Followers

Thursday 26 May 2016

Pengakuan Ramasamy Cetuskan Tanda Tanya !


Sejak skandal pembelian banglo murah didedahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Syabudin Yahya di Dewan Rakyat , pelbagai pihak tampil mempersoalkan ketelusan Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng.

Ramai yang mahukan jawapan daripada tuan punya badan memandangkan Guan Eng sering kali mengaku beliau adalah pemimpin yang paling konsisten dalam menguruskan pentadbiran tanpa dibayangi oleh unsur rasuah.

Serentak dengan pendedahan tersebut juga , satu persatu dokumen berkaitan pembelian dan pihak terlibat didedahkan kepada media dan umum.Laporan turut dibuat oleh wakil-wakil NGO dan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang sehingga menggugat kedudukan Ketua Menteri tersebut.

Paling tak boleh dilupakan adalah pelawaan Guan Eng kepada Syabudin untuk minum kopi bersama di Komtar sambil disaksikan oleh para media.

Tindakan yang memperlihatkan kepada umum betapa Guan Eng terdesak untuk membersihkan namanya dari terpalit dengan skandal rasuah yang mampu membunuh karier politiknya.

Guan Eng seharusnya segera menjawab persoalan dan pendedahan yang dibuat terhadapnya kepada seluruh rakyat Malaysia bukan bermain wayang dengan minum kopi ! Dan kerana sikap ego dan bodoh sombong itulah hari ini Guan Eng berdepan dengan siasatan daripada SPRM yang baru sahaja menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Peguam Negara.

SPRM dalam kenyataannya  menyatakan bahawa dokumen yang telah lengkap itu akan diteliti oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

“Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil,” kata kenyataan itu lagi.

Perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.

Syabas SPRM kerana telah menjalankan tanggungjawab dan kini semua pihak sedang menanti dengan penuh minat keputusan yang bakal dibuat oleh Peguam Negara.

Namun begitu , pada ketika siasatan telah selesai dan hanya menantikan keputusan selanjutnya secara tiba-tiba Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang , Dr. P. Ramasamy telah mengesahkan syarikat Phang Li Khoon (pemilik banglo murah) pernah memenangi tender daripada kerajaan DAP Pulau Pinang bagi projek di tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Juru.

Jika sebelum ini Phang dan Guan Eng bermati-matian menafikan sebarang hubungan dan kerjasama yang dikaitkan terhadap mereka , kini segala-galanya seolah-olah sudah terdedah sekaligus membuktikan kepada semua pihak bahawa Phang dan Guan Eng sebenarnya MENIPU !

Kenyataan oleh Ramasamy itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main kerana ia bakal menjadi penentu kepada kedudukan Guan Eng dalam kes pembelian banglo murah tanpa swimming pool tersebut.

Selaku Chairman & Head of Tender Board , Guan Eng semestinya amat tidak senang dengan situasi ini memandangkan beliau secara tidak langsung terlibat dalam urusan pemberian tender.

Timbalan Ketua Menteri 11, Dr. P. Ramasamy berkata, tender itu diperoleh syarikat Phang ketika pertama kali dibuka kerajaan DAP Pulau Pinang pada 17 September 2013.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai berkata, syarikat Phang itu dipilih daripada dua lagi syarikat lain yang turut mengambil bahagian iaitu Centurion Corporation Limited dan TEE International Limited.

“Permohonan cadangan (RFP) pembangunan asrama pekerja ini dibuat lebih sekali disebabkan Magnificient Emblem tidak dapat mematuhi syarat RFP berkenaan pegang­an hak milik.

“Justeru, pihak pengurusan telah membuat keputusan RFP pembangunan asrama pekerja tersebut dipanggil semula,” katanya dalam sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat lalu.  

Menurut Ramasamy, syarikat Phang itu sekali lagi mengambil bahagian dalam tender kali kedua untuk pembangunan asrama pekerja tersebut yang diiklankan pada 23 Julai 2014.

Katanya, turut serta dalam bidaan tender kedua itu adalah sebuah lagi syarikat, Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd.

“Untuk tender kali kedua, syarikat Westlife Dormitory (Penang-Juru) Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai penender yang berjaya,” katanya.

Phang ketika ini disiasat ekoran beberapa laporan polis berhubung akaun bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 22 Mac lalu berkenaan kontroversi pembelian banglonya oleh Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng pada harga luar biasa murahnya.

Apa yang kita lihat situasi seperti ini bukanlah budaya dalam parti DAP ! Apatah lagi mereka-mereka yang terlibat ini adalah mereka yang bernama besar dan dipercayai oleh pucuk pimpinan parti tersebut.

Agak janggal sekali apabila Ramasamy langsung tidak cuba mempertahankan Guan Eng seperti mana Phang dan lain-lain pemimpin DAP yang sanggup berbohong dan menipu asalkan kedudukan dan imej Guan Eng tidak terjejas.

Kenapa dengan begitu mudah Ramasamy mendedahkan butiran yang begitu terperinci sekali ?

Adakah ini petanda bahawa gerakan oleh sebahagian besar orang dalam untuk menjatuhkan Guan Eng sudah bermula ?

sumber empayar pemuda

Baca juga artikel berkaitan di SINI  

1 comment:

  1. Aik ! Professor "taik kucing" sudah kacau daun ! Ini mesti akibat menggelar Dr Nike Zakir sebagai " syaitan" Allah dah terbalik hati

    ReplyDelete

Labels