Followers

Tuesday 14 March 2017

Penghinaan Terhadap ISLAM - ISLAMOFOBIA Atau AGENDA ??


Penghinaan terhadap Islam sudah berlarutan sejak sekian lama dan di Malaysia rasanya situasi yang hampir sama telah pun berlaku dari masa ke semasa.Melihat kepada kumpulan atau individu yang terlibat kita kadang-kalanya berasa hairan.

Hairan kerana kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada kumpulan yang mengaku kononnya begitu memahami tentang hak kemanusiaan selain daripada kemahuan untuk melihat seluruh warga dunia hidup dalam suasana harmoni.

Namun mengapa masih ada segelintir daripada mereka-mereka ini boleh bertindak sedemikian ?

Apakah ianya disebabkan oleh tindakan segelintir mereka-mereka yang mengaku Islam tetapi bertindak sebaliknya seperti mana yang berlaku di seluruh dunia contohnya tindakan ISIS dan kumpulan yang seangkatan dengannya ?

Jika itulah alasannya maka MMI yakin dan percaya mereka-mereka itu bukanlah dari kalangan cerdik pandai tetapi dijajah emosi yang keterlaluan sehingga menolak prinsip keadilan.

Selain daripada itu apakah ianya berpunca daripada ISLAMOFOBIA ?


Satu perasaan cemas dan dipenuhi syak wasangka akibat daripada kejadian keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang menjadikan Islam itu sebagai perisai untuk menghalalkan tindakan mereka ?

Walaupun insiden 9/11 mengejutkan semua pihak di seluruh dunia dan tindakan Presiden Bush selepas itu yang mula menggerakkan bala tenteranya menyerang Afghanistan dan negara-negara Islam yang lain , MMI masih berpendapat bahawa ianya ada pro dan kontranya.

Tanpa menafikan tindakan ketenteraan terhadap orang awam , warga tua , wanita dan anak-anak kecil itu adalah satu tindakan yang salah , kita juga perlu bijak untuk mengawal situasi dan perlu segera bangkit untuk memahami keadaan kerana tindakan radikal seperti itu hanya akan menyebabkan pergolakan berskala besar yang boleh mencetuskan ancaman keselamatan di seluruh dunia.

Sebagai rakyat kita perlu belajar daripada cara kerajaan Malaysia menangani situasi ini sejak hari pertama lagi dengan menyatakan pendiriannya bahawa tindakan keganasan yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa itu adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak di dunia.

Kita konsisten dengan pendirian ini dan dalam masa yang sama kita berusaha untuk menyakinkan dunia bahawa apa yang berlaku itu bukanlah bercirikan Islam kerana Islam tidak pernah menghalalkan keganasan seperti ini.

Mungkin kita lupa barangkali atas usaha itu jugalah akhirnya banyak pihak tampil bersama-sama dengan pendirian Malaysia khususnya dalam memulihkan persepsi buruk yang telah ditimbulkan oleh tindakan keganasan itu terhadap Islam.

Antara contohnya bekas Presiden Amerika Syarikat , Barrack Obama ...


Tidak ada yang mustahil sebenarnya dan MMI percaya jika setiap dari kita belajar daripada peristiwa-peristiwa dunia ini maka mana-mana pihak sekalipun tidak akan cuba-cuba untuk memburuk-burukkan agama lain khususnya Islam.

Persoalannya sehingga ke hari ini situasi dan amalan yang sama masih lagi berlaku di bumi Malaysia !

Islam terus dihina dan tindakan terbaru bekas Adun Batu Uban ,  Raveentharan Subramaniam yang dengan sengaja memuat naik kenyataan menerusi facebook beliau baru-baru ini menyatakan "fisrtly Islam was never a religion of peace" adalah satu tindakan menghina dan dangkal sebenarnya.

Ekoran daripada itu banyak pihak tampil mengecam serta mahukan tindakan tegas di ambil terhadap pihak yang terlibat antaranya NGO Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang.

Dalam kenyataan itu menyebut GPMS negeri Pulau Pinang juga mendapati ini bukanlah kali pertama kenyataan-kenyataan berbaur hasutan, provokasi dan fitnah ke atas Islam dikeluarkan oleh orang bukan Islam khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik. Namun setiap kali apabila dibuat laporan khususnya kepada pihak Polis, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia dan lain-lain, mereka yang mengeluarkan laporan ini hanya diambil keterangan seterunya kes ditutup begitu sahaja. GPMS negeri Pulau Pinang khuatir situasi ini akan menyebabkan semakin ramai yang akan mengeluarkan kenyataan provokasi dan menghina agama disebabkan mereka tahu bahawa tiada tindakan akan diambil ke atas mereka.Selanjutnya klik SINI

Begitulah senarionya tiap kali ada pihak-pihak tertentu yang bertindak sedemikian rupa dan MMI bukan nak menyalahkan mana-mana pihak kerana pihak berkuasa sentiasa bertindak dan mengikut proses undang-undang sedia ada.

Cumanya timbul keraguan apakah tindakan Raveentharan itu berlaku akibat daripada ISLAMOFOBIA ?

Rasanya TIDAK dan MMI yakin semua pihak yang pernah terlibat dalam aksi menghina ini adalah terdiri dari kalangan manusia WARAS yang tahu tentang kesan terhadap tindakan mereka CUMANYA mereka dengan sengaja mencela dan menghina Islam sebab mereka punya AGENDA !!!!

Agenda yang kini sedang dipertontonkan dengan jelas kepada seluruh negara betapa kumpulan-kumpulan ini begitu rakus untuk menolak Islam itu sendiri.

Buktinya cadangan pindaan RUU355 terus di tolak oleh suku-sakat puak-puak yang mengaku pembangkang kerana misi dan visi mereka bukan berdasarkan kepada menghormati prinsip kedudukan Islam itu sendiri.

Baca juga artikel berkaitan di bawah ...

http://mahamissa.blogspot.my/2017/03/zairil-antara-liberal-maruah.html

http://mahamissa.blogspot.my/2017/03/tindakan-ceroboh-teresa-adalah-petunjuk.html

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels