Followers

Tuesday 20 December 2016

Mampukah PPBM Jinakkan PAS ?


Apabila agenda politik melebihi pendirian perjuangan sudah tentulah tindakan yang diambil akan memberikan gambaran yang tidak sempurna.Sebenarnya seluruh warga Malaysia sudah pun disajikan dengan plot penceritaan yang sama apabila sebelum ini PAS dengan tahaluf siyasinya duduk bersama dengan DAP.

Perjuangan yang menggunakan nama rakyat itu dipertahankan semaksimum mungkin walaupun hakikatnya sebahagian besar daripada penggerak dan penyokong politik yang berada dalam Pakatan Rakyat sebelum ini sedar betapa rapuhnya hubungan yang terbina.

Perbezaan hiraki diperlihatkan dengan jelas bila mana PAS sering kali menjadi mangsa suruhan politik parti-parti yang menganggap Pakatan Rakyat itu hak mereka.Seperti biasa DAP sebenarnya bijak menyusun gerak dalam Pakatan Rakyat sehingga PKR dan PAS hanya mampu bersuara dalam keadaan tertentu sahaja bahkan DAP hanya menjaga mereka-mereka yang punya pengaruh.

Hasilnya hadirlah Mat Sabu bersama PAN yang sudah tidak lagi rela membiarkan diri mereka dimamah dengan ideologi politik PAS yang dianggap kuno.Maklumlah perjuangan berteraskan agama semata-mata bukanlah matlamat PAN hari ini , mereka mahukan kesamarataan dalam menongkah arus politik perdana iaitu KUASA !

Tanpa kuasa Mat Sabu barangkali akan kembali menjala ikan di Tasek Gelugor !

Walaupun hari ini PAS sudah tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan dan sudah berulang kali menyatakan pendirian mereka untuk tidak sesekali bersama DAP , ramai dari kalangan parti-parti dalam kem pembangkang sebenarnya masih menaruh harapan terhadap parti ini.

Mereka tahu yang menyebabkan himpunan haram bershit serta siri ceramah melimpah macam ikan sardin sebelum ini adalah kerana orang-orang PAS.Oleh kerana itulah PPBM hari ini melihat perlunya satu pelan dilakukan untuk memastikan sekurang-kurangnya PAS masih menjadi penyokong kepada gerakan pembangkang di Malaysia.

Dan usaha itu perlu segera dilakukan memandangkan PAS kini sudah mula dilihat menerima walaupun tidak semua dasar-dasar yang dibawa oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Persoalannya Mampukah PPBM jinakkan PAS ?

Kehadiran PPBM dalam arena politik negara jelas berdasarkan kepada pengkianatan terhadap pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.Sudah tentu juga ada pihak yang tidak senang dengan label pengkianat itu tetapi kita tidak dapat lari daripada realiti kerana apa yang sedang berlaku itu punya catatan sejarahnya.

Bermula dengan perbezaan pandangan dan pendapat khususnya dalam mendepani isu 1DMB dan obses untuk menjatuhkan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia , PPBM lahir dalam acuan yang tidak sempurna sama sekali. 

Acuan yang lompang disana sini itu dibuktikan dengan sikap sambil lewa pucuk pimpinan PPBM yang telah bertindak mengambil sesiapa sahaja yang dilihat boleh membantu kepada penubuhan parti cap bunga tersebut.

Kehadiran mereka-mereka dalam PPBM yang sebelum ini bermasalah dengan parti UMNO sehingga ada dikalangannya yang dipecat daripada parti kerana masalah disiplin sudah cukup untuk menjadi kayu ukur betapa PPBM bukanlah pentas perjuangan hakiki tetapi sekadar pelengkap nafsu politik pimpinannya dengan agenda dan dendam kesumat masing-masing.

Pendirian PPBM untuk bersama dalam rangkaian pembangkang dengan menjadikan Pakatan Harapan sebagai madu untuk menarik sokongan akar umbi turut sama menjadi pelengkap kepada kejahilan politik yang berteraskan kepada dendam kesumat.

Kiblat politik Tun Mahathir yang secara tiba-tiba berubah itu bukan sahaja mengelirukan ramai dikalangan pentaksub-pentaksub beliau tetapi juga telah menjadikan bekas Perdana Menteri itu hilang segala maruah kendiri.

Tun Mahathir dan Kit Siang kini menjadi sahabat paling akrab dalam usaha PPBM untuk terus bernafas !

Soalnya apakah PPBM mampu menempatkan dirinya sebaris dengan parti-parti lain yang kini bersama dalam Pakatan Harapan ?

Tian Chua dalam kenyataannya berkata Pakatan Harapan tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.

“PPBM adalah parti berasaskan Melayu. Anda tidak boleh mengharapkan mereka (parti itu) untuk bertanding di kawasan Cina, seperti Kelana Jaya atau Damansara.

“Mereka perlu menyelesaikannya dengan PAS berhubung pembahagian kerusi. Itulah peranan mereka.

“Kami (sekurang-kurangnya untuk PKR) boleh (menyediakan kerusi kepada PPBM). Tetapi, buat masa ini, mereka tidak mendapat apa-apa daripada kami (pihak di bawah Pakatan Harapan),” demikian petik kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.

Apakah petandanya ?

PPBM akan berdepan situasi paling kritikal khususnya dalam menagih simpati parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk memberikan kerusi-kerusi mereka pada PRU14 nanti.

Bila Muhkriz Menagih Kerusi PAS !

Kerana kesangsian sesama mereka itulah akhirnya Mukhriz kini barangkali telah diarahkan supaya mengepalai delegasi PPBM dalam usaha untuk memujuk PAS supaya berkobalirasi dengan PPBM walaupun terang-terangan PAS bukanlah sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Mukhriz dilaporkan berkata, soal pembahagian kerusi akan ditentukan dengan semua pimpinan parti pembangkang duduk semeja, dan pertimbangan susulan akan dibuat selepas kata putus dicapai.

“Kita belumpun duduk semeja dengan semua pihak (pembangkang). Bagilah kami masa sikit untuk bincang dengan semua pihak.

Mengulas mengenai rundingan bersama PAS, Mukhriz berkata sememangnya soal pembahagian kerusi adalah perkara yang perlu diperhalusi, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama pembangkang.

“Itu sebabnya kami di PPBM ini, (berpendapat) pendirian PAS itu tidak kurang pentingnya berbanding kesepakatan yang kita ada antara PPBM dengan Pakatan Harapan.

“Salah satu perkara yang perlu kita perhalusi dalam rundingan PAS itu soal kerusi. Tapi sebelum sampai ke peringkat itu, kita kena bincang mengenai dasar atau asas kesepakatan dengan PAS,” katanya lagi.

Apa jua yang berlaku dan bakal berlaku sekalipun , banyak pihak kini mahu melihat bagaimana dan sejauh mana PPBM serta Pakatan Harapan mampu menangani isu pembahagian kerusi supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru pada PRU14 nanti.

Dengan kedudukan PAS sebagai parti tunggal yang tidak bersama dengan DAP seterusnya Pakatan Harapan , apakah PPBM mampu berperanan untuk mengaburi pimpinan PAS sedia ada untuk sama-sama bersetuju dengan satu keputusan bertanding pada PRU14 sebagai satu pasukan ?

Muhkriz ada menyebut tentang dasar dan asas kesepakatan , soalnya apakah ianya mampu direalisasikan sedang PAS dan DAP kini berdepan dengan krisis dasar dan asas sesama mereka ?

Sama-sama kita nantikan sambungan drama politik ini ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels