Followers

Wednesday 22 March 2017

PAS Pmtg Pauh Tinggalkan PKR - Mat Sabu Mengintai Peluang ??


Ternyata apa jua "game" yang cuba dimainkan oleh PKR terhadap PAS akhirnya membawa kepada pergolakan sesama mereka.Sebelum ini PAS dilihat agak terbuka dengan PKR memandangkan mereka punya hubungan bersyarat di Selangor.Walau bagaimanapun banyak pihak melihat PAS sebenarnya sedang cuba dijinakkan oleh PKR untuk sekurang-kurangnya kekal sebagai sebahagian daripada pendokong Pakatan Harapan.

Dari pengamatan MMI perpecahan yang berlaku dalam PAS sehingga tertubuhnya PAN serta kerakusan DAP untuk terus menunjangi kem pembangkang menjadi antara sebab kenapa PAS kemudiannya mula memikirkan tentang kehadiran mereka.

Selain daripada soal prinsip dan pendirian , PAS semakin jauh daripada Pakatan Harapan kerana kumpulan pembangkang itu sudah semakin terpesong apabila matlamat mereka mula tersasar daripada prinsip yang diamalkan PAS sendiri.

Kehadiran PPBM contohnya telah merubah hala tuju Pakatan Harapan daripada sebuah kumpulan pembangkang menjadi kumpulan radikal politik apabila menjadikan matlamat untuk menjatuhkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib tanpa melalui proses pilihanraya.

Walaupun pada hari ini laungan itu sedikit sebanyak sudah tidak lagi kedengaran , isunya PPBM bermula daripada asas ini.Kerana itu kehadiran mereka bersama-sama Pakatan Harapan bukanlah berbekalkan tawaran politik atau tawaran yang lebih baik kepada rakyat tetapi kekal merujuk kepada rasa tidak puas hati dan dendam politik melampau yang mahu menumbangkang kepimpinan YAB Datuk Seri Najib.

Soal siapa sedang mempergunakan siapa dalam Pakatan Harapan tak perlu lagi kita huraikan kerana semua pihak dapat melihatnya dengan jelas cuma hubungan rapuh yang terbina itu bakal memberi impak negatif kepada rakyat sekiranya mereka berkuasa kelak.

Ini pasti berlaku kerana perbezaan dasar yang cukup ketara diantara parti-parti yang bersama dalam Pakatan Harapan.

Oleh kerana itulah akhirnya PAS Permatang Pauh bertindak untuk memutuskan semua hubungan politik dengan parti PKR seterusnya menolak secara langsung sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Lebih dasyat lagi PAS Permatang Pauh mendedahkan betapa PKR dalam senyap-senyap telah mensabotaj parti itu.

Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan berkata , PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli Pas untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Pas.

"Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli Pas bahawa PKR meminta ahli kami untuk keluar daripada Pas dan sertai mereka bagi tujuan memegang jawatan tertentu di dalam kerajaan.

"Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setia kawan dan boleh menjejaskan Pas."

Omar dalam kenyataannya turut menyebut PKR khasnya di Pulau Pinang tidak menghormati Pas sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang sebelum ini dengan lantang menyerang Pas dan pimpinannya.

Mengulas lanjut, Omar berkata, PKR juga dilihat gagal membela serta mempertahankan Islam di negeri ini apabila secara terang-terangan menurut kehendak DAP dengan mencampuri urusan penfatwaan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan dan ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Tindakan tidak bertanggungjawab Exco Agama ini menunjukkan kepentingan politik PKR lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam dan Pas tidak boleh bersetuju dengan keadaan ini. seterusnya 

Dalam masa yang sama dilaporkan PAS di beberapa kawasan lagi di Pulau Pinang turut mengambil langkah yang sama apabila mengusulkan supaya PAS membatalkan hubungannya dengan PKR.

Tindakan yang MMI lihat sebagai antara gerakan yang dipersetujui bersama itu sebenarnya sudah pun memberikan kejutan kepada Pakatan Harapan khususnya PKR.Walaupun mereka menganggap kesannya tidaklah terlalu besar tetapi dalam konteks Permatang Pauh ianya sudah pun memberikan kesan khususnya kepada PKR.

Wan Azizah selaku pemimpin tertinggi PKR dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh seharusnya dipersalahkan dalam hal ini kerana beliau jelas gagal sebagai pemimpin tertinggi dalam hiraki Pakatan Harapan tetapi juga gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan kebanyakkan masanya di habiskan diluar kawasan.

Natijahnya PAS kini tidak lagi bersama dengan parti itu selain bakal bertanding di Permatang Pauh tanpa mengambil peduli persiangan dengan wakil-wakil dari PKR.

Perkembangan ini semakin menarik memandangkan pada PRU14 nanti pastinya berlaku pertandingan lebih dari 3 penjuru di bumi Permatang Pauh.Dengan BN konsisten akan terus meletakkan calonnya , PAS pula hampir pasti bertanding dan PKR sudah tentu akan pertahankan kawasannya.

Isunya apakah PAN akan membiarkan PAS bertanding ? Adakah PAN akan membiarkan PAS bertarung dengan PKR atas alasan kesepakatan dalam Pakatan Harapan ?

Bukankah PAN dilaporkan sedang mengintai-intai ruang untuk merampas Permatang Pasir daripada PAS ?

Mat Sabu barangkali sedang mengira-ngira kawasan untuk sekurang-kurangnya PAN buktikan kepada bosnya DAP bahawa kehadiran PAN bukanlah sekadar pencacai politik.

Well MMI yakin apa jua yang bakal berlaku selepas ini akan membongkar kerakusan politik sesama parti dalam Pakatan Harapan.

Sama-sama kita tunggu ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels