Followers

Tuesday 7 June 2016

Mereka Tahu BN Masih Yang Terbaik #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar


Gerak kempen bagi kedua-dua PRK kini sedang rancak dilakukan oleh semua parti yang bertanding.Sama ada di Sungai Besar mahupun Kuala Kangsar , agendanya masih sama iaitu rakyat sekali lagi perlu membuat keputusan untuk memilih siapa yang difikirkan layak untuk meneruskan usaha sebelum ini oleh bekas penyandangnya.

Sedar dan memahami bahawa dalam mana-mana siri PRK ianya mempunyai keistimewaan tersendiri.Sama ada dari segi gerak kerja jenteranya , calon mahupun suasana kawasan.Apa yang pasti kesemua elemen-elemen ini berkait rapat dengan apa yang bakal berlaku seterusnya.

MMI sendiri punya pengalaman terlibat dalam salah satu PRK sebelum ini yang diadakan pada bulan puasa dan sudah semestinya MMI faham betapa perjuangan dari sehari ke sehari itu cukup mencabar jiwa dan nurani tiap dari kita.

Bukan sesuatu yang mudah kerana ujian berpuasa itu jauh membataskan diri kita untuk bergerak tetapi nikmat diakhirnya itu jauh lebih hebat dari segala-galanya.

MMI yakin bagi mereka yang terlibat secara langsung akan faham bagaimana perasaan itu datang dan betapa nikmat dari Allah itu cukup berharga sekali.

Begitu jugalah bagi sebahagian atau segelintir mereka-mereka diluar sana , mungkin kerana beberapa keadaan dan suasana yang tersendiri maka kelibat serta kehadiran mereka sebelumnya dianggap sebagai musuh politik.

Namun diakhirnya nanti kita akan dapat melihat kehadiran mereka-mereka ini walaupun ada diantaranya tidak bersama tetapi secara tersiratnya kita tahu mereka kini SEDAR bahawa hanya Barisan Nasional dan UMNO sahajalah yang terbaik untuk terus diberikan kepercayaan memimpin seluruh rakyat jelata.

Tan Sri Khalid Ibrahim , bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan oleh sahabat sendiri dari PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini dilaporkan turut turun ke Sungai Besar pada ketika suasana kempen sedang rancak berjalan.


“Saya bukan datang untuk berkempen menangkan mana-mana calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar tetapi saya hendak selamatkan rakyat khususnya orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan DAP dan sekutunya.

“Dalam keadaan apa sekalipun, sesiapa sahaja bersama dengan parti milik Lim Kit Siang yang membenci Islam itu perlu diberi penerangan supaya menolak sebarang agenda parti tersebut,” katanya.

Jelas Abdul Khalid, dia bersama rombongannya yang terdiri daripada beberapa NGO akan bergerak dengan semangat “Sayangi Islam Cintai Melayu” dan akan berusaha menyedarkan rakyat di Sungai Besar tentang niat jahat parti DAP.

“Bukan sahaja Sungai Besar tetapi juga dalam mana-mana pilihan raya, saya akan datang berkempen untuk menolak DAP dan sekutunya.

“Saya tidak ada masalah untuk bersama dengan mana-mana parti sekiranya parti tersebut berpendirian jelas tidak akan sama sekali bergabung dengan DAP,” ujarnya.

Tambahnya lagi, walaupun bakal duduk dalam majlis sama dengan Pas dan UMNO pada kunjungannya ke Sungai Besar, itu tidak bermakna dia sedang memikirkan untuk menyertai salah satu daripada parti terbabit. 

Apa yang MMI boleh kata , kesedaran beliau tentang agenda DAP itu adalah sesuatu yang cukup baik dan usaha untuk berkongsi dengan seluruh warga perlu diteruskan.Kita perlu sedarkan mereka-mereka yang masih lena agar segera bangkit !

Sementara itu kehadiran Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar turut mengejutkan banyak pihak maklumlah Shafie dilabel sebagai "The Other Group".


Antara kenyataannya selepas kehadirannya di Sungai Besar menjadi tanda tanya kepada banyak pihak adalah ;

"Saya masih lagi ahli UMNO, masih lagi Naib Presiden UMNO, tidak timbul soal berpatah balik atau 'u-turn'.

"Tidak timbul soal kesetiaan saya kepada parti, selagi hayat dikandung badan, saya akan terus berjuang untuk rakyat, bukan untuk mana-mana individu"

"Saya sayangkan parti, tapi saya juga sayangkan negara lebih dari segalanya," katanya menerusi laman Facebook beliau.

Well apa yang MMI cuba sampaikan adalah kehadiran individu-individu ini walaupun secara luarannya mereka punya misi tersendiri , realitinya kehadiran itu adalah kerana mereka sedar betapa pentingnya kerajaan Barisan Nasional ini dipertahankan.

Mereka tahu bahawa tidak ada mana-mana parti lain yang mampu dan boleh menandingi keupayaan yang dimiliki oleh kerajaan Barisan Nasional dan pimpinannya.

Pokoknya walaupun kedua-dua individu itu dilihat sinonim dengan ungkapan LAWAN tetapi jauh disudut kecil hati mereka sudah pun memberikan petanda bahawa BN MASIH YANG TERBAIK !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels