Followers

Sunday 2 April 2017

Di Saat Cubaan Memfitnah , Delegasi Malaysia Terus Komited !!


MMI tak pastilah kalau apa yang berlaku dalam gambar kat atas tu menjadi penyebab kepada keretakan hubungan sehingga menyebabkan MCA membuat keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional.

Mungkin ada pihak sengaja nak buat "April Fool" agaknya dan sepanjang MMI menulis di blog ini rasanya bab memfitnah ni kalau tak menghala kepada puak-puak kaki spin macam gang-gang si Rafizi sotong tu rasanya memang tak tak kena.

Ingat lagi masa Anwar spin puak-puak Ahli Parlimen pembangkang sebelum ni , kata salah seorang bekas Ahli Parlimen yang terkena spin Anwar masa tu .. Semangat dah berkobar-kobar dah sebab Anwar dah bagi jaminan Yang Di Pertuan Agong dah setuju untuk tukar kerajaan dan Anwar bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri jadi dia pula bakal menganggotai kabinet kerajaan yang baru .. Nah lepas sejam dua habis peluh semua Anwar hilang entah ke mana !

Tinggal habuk ja beb !!! Hahahaha itu antara pengalaman bekas Ahli Parlimen pembangkang yang dah bertaubat sekarang ni rasanya ... 

Sengaja MMI cerita sebab bab fitnah dan menipu ni dah jadi macam makanan ruji puak-puak pembangkang !


Berbalik kepada cerita fitnah MCA keluar dari BN , Apa agenda puak-puak ni agaknya ???


Puak-puak pembangkang ni bimbang sebenarnya , hubungan antara Malaysia dan India yang terjalin sejak 60 tahun dahulu itu sebenarnya boleh menyebabkan semua fitnah-fitnah sama ada yang telah dibuat atau bakal menyusul akan menjadi sukar , sesukarnya puak-puak pembangkang untuk terus menyerang kerajaan apabila isu hutang 1MDB telah diselesaikan tanpa sebarang dana bantuan daripada kerajaan BN seperti mana yang dilakukan masa Tun Mahathir jadi PM dulu !

Dan paling puak-puak ni gerun sebab sepanjang lawatan PM dan delegasi pak-pak menteri kita di sana (India) 6 MOU sudah pun ditandatangani.

Malaysia dan India hari ini menandatangani enam Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu perjanjian yang membuka ruang ke arah peningkatan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
India dan Malaysia menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya, Narendra Modi, menyaksikan majlis pemeteraian berkenaan di Hyderabad House di ibu negara India.
Majlis itu diadakan bersempena lawatan rasmi Najib selama enam hari ke negara itu.
Antara MoU berkenaan ialah mengenai cadangan pembangunan kilang pengeluaran urea dan amonia di Malaysia serta pembelian lebihan urea dari Malaysia ke India.
Projek berkenaan dijangka melibatkan kos sebanyak US$2 bilion, dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 2.5 juta tan setahun dan khusus untuk pasaran India.
MIGHT Technology Nurturing Sdn Bhd juga menandatangani perjanjian dengan Lembaga Pembangunan Ekonomi Andhra Pradesh (APEBD) bagi pelaksanaan Taman Teknologi Generasi Keempat di Andhra Pradesh.
Taman berkenaan dijangka dapat menarik pelaburan swasta sebanyak US$100 juta serta penglibatan 75 perusahaan kecil dan sederhana, dan menawarkan 5,500 pekerjaan.
Kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian perkhidmatan udara dua hala yang akan meningkatkan kesalinghubungan udara.
MoU lain ialah antara Persatuan Universiti-universiti India (AIU), New Delhi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengenai Pengiktirafan Bersama Kelayakan Pendidikan bagi menggalakkan pelajar menuntut dalam semua kursus di kedua-dua negara.
Turut dimeterai ialah MoU antara Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Institut Pembangunan Keusahawanan India, serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Institut Teknologi Kimia (ICT) bagi kerjasama dalam pembangunan teknologi dalam bidang minyak sawit.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat dua hala antara Najib dan Modi, kedua-dua pihak bersetuju untuk meneroka kemungkinan meningkatkan kerjasama dalam sektor kewangan.
Ia termasuk melalui penyertaan dalam pasaran modal masing-masing serta pemberian lesen perbankan komersial.

India juga mengalu-alukan inisiatif Malaysia untuk memperluaskan program tanpa visa bagi warga India yang mengunjungi Malaysia berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mac, 2018, di bawah Pendaftaran dan Maklumat Perjalanan Elektronik (eNTRI).
India turut berpuas hati dengan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dalam projek jalan di Rajasthan dan berharap dapat melaksanakan projek infrastruktur di sana dan negeri lain oleh syarikat Malaysia.-- Bernama
Kepada pembangkang tak payah lah dok fitnah-fitnah ni , makin mengarut dah ampa nih ... Sejak Tun Mahathir bersama dalam pembangkang ni apa yang dia dah buat untuk Malaysia ?

Atau sekadar adu domba dan jadikan ampa semua mangsa untuk penuhkan pentas politik dia ???

Ingat Tun Mahathir tak suka BR1M sebab dia terus kepada golongan yang memerlukan tapi dia suka KLCC sebab yang kaya akan terus kaya macam anak-anak dia !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels