Followers

Tuesday 14 July 2015

Risik , Serbu , Rampas APA LAGI ??

Mungkin dah menjadi lumrah rasanya apabila sesuatu isu itu mula mendapat perhatian banyak pihak , maka macam-macam cara dan kaedahlah yang diwar-warkan kepada umum.

Dalam perkembangan terkini selepas insiden Low Yatt tempoh hari maka pihak kementerian terlibat pun mula sibuk dengan segala macam laporan sampai ke tahap dah mula rampas dah.

Berita Harian Online melaporkan :-

KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis telefon bimbit berjenama serta aksesori tiruan dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas dalam serbuan di Kompleks Pertama di sini, petang semalam. 

Serbuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada jam 3.30 petang itu membabitkan 70 pegawai dan anggota KPDNKK Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan dibantu 10 anggota polis. 

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Muez Abdul Aziz, berkata serbuan dilakukan hasil risikan selepas menerima aduan daripada orang ramai.

"Dalam serbuan itu, kita merampas pelbagai telefon bimbit dan aksesori jenama Samsung, iPhone, Lenovo, Oppo dan Nokia yang dipercayai tiruan dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti pihak yang menjadi pembekal kepada peniaga di premis berkenaan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011. Sabit kesalahan bagi individu boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara maksimum tiga tahun, manakala bagi syarikat boleh didenda maksimum RM15,000 bagi setiap barangan.

"Selain itu, empat peniaga turut dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) dan didenda RM20,000,"katanya.

MMI ucap tahniah kepada pihak terlibat sesungguhnya inilah tindakan yang perlu dilakukan dari masa ke semasa bukan mengikut musim.Sewaktu singgah di pasar ramadhan sebentar tadi , seorang kenalan berkata setakat rampas pun tak guna sebab lepas ni akan ada lagi.Cerita dia sejauh mana proses pemantauan dan operasi sebegitu akan berjalan ? Selepas reda isu Low Yatt ??

Sepatutnya pihak berkuasa ni kena buat lebih lagi bukan setakat risik , serbu , rampas tetapi kena kenal pasti macam mana barang-barang tu boleh masuk ke Malaysia ??

Siapa yang lepaskan ? Kena siasat semua ni !! Bukan setakat serbu dan rampas CARI MEREKA YANG LEPASKAN BARANG-BARANG NI MASUK !!!

Sejujurnya MMI SETUJU dengan pandangan kenalan tu !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels