Followers

Saturday 25 July 2015

The Edge BUKTI Mereka Makin Besar Kepala !!


Berikutan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan mulai 27 Julai ini , kumpulan media The Edge diberitakan akan berusaha untuk menarik balik status penggantungan tersebut dengan mengunakan saluran undang-undang termasuk dengan membawa kes itu ke mahkamah.

Sebelum itu keputusan KDN untuk menggantung 2 penerbitan akhbar itu adalah disebabkan oleh laporannya berhubung 1MDB yang didakwa bersifat “memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan pendapat umum atau mungkin memudaratkan orang awam atau kepentingan awam”.

Dalam masa yang sama KDN turut memberi amaran sekiranya ia gagal untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan seperti mana yang diarahkan,permit penerbitan akhbar itu akan ditarik balik.

Manakala reaksi kumpulan media The Edge selepas penggantungan permit akhbar itu selain daripada mahu membawa kes itu ke mahkamah turut menyajikan satu lagi aksi lawak bodoh seperti mana sahabat seangkatannya Wall Street Journal.

Ketua Pegawai Eksekutif dan penerbit The Edge melalui kenyataannya berkata beliau amat kecewa dengan keputusan itu.

"Kami tidak melihat bagaimana mendedahkan kes penipuan untuk menipu rakyat Malaysia berbilion Ringgit boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang menjejaskan kepentingan awam dan negara.

“Ini adalah satu usaha untuk menutup operasi kami dengan menutup mulut kami," katanya lagi.

Well inilah yang MMI kata aksi lawak bodoh yang disajikan kepada umum !

Secara ringkasnya kenyataan itu seolah-olah mempertahankan kononnya pendedahan The Edge itu adalah benar dan tindakan kerajaan menggantung permit penerbitan akhbar itu sebagai  satu tindakan kejam dan dengan sengaja mahu menutup operasi dan menutup mulut mereka.

Adoiii , apa ke hal ni ? Pendedahan apa yang The Edge buat kalau bukan tuduhan tanpa bukti yang telah menyebabkan rakyat menerima dakyah itu sehingga menggugat kedudukan kerajaan ?

Apakah tiap laporan yang disiarkan oleh The Edge itu berdasarkan BUKTI atau ianya sekadar "hear say" dan persepsi ciptaan ? Dan adakah The Edge sendiri amanah dan tahu kesahihan maklumat serta sumber yang diterimanya ?

Untuk rekod , Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan akhbar harian 'The Edge' dan 'The Edge Financial Daily' untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Kedua, laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan.

"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.

Alwi berkata media sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam laporan yang diterbitkan selaras dengan kebebasan yang diberi.

"Impak kepada laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara dan tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)," katanya.

Penerbitan juga perlu dilaksana mengikut peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, katanya. -AgendaDaily

So berdasarkan pemerhatian MMI terhadap reaksi The Edge ini mereka dikatakan akan terus membuat laporan berkaitan 1MDB walaupun keputusan untuk menggantung permit penerbitannya selama 3 bulan akan berkuatkuasa pada 27 Julai 2015.

Jelas mereka langsung tidak menghiraukan undang-undang dan tindakan itu sewajarnya digunakan sebaiknya oleh pihak berkuasa untuk menarik balik permit akhbar tersebut dan menamatkan terus operasi akhbar terbabit.

Ini penting kerana sebarang keputusan yang dibuat selepas ini akan menentukan sejauh mana besar kepalanya puak-puak ini dalam terus menggugat kedudukan kerajaan dan negara melalui permainan fitnah dan tuduhan tanpa bukti yang kini menjadi makanan harian mereka.

Sebagai kerajaan kita perlu tegas dalam keputusan ini kerana ia bakal menjadi batu asas kepada puak-puak lain untuk sekurang-kurangnya bertanggungjawab terhadap laporan yang disiarkan.

Malaysia mengamalkan kebebasan media namun janganlah sampai kebebasan itu diadun dengan laporan berupa fitnah yang mampu menggugat kestabilan kerajaan , politik dan negara.

Dah sampai masa kita ajar mereka-mereka ini !!

MMI

1 comment:

  1. The Edge akan membawa isu penggantungan permit media mereka ke mahkamah.

    Tahniah The Edge, itulah berani kerana benar, bila berada di pihak benar, akan ambil tindakan terhadap pihak pemfitnah dan pengainaya, bukannya melalak ke sana sini kononnya darah pahlawan, kononnya keturunan panglima bugis bagai, tapi pengecut nak ambil tindakan undang-undang kepada pihak yang dikatakan 'memfitnah' panglima bugis berdarah pahlawan itu.

    Dengan membawa isu ini ke mahkamah, maka The Edge akan mengheret Najib dan Rosmah untuk beri keterangan di mahkamah, malahan Najib bolehlah panggil tukang jawab bertaraf sampah yang menjadi balacinya seperti Sharir Samad, Zamil KITA, Tunku Aziz, Abdul Rahman Dahalan, Ahmad Maslan, Zaharain Hashim dan lain-lainnya untuk memberi keterangan untuk 'membela' Najib, malahan bawa sekali 154 ketua UMNO bahagian, pimpinan wanita UMNO, pimpinan Pemuda UMNO, pimpinan Puteri UMNO yang sebelum ini telah mendengar 'penerangan panjang lebar dan sangat jelas' dari Najib mengenai isu 1MDB itu untuk turut 'bantu' Najib menjawab apa yang akan dibangkit di dalam mahkamah kelak.

    Harapnya Najib janganlah pula nanti jadi macam Anwar, tiba-tiba sakit perut, atau pun yang lagi dahsyat Ali Tinju menggelupur di depan mahkamah dan digunakan pula oleh Ketua Polis Negara yang penipu iaitu Khalid Abu Bakar untuk dijadikan alasan 'faktor keselamatan' untuk membolehkan Najib menangguhkan perbicaraan itu pula kelak.

    Selamat menjawab di mahkamah.


    Ikhlas dari,

    Atuk Cincaluk.

    ReplyDelete

Labels