Followers

Tuesday 18 April 2017

Apa Lagi Yang Mahu Di Tabur Rafizi ?

 

Setelah Rafizi membuat pendedahan tentang nama-nama pemimpin politik negara kononnya terlibat dengan transaksi dana daripada SRC , banyak pihak tampil mengatakan tindakan tersebut sekadar satu lagi gimik politik Rafizi yang cuba melengkapkan nafsu fitnahnya.

Manusia ni walaupun dari segi fizikalnya nampak sama hakikatnya apa yang terpendam dalam diri kadang-kalanya jauh berbeza.Mungkin si Rafizi ni punya kehendak yang lebih terarah kepada perkara-perkara yang kita sendiri pun tak jangka.

Apa pun Nasharudin dan Khairuddin sudah pun menafikan tuduhan tersebut , Nasharudin menyifatkan dakwaan itu merupakan satu fitnah jahat terhadapnya dan parti PAS.

“Saya juga dengan ini menafikan sekeras kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran atau sumbangan daripada sumber-sumber yang dinyatakan oleh beliu melalui tuduhan yang tidak berasas dalam Akuan Bersumpah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Manakala Khairuddin berkata dakwaan yang beliau turut mendapat maklumat daripada seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aliran wang 1MDB ke akaun Nasharudin itu adalah tidak benar.

Khairuddin mengakui pernah merujuk seorang bekas pegawai SPRM bersama pemimpin PAS lain, tetapi berkata Rafizi tidak menyandarkan dakwaannya kepada dokumen nyata dan hanya ‘bersumberkan dengar cakap’.

“Bagaimana beliau boleh membuat tuduhan berasaskan sangkaan dan sumber yang tidak jelas?

“Bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan? Seterusnya disebarkan pula ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya?"

Malah pucuk pimpinan PAS juga dikhabarkan malas nak layan si Rafizi ni sebab dah terkenal sangat dengan fitnahnya.Dalam masa yang sama mereka sebaliknya berpesan kepada Rafizi supaya bertaubat dan berhentilah daripada menjadikan fitnah sebagai bahan makanan harian.

Bab berlakon cukup pandai puak ni

Walaupun Rafizi kemudiannya telah membuat laporan terhadap SPRM , tindakan raja fitnah ini sebenarnya terlalu jijik memandangkan tindak-tanduknya sejak pendedahan itu hanyalah sekadar gimik politik.

Bagi MMI "simple" ja , biar SPRM buat kerja diaorang bukannya SPRM tak pernah ambil tindakan !

Cuma ramai orang nak tunggu tengok sejauh mana kebenaran yang kononnya menjadi prinsip kaki fitnah ni benar-benar berdasarkan kepada kebenaran !

Dan kegagalan Rafizi untuk turut sama mendedahkan kepincangan isu membabitkan dana YAWAS , Isu membabitkan kemewahan luar biasa ketua AMK Ampang Adam Rosly , Isu membabitkan kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya memberikan kita gambaran betapa busuknya hati manusia bernama Rafizi ni.

Lebih berbahaya adalah pendedahan Hadi Awang tentang tindakan pemimpin DAP yang membuat rundingan dengan negara asing agar campur tangan dalam politik negara.

Apakah Rafizi bersetuju campur tangan sebegini ? Jika YA kenapa ? Dan jika TIDAK kenapa Rafizi membisu ?

Selain daripada itu Rafizi juga perlu sedar betapa usaha puak pembangkang yang cuba menggagalkan kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara luar bukan sahaja mampu menjejaskan perkembangan ekonomi Malaysia tetapi juga membawa kepada kemudaratan rakyat.

Kenapa Rafizi berdiam ???? Ini sudah sampai MENGKHIANATI negara sendiri !

Mana akuan bersumpah , pendedahan dan laporan terhadap pihak berkuasa ?

Tak akan ada beb ... So agak-agak ampa lepas ni Rafizi nak tabur apa lagi ???

Baca juga artikel berkaitan ;



MMI

1 comment:

  1. Apabila fitnah menjadi macam darah daging maka dosa pahala tiada dalam kamus perjuangan.

    ReplyDelete

Labels