Followers

Thursday 27 October 2016

Buang Penjawat AWAM , Reformasi Atau Agenda ?


Rupanya dah lama benda ni jadi impian puak-puak DAP , kononnya atas dasar pentadbiran yang lebih baik dan mahu menjadi lebih baik daripada hari ini.Sejak kempen untuk RU13 lagi puak-puak cauvinis dah bawa agenda mengecilkan jumlah kakitangan awam dan ianya tidak pernah terpadam dari kamus mereka.

Bila kerja asyik membangkang memanglah mudah , buatlah perancangan apa pun sebab ianya bukan realiti tetapi disebalik rancangan demi rancangan itu terselit agenda penuh muslihat berbau politik dan mungkin sampai ke rahap perkauman.


Adalah menjadi satu kewajipan kepada mana-mana pihak khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia politik dan pentadbiran baik di peringkat persekutuan mahupun negeri untuk menyediakan apa jua perancangan mahupun mewujudkan badan-badan pemikir selagi mana ianya menjurus kepada kebaikan negara dan rakyat.

Tidak salah sebenarnya kerana hasil yang baik itu bakal memberikan jutaan manfaat kepada rakyat sekaligus membantu serta merancakkan pembangunan negara dalam semua segi.

Dalam kita mendepani perancangan demi perancangan sama ada dari peringkat kerajaan atau dari badan-badan pemikir ,  ianya mestilah selari dengan asas yang selama ini menjadi pegangan kita bersama iaitu perpaduan sesama kaum dan juga perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

Oleh yang demikian apa jua yang dilakukan mestilah tidak boleh mencabar asas tersebut kerana disinilah terletaknya ramuan rahsia kejayaan Malaysia selama ini.

Sebagai contoh lihat sahaja dalam pembentangan bajet 2017 baru-baru ini , semuanya terhasil dan mencakupi segala sudut tanpa menyisihkan mana-mana pihak dan kaum.

Namun mendengar cadangan reformasi perkhidmatan awam daripada Penang Institut , rasanya ada sesuatu yang diragui sedang cuba dilakukan oleh pihak terlibat.

Kita semua sedia maklum bahawa Penang Institut adalah badan pemikir yang ditaja oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kehadiran mereka selama ini cukup sinonim dengan segala gerak kerja politik kerajaan DAP dalam mendepani kancah politik tanahair.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah cadangan reformasi perkhidmatan awam yang dikeluarkan setelah bajet 2017 dibentangkan baru-baru ini.

Lapor FMT, badan pemikir DAP itu telah menggesa kerajaan supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

“Selain itu ia juga melepaskan bakat dan sumber manusia dalam kerajaan ke sektor swasta,” kata Penang Institute.

Menjawab pembentangan Bajet 2017, badan pemikir itu berkata terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

Kenyataan daripada unit ekonominya mengakui kemungkinan penurunan belanjawan defisit yang kecil dalam belanjawan kali ini berbanding angka tahun lalu.

Bagaimanapun ia berpendapat belanjawan berimbang tidak mungkin tercapai dalam masa terdekat ekoran perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang besar.

Penang Institute memberitahu belanjawan kali ini memperuntukan RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus, dimana RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan.

“Semua ini secara terkumpul 51% daripada jumlah keseluruhan belanjawan mengurus atau 42% daripada keseluruhan belanjawan,” katanya.

Menjelaskan keberkesanan perkhidmatan awam yang dimaksudkan, Penang Institute mengambil contoh penjawat awam Singapura cuma 1.4% daripada penduduk negara pulau itu.

Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini.

Menurut badan pemikir itu lagi, Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” katanya.

Agak menarik cadangan yang dikeluarkan oleh Penang Institut ini memandangkan ia mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan khususnya dalam peruntukan mengurus yang dikatakan terlalu tinggi memandangkan jumlah penjawat awam yang mencecah 1.6 juta kakitangan.

Apa jua yang dibangkitkan oleh badan pemikir DAP ini kita harus melihat dalam konteks yang lebih besar.

Pertama inilah bukti betapa kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memastikan 1.6 juta kakitangan awam sentiasa terbela walaupun dikatakan kedudukan ekonomi negara yang hampir muflis oleh sebahagian mereka-mereka yang iri hati dengan keupayaan kerajaan.

Keduanya kerajaan tidak pernah berkira-kira untuk mengurangkan jumlah kakitangan terbabit walaupun berdepan dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil dan langkah ini seharusnya dipuji.

Ketiganya inilah bukti bagaimana kerajaan bijak menguruskan kedudukan kewangannya tanpa perlu memecat ratusan ribu kakitangan untuk mencapai kapasiti keupayaan yang dikeluarkan oleh Penang Institut.

Selain daripada perkara-perkara diatas kita harus sedar bahawa daripada jumlah 1.6 juta kakitangan awam tersebut jumlah berdasarkan kaum rasanya dimiliki oleh orang-orang Melayu.Bukan mahu mengajak semua untuk bersikap rasis atau perkauman tetapi apakah yang bakal berlaku sekiranya cadangan reformasi perkhidmatan awam itu benar-benar berlaku ?

Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman melalui laman facebook milik beliau ada menyatakan jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), benarkah hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang ?

“Cadangan dari badan penasihat polisi kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Kalau DAP dan PH perintah Putrajaya, agaknya hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang?

“Sama-sama kita fikirkan,”katanya dalam Facebook hari ini.

Barangkali ini agenda terancang DAP ! kredit PenangKini

MMI kata buang Guan Eng dulu kot !

No comments:

Post a Comment

Labels