Followers

Monday 16 January 2017

Untuk Apa Tun Mahathir Berdiri Sama DAP ??


Gula-gula politik !

Itulah yang MMI boleh katakan apabila Tun Mahathir yang kini mengepalai PPBM sudah mula hilang arah dan terperangkap dengan permainan politik ciptaannya sendiri.

Jika sebelum ini Tun Mahathir menolak DAP , tingkah laku emosi politiknya sudah mula longgar apabila bersetuju dan menyanjung DAP setelah tidak lagi bersama parti UMNO.DAP yang dulunya dianggap sebagai musuh politik utama kepada dasar-dasar kerajaan dan Barisan Nasional kini sudah tidak lagi menjadi ancaman.

Tun Mahathir cuba meyakinkan rakyat kononnya DAP bukanlah seperti mana yang beliau war-warkan sebelum ini.Bahkan penerimaan DAP terhadap Hak Keistimewaan Orang Melayu dan kedudukan Islam itu cukup dihargai malah menerimanya tanpa sekelumit pun penolakan.

Soalnya yakinkah kita dan seluruh pengikut Tun Mahathir khususnya yang kini berada dalam PPBM terhadap dakwaan terbabit ?

DAP menghormati Hak Keistimewaan Orang Melayu dan kedudukan Islam ????

Aduhai ... Lupakah Tun Mahathir apa yang sedang berlaku di bumi Pulau Pinang ?

MMI yakin mana-mana cerdik pandai sekalipun akan sedar prinsip dan pendirian DAP bukanlah seperti mana yang diwar-warkan oleh Tun Mahathir.Yang berlaku hanyalah usaha untuk menghalalkan tindakan Tun Mahathir yang mahu memastikan gerombolan pembangkang menewaskan BN walaupun realitinya sesama sendiri bercanggah ideologi.

Jika benar Tun Mahathir menganggap DAP itu bukan dari spesis cauvinis dan rasis maka tindakannya (Tun Mahathir) yang memutar belit isu terhadap Foresy City di Johor jelas sama sekali berbeza dengan tindak tanduknya apabila bersama DAP.

Kerana kecelaruan politik dan kehendak emosi itulah Sultan Ibrahim membidas Tun Mahathir !

Dalam satu temubual eksklusif, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memetik nama Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.

“Cukup-cukuplah. Setakat ini beta telah cuba mengawal diri daripada mengulas mengenai kontroversi membabitkan Forest City yang dibangkitkan Dr Mahathir dan penyokongnya.

“Namun Dr Mahathir sudah keterlaluan dengan memutarbelitkan isu ini. Beliau mendakwa kira-kira 700,000 rakyat China akan tinggal di JB dan taraf kewarganegaraan akan diberikan dan sebilangan besar tanah telah dijual kepada China.

“Beliau memberi gambaran bahawa Johor menyerahkan tanah kepada rakyat China malah membandingkan bagaimana kita menyerahkan Singapura kepada British,” katanya dalam satu temubual di Istana Bukit Serene di sini.

Sultan Ibrahim berkata baginda tidak berniat untuk campur tangan dalam politik tetapi perlu menyatakan kebenaran kerana fakta mengenai isu tersebut telah diputar belit oleh mereka yang mempunyai niat tidak betul.

“Biar beta tanya kepada beliau – Forest City akan dibina dia atas tanah yang ditambak dan kebanyakannya ialah unit kondominium. Dalam bahasa mudah, unit tersebut adalah di udara. Ia unit strata.

“Saya ingin bertanya kepada Dr Mahathir jika pembeli warga asing ini dapat membawa balik apartmen itu ke negara mereka atau membawa seinci tanah yang telah ditambak ini.

“Mari kita lihat bilangan warga asing yang membeli hartanah di Singapura. Adakah rakyat Singapura di republik itu bimbang? Tidak, mereka tidak bimbang, tapi sebenarnya mereka mengalu-alukan ekspatriat mewah di sana.

“Di sini, kita ada Dr Mahathir yang mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya. Beliau tidak bodoh, beliau hanya pentingkan diri dan bersifat oportunis,” titah Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim mengulas mengenai beberapa kenyataan dalam blog Dr Mahathir yang mendakwa sejumlah besar tanah di Johor Baru dijual kepada warga asing tanpa sekatan dan wujud penghijrahan secara besar-besaran warga asing di bandar baharu itu.

Dr Mahathir dipetik sebagai berkata ribuan unit (kediaman) sudah siap dibina di Forest City yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China dan telah dijual kepada rakyat China.

Forest City apabila ia siap sepenuhnya kelak akan terletak di atas empat pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia yang dibangunkan Country Garden Pacific View.

Sultan Ibrahim berkata projek pembangunan campuran di Forest City bukan hanya untuk pelabur China tetapi sesiapa sahaja di seluruh dunia termasuk rakyat Johor.

“Projek ini akan meluaskan saiz tanah di Johor dan kedaulatannya,” titah baginda.

Jelas baginda, kewujudan Forest City akan memberi impak besar termasuk pendapatan bagi kerajaan negeri dari segi cukai dan menyediakan kira-kira 200,000 peluang pekerjaan.

Sultan Ibrahim turut bertitah urusan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Persekutuan.

Titahnya, SP Setia, sebuah syarikat dari Malaysia terlibat dalam pembinaan apartmen di Battersea Power Station di London dan kerajaan British turut mengalu-alukan projek dan pelaburan di bandar baharu itu.

“Adakah Dr Mahathir atau anak-anaknya memiliki hartanah di luar negara?,” soal Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, ramai pelabur datang ke Forest City turut mendapat manfaat daripada program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang dilancarkan pada tahun 2002 semasa dibawah pentadbiran Dr Mahathir.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri, beliau telah meminta rakyat Malaysia untuk pandang ke Timur tetapi sekarang beliau mengkritik apabila pelabur Malaysia datang ke sini untuk melabur,” titahnya.

Sebagai perdana menteri, Sultan Ibrahim bertitah Dr Mahathir telah memberi banyak perhatian dan keutamaan dalam membangunkan Langkawi berbanding beberapa pulau lain di negara ini.

Titah baginda, Dr Mahathir sedang bermain politik ketakutan dan kaum yang tidak mempunyai tempat di Johor kerana saya tak percaya kepada politik kaum.

Beliau menghina pelabur hartanah China yang kaya. Mereka tidak terdesak untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Kebanyakan mereka mempunyai hartanah di negara lain, termasuk Australia dan United Kingdom.

“Mereka membeli hartanah di sini kerana mereka dapat melihat kepentingan strategik Johor. sumber 

Kebanjiran dan pemilikan aset oleh bangsa asing khususnya monopoli warga cina di Pulau Pinang tidak pula menjadi sasaran Tun Mahathir ?

Pelik bukan ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels