Followers

Monday, 22 August 2016

BICARA Dengan Mr. B !

Gambar Hiasan

Semalam MMI berkesempatan berbual dengan pekerja-pekerja dari negara Bangladesh dan sebagai warga Malaysia MMI sedikit teruja untuk mengetahui corak dan suasana negara tersebut.Mengambil kira kedatangan mereka ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki dan memenuhi keperluan sektor yang orang Malaysia sendiri tolak untuk dipenuhi maka MMI membuat keputusan untuk bertanya sebanyak mungkin.

MMI namakan warga Bangladesh ini sebagai MR B.

Kebetulan Mr. B ini sudah berada dalam negara kita hampir 9 tahun dan bakal menamatkan kontraknya setahun sahaja lagi , maka perbualan itu agak mudah dilakukan memandangkan Mr. B faham dan boleh bertutur bahasa Melayu.

Perkara paling utama yang Mr. B pelajari dari negara Malaysia adalah begitu banyak peluang-peluang pekerjaan yang tersedia untuk warganya.Namun beliau sendiri berasa hairan dan kebingungan kerana warga Malaysia sendiri seolah-olah tidak pernah menghargai peluang tersebut.

Perbualan itu kemudiannya berlarutan tentang perkembangan negara Bangladesh sendiri.

Menurut Mr. B jumlah penduduknya sudah terlalu ramai sehinggakan peluang pekerjaan itu menjadi begitu kecil.Ruang dan peluang untuk pekerjaan itu ada tetapi ianya dimonopoli oleh budaya RASUAH yang cukup dasyat.

Bayangkan di negara tersebut , untuk mendapatkan pekerjaaan seseorang itu perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada wakil atau pihak majikan semata-mata untuk mendapatkan pekerjaaan.

Jumlahnya bukan calang-calang ada yang mencecah puluhan ribu ringgit !

Bahkan untuk masuk ke taman-taman tema pun budaya rasuah masih lagi menjadi amalan dan ini diperakui sendiri oleh Mr. B apabila barisan yang panjang boleh dipotong hanya dengan memberikan ole-ole kepada penjaga pintu masuk.

Banyangkan suasana tersebut ! 

Negara Bangladesh sebenarnya mempunyai bahan mentah berupa gas yang begitu banyak.Malahan industri gas di negara tersebut jika dilakukan secara profesional seperti mana Malaysia dengan Petronasnya pasti akan mampu membawa perubahan kepada negara terbabit.

Namun kerana masalah polisi dan rasuah maka industri tersebut tidak mampu berkembang dan Mr. B sendiri mengakui betapa harga bagi satu tong gas untuk keperluan rumah di Bangladesh jauh lebih mahal daripada satu tong gas di Malaysia.

Nisbahnya harga 2 tong gas di Malaysia bersamaan dengan 1 tong gas di Bangladesh !

Paling menarik perhatian MMI adalah pekerja-pekerja di Bangladesh (government servant) akan berpencen sekitar usia 40an dan tindakan ini dilakukan bagi memberi peluang kepada orang lain untuk mengisi kekosongan pekerjaaan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Mereka-mereka yang berpencen pula hanya akan mendapat sebahagian kecil sahaja daripada jumlah gaji terakhir mereka dan kemudiannya perlu mencari dan melakukan pekerjaan lain bagi menampung kehidupan dan keluarga.

Mungkin kerana itulah sebahagian besar warganya merantau ke pelusuk dunia untuk mencari pekerjaan.

Mereka yang dulunya seorang guru kini bekerja sebagai operator kilang stamping di Malaysia !
Mereka yang punya ijazah kini bekerja sebagai operator mesin ! 

Perghhh bayangkan kalau di Malaysia ???

Apa yang boleh MMI katakan jika Mr. B tidak berbohong maka ianya jauh lebih dasyat daripada apa yang kita di Malaysia sedang musnahkan !

Budaya dan gejala rasuah di bumi Bangladesh bukan sahaja berlaku sesama warganya tetapi turut berlaku di peringkat yang lebih tinggi.

Malah Bangladesh berdepan dengan banyak masalah yang memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan masa depan negara terbabit.

MMI rumuskan ianya seperti di bawah :-

1.Meluasnya gejala rasuah
2.Ketidakstabilan politik 
3.Persaingan ekonomi dunia
4.Populasi rakyatnya yang mempengaruhi tahap kemiskinan
5.Kelembapan pelaksanaan reformasi ekonomi
6.Miskin infrastruktur
7.Krisis tenaga contohnya bekalan elektrik dan air bersih
8.Pertambahan buruh yang tidak memiliki peluang pekerjaan.

Banyak lagi yang dibualkan termasuklah tentang sejarah dan keadaan politik negara terbabit.

Yang pasti ibu kepada permasalahan yang wujud di Bangladesh berdasarkan perbualan dengan Mr. B adalah penguasaan besar budaya rasuah yang membawa sehingga keperingkat tertinggi negara tersebut !

Benarlah kata orang betapa kita suka mengeluh sedang hakikatnya kita jauh lebih baik daripada orang lain.

Apa yang boleh MMI pelajari daripada perbualan bersama Mr. B adalah kita jauh lebih baik daripada mereka , dan apa yang sedang berlaku di Malaysia pada hari ini adalah malapetaka yang mampu memusnahkannya sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.

Contohnya ada dikalangan kita yang saban waktu membuat tuduhan kononnya Malaysia merupakan sebuah negara RASUAH !

Sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut ?


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels