega yang berlaku di Pulau Pinang pada ketika pentadbiran kerajaan DAP hari ini pun sebenarnya di jana oleh peruntukkan daripada kerajaan persekutuan.

Malah mercu tanda kerajaan negeri juga sebenarnya dibina sewaktu kerajaan Barisan Nasional dan sehingga kini Lim Guan Eng pun menggunakannya sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri.Manakala kerajaan DAP pula masih sibuk dengan segala perancangan tak masuk akal mereka untuk membina terowong kemudian nak bina Sky Cab sedang perkhidmatan feri yang selama ini menjadi simbol pelancongan negeri itu tidak pula mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.

Sebagai kerajaan negeri sepatutnya adalah perancangan tertentu supaya perkhidmatan feri ini boleh diperbaiki supaya lebih baik dan cantik.Tetapi mungkin dasar cauvinis DAP kot , buat-buat tak nampak kononnya feri di bawah Penang Port bukan kerajaan negeri.

Apa barang kata kerajaan berjiwa rakyat ? Kata tak rasis dan tak kira politik semata-mata untuk rakyat hahh tengoklah apa yang patut !!

Benar ke Pulau Pinang syurga cauvinis ?

Walaupun ada orang Melayu , Mamak , India dan pelbagai kaum lagi .. Pulau Pinang kini sudah pun diibaratkan sebagai China Town bagi kebanyakkan penduduknya lebih-lebih lagi di sebelah pulau.

Memanglah kita mengamalkan konsep masyarakat majmuk tetapi ada dikalangan majmuk itu semacam dibela lebih oleh DAP !

Bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang ni pasti pernah melihat deretan gerai-gerai makan kaum cina seolah-olah mendapat restu daripada kerajaan DAP dan langsung tidak dikenakan tindakan walaupun kedudukannya jelas mengganggu lalu lintas dan berada di kawasan yang tidak dibenarkan.

Sebaliknya apa yang berlaku terhadap orang Melayu ?? Nak kena cerita juga kerrrr ???

Janji kerajan DAP di Pulau Pinang macam-macam beb .. Tapi sampai ke hari ini , janji tinggal janji ! Mana ? Mana ? Mana ?

Ketua Biro Perundangan dan Aduan Rakyat Pemuda Gerakan Pulau Pinang , Jason Loo menggesa kerajaan negeri melaksanakan semula peraturan kuota 30 peratus rumah kos rendah dan sederhana rendah dalam projek perumahan mampu milik di negeri ini.

Beliau berkata, ini kerana kuota 30 peratus diperlukan penduduk terutama dalam kalangan belia yang tidak mampu memiliki rumah sendiri sehingga terpaksa berhijrah ke tempat lain.

Menurutnya, sebelum ini Pe­ngerusi Jawatankuasa Pembangunan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo menyatakan adalah mustahil untuk pemaju projek perumahan mampu milik membina 100 peratus unit rumah mampu milik dan menyediakan 30 peratus rumah kos rendah serta sederhana rendah.

Beliau menyangkal dakwaan Jagdeep itu kerana berdasarkan pemerhatiannya, pemaju hanya perlu membelanjakan tiga peratus daripada jumlah keseluruhan jualan unit rumah mampu milik untuk membina 30 peratus unit rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Katanya, beliau meminta penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai projek perumahan yang dikenali sebagai The Clovers, satu lagi projek rumah mampu milik yang gagal mematuhi ketetapan mengikut skim projek itu.

“Projek di Sungai Ara itu diluluskan walaupun gagal mematuhi skim rumah mampu milik dan Jagdeep perlu menjelaskan bila projek itu diluluskan, sama ada sebelum atau selepas skim tersebut diperkenalkan pada Ogos tahun lalu.

“Jika projek itu diluluskan selepas skim itu diperkenalkan, kenapa unit yang dijual pemaju tidak mengikut saiz minimum yang ditetapkan kerajaan negeri dan mana kuota 30 peratus unit rumah kos rendah dan sederhana rendah,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Jason menegaskan, pemaju menyatakan terdapat 146 unit rumah mampu milik dalam projek melibatkan tiga blok kondominium 42 tingkat dengan jumlah keseluruhan 892 unit kediaman sedangkan jumlah yang ada hanya 113 unit.

Katanya, berdasarkan Skim Rumah Mampu Milik Pulau Pinang, saiz minimum rumah berharga RM200,000 adalah 750 kaki persegi manakala unit berkeluasan 850 kaki persegi pula berharga RM300,000.

Walau bagaimanapun katanya, pemaju membina unit dengan keluasan 699 dan 728 kaki persegi dengan harga RM200,000 manakala bagi harga RM300,000, unitnya berkeluasan 728 dan 776 kaki persegi yang saiznya nyata lebih kecil.

Jason juga mendakwa, masih kurang 76 unit rumah mampu milik dalam projek itu berdasarkan garis panduan 87 unit untuk setiap ekar di kawasan berkepadatan tinggi.-utusan

Bila agensi kerajaan persekutuan bina rumah , puak cauvinis ni guna macam-macam helah malah ada rumah-rumah yang dah siap dibina masih belum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.Macam-macam cerita , habis di mana yang berjiwa rakyatnya ??

Lihatlah bagaimana mereka memanipulasi keadaan dan apa yang didedahkan oleh Jason Loo itu membuktikan kepada kita betapa mereka suka menipu !

Ikut suka mak bapak dia ja nak buat apa pun sebab puak-puak ni tahu sebahagian daripada Pulau Pinang itu sebenarnya sudah pun menjadi syurga dunia buat mereka !

MMI

2 comments:

  1. tahniah..org penang dah 2 penggal..nampak org penang suka..alhamdullilah

    ReplyDelete
  2. Kenapa Kedah tak nak tuntut haknya keatas Pulau Pinang ?.

    ReplyDelete

Labels