Mungkin ramai dari kalangan rakyat Malaysia masih lagi belum sedar betapa bahayanya situasi negara pada hari ini.Bagi MMI mungkin kerana Malaysia sejak berakhirnya gerakan bersenjata komunis sentiasa berada dalam keadaan tenang dan aman maka kita langsung tidak peka dengan keadaan dan suasana yang sedang berlaku.
Di tambah pula rata-rata masyarakat kita hari ini datangnya daripada mereka yang hadir selepas semua keadaan tersebut maka kita masih lagi menganggap situasi dan keadaan yang sedang berlaku itu adalah perkara biasa yang lebih kepada hal politik semata-mata.
MMI bukan mahu menakut-nakutkan sesiapa tetapi inilah realitinya yang sedang kita depani.
Gerakan demi gerakan sama ada sabotaj mahupun serangan secara langsung terhadap kepimpinan dan negara Malaysia begitu jelas dilakukan oleh mereka-mereka yang dilihat punya agenda tertentu sehinggakan kita turut merasakan kesannnya.
Jika semua masih ingat , usaha untuk memusnahkan Malaysia dan kepimpinan negara bukan sahaja hadir dari kalangan puak-puak pembangkang yang saban hari berusaha mencari salah kerajaan tetapi turut didalangi oleh orang luar.
Bukankah ianya cukup membahayakan ? Apabila kita berbicara tentang komplot maka sudah tentulah ianya melibatkan lebih daripada 1 individu.Dan tahukah kita komplot itu selalunya melibatkan pasukan yang mempunyai tugasan masing-masing seperti mana yang telah didedahkan dalam isu penangkapan Justo !
Kemudiannya kita dikejutkan lagi dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun @ Wan Bro terhadap 3 bekas pegawai tertinggi kerajaan kerana dipercayai terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.
Ekoran daripada itu pihak polis memanggil pengadu dan mengambil keterangan yang kemudiannya menyaksikan kes tersebut telah ditutup dan tidak ada siasatan lanjut yang dilakukan.
Semua pihak akur walaupun ada beberapa persoalan yang berlegar-legar di luar sana !
Terkini , Tun Mahathir pula telah tampil seterusnya mengesahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Azwan Bro itu ada asasnya!
Dalam satu sidang media bersama wartawan , Tun Mahathir telah mendakwa tiga pegawai tertinggi kerajaan yang dituduh berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah "dikhianati".
Beliau berkata Najib akan menghadapi tindakan jika pengkhianatan yang dikatakan itu tidak berlaku.
"Zeti tidak bersalah , begitu juga Abu Kassim dan juga Gani Patail ... tetapi mereka telah dikhianati oleh dari kalangan mereka.
"Jika tidak Najib akan menghadapi tindakan sekarang," kata Mahathir kepada pemberita baru-baru ini.
Bagaimanapun Tun Mahathir dilihat lebih suka bermain teka teki apabila beliau enggan mengulas lanjut, atau menjelaskan sama ada apa yang beliau maksudkan sebagai pembelotan itu datangnya daripada salah seorang 3 pegawai terbabit atau pihak luar sebaliknya mengaku beliau bukan sebahagian daripada konspirasi tersebut.
Persoalannya kini adalah siapa pihak yang telah mengkhianati 3 bekas pegawai tertinggi kerajaan tersebut ?
Dan paling menarik , kenyataan Tun Mahathir itu secara tidak langsung telah mengesahkan sama sekali bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azwan Bro itu adalah benar memandangkan Tun M sendiri mengaku usaha ketiga-tiganya untuk menggulingkan Perdana Menteri telah digagalkan dalam satu siri pembelotan.
Paling penting , siapa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir sebagai PEMBELOT kepada gerakan menggulingkan Perdana Menteri ?
Ini SERIUS dan melibatkan isu keselamatan negara dan melihat kepada situasi ini , rasanya adalah amat WAJAR sekali untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan dan menjalankan siasatan secara terperinci supaya segala dakwaan Azwan Bro dan kenyataan Tun Mahathir itu dapat dibuktikan kesahihannya.
Ramai yang mengangap ianya adalah isu politik yang cuba dimanipulasi oleh orang-orang politik seperti Tun Mahathir , bagi MMI isu politik atau apa jua sekalipun apabila ianya sudah sampai ke tahap menggugat keselamatan negara maka ianya perlu ditangani dengan SERIUS !
MMI
Ramai yang mengangap ianya adalah isu politik yang cuba dimanipulasi oleh orang-orang politik seperti Tun Mahathir , bagi MMI isu politik atau apa jua sekalipun apabila ianya sudah sampai ke tahap menggugat keselamatan negara maka ianya perlu ditangani dengan SERIUS !
MMI
No comments:
Post a Comment