Followers

Saturday 22 April 2017

Apabila ISLAM Tidak Lagi Mahu Di Jadikan Agama Persekutuan


Jelas tertera dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam itu adalah agama persekutuan dan kedudukannya tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak sebelum ini sehinggalah terbentuknya hubungan sesama parti politik pembangkang.

Pembentukan parti politik pembangkang yang bermula tatkala isu membabitkan Anwar Ibrahim di pecat daripada jawatan kabinet oleh Tun Mahathir itu akhirnya bukan sahaja menyebabkan aksi-aksi demontrasi jalanan yang bertukar ganas tetapi sudah sampai ke tahap mereka yang bukan Islam BERANI untuk mula mempertikaikan kedudukannya.

Kewujudan DAP di Malaysia selepas itu mula memperlihatkan sikap sebenar mereka dengan menjadi satu-satunya parti politik paling lantang dalam menolak hal-hal membabitkan Islam selain menyokong gerakan bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah.

Kini parti itu adalah sebagaian daripada parti-parti politik dalam negara yang turut sama menolak pindaan RUU355 yang secara zahirnya jelas hanya terguna pakai kepada orang Islam sahaja.

Kita perlu sedar gerakan demi gerakan seperti ini akhirnya akan mewujudkan satu lagi kelompok manusia yang terdiri daripada mereka-mereka yang hilang asas dan lebih terarah kepada kehidupan terbuka bersifat liberal.

Sedar atau tidak kumpulan ini sebenarnya menyumbang kepada kewujudan lebih banyak kumpulan-kumpulan lain yang akan berdiri atas rasa dan pendirian yang sama.

Akhirnya berlakulah apa yang paling kita bimbangi , kelahiran kumpulan Melayu yang jelas berpegang kepada logik akal semata-mata tanpa mengambil kira kedudukan Islam sebagai pegangan kepada majoriti warga Malaysia iaitu orang-orang Melayu.

Tidak ada mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum ini sehinggalah munculnya segelintir Melayu yang lebih terarah untuk berkuasa atas nama politik.

Bertitik-tolak dari situlah bangsa DAP , PKR , PAN dan dulunya PAS berlumba-lumba menyatakan sokongan kepada puak pembangkang yang dikepalai DAP walaupun jelas pembawakan mereka lebih kepada menolak keutuhan Islam itu sendiri.

Rentetan daripada itu muncullah nama Kassim Ahmad , tokoh anti-hadis yang pernah mendakwa hadis-hadis Nabi sebagai ajaran palsu dan menyeleweng daripada ajaran Islam mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan Islam sebagai Agama Persekutuan. 

Beliau juga mendesak agar pihak kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal agama kerana menurutnya, kaedah pentadbiran Islam di negara ini hanya membawa kepada konflik agama. Seterusnya 

Apakah benar dakwaan Kassim bahawa pentadbiran Islam itu membawa kepada konflik agama ? 

Rasanya Kassim terlalu obses dengan perubahan dunia yang secara "total" nya berlaku kerana tindak-tanduk manusia.Kassim seharusnya melihat kepada perkembangan semasa yang sedang berlaku pada hari ini.

MMI fokuskan kepada isu keganasan dan peperangan yang berlaku di negara-negara tertentu didunia !

Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh dasar pentadbiran Islam semata-mata ?

Siapakah yang menjadi pencetus kepada berlakunya situasi sedemikian ?

Lihat isu di New York 911 , Perang di Iraq , Afghanistan , Syria dan beberapa siri keganasan yang berlaku di Perancis , London dan lain-lain , apakah kita yakin semua itu bermula daripada mereka yang beragama Islam ?

Tidak apa yang berlaku itu disebabkan oleh kerakusan politik melampau yang dicetuskan terlebih dahulu oleh mereka-mereka yang bukan Islam.

Kesengsaraan warga Palestin contohnya kenapa sehingga ke hari ini konflik itu masih belum selesai ?

Apakah kekebalan ISRAEL sehinggakan tidak ada seorang pun pasukan Delta Force atau Navy Seal Amerika Syarikat yang diarahkan untuk masuk ke negara tersebut dan menghapuskan pimpinannya atau paling tidak menangkap pemimpin yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan orang awam , kanak-kanak dan orang-orang tua ?

Walhal pasukan yang samalah (Delta Force atau Navy Seal Amerika Syarikat) yang hadir menceroboh bumi Pakistan semata-mata untuk membunuh Osama Bin Laden !

Apakah Osama Laden sahaja kepala pengganas ? Bagaimana dengan yang lainnya ?

Sudah tentu kalau Kassim melihat dalam konteks ini beliau akan mengakui bahawa pentadbiran negara yang tidak berasaskan kepada agama itu juga turut menjadi pencetus konflik bukan sahaja terhadap sesama agama tetapi sudah sampai ke tahap menjadikan orang awam sebagai mangsa !

MMI yakin dan percaya ramai dikalangan kita yang menolak fahaman Kassim dan jelas apa yang dilontarkan beliau jauh menyimpang daripada apa yang kita praktikkan .. Cumanya MMI bimbang di masa-masa mendatang ini apakah kumpulan-kumpulan seperti Kassim ini akan terus bercambah ?

INGAT apabila Islam tidak lagi mahu dijadikan Agama Persekutuan maka ia bukan hanya sekadar cadangan dan desakan tetapi sudah sampai ke tahap menyerang institusi Islam di Malaysia.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels