Followers

Sunday 16 April 2017

NANYANG - Tiada TINDAKAN & Jangan Ulang Lagi !!!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menerima penjelasan dan permohonan maaf yang dikemukakan oleh akhbar Nanyang Siang Pau berhubung penerbitan kartun monyet yang mencetuskan kemarahan PAS, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“KDN tidak akan mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan berhubung perkara itu,” kata Jazlan yang dipetik daripada China Press dan Nanyang Siang Pau selepas merasmikan sebuah majlis di Taman Bukit Indah, Gelang Patah, Johor, malam tadi.

Beliau bagaimanapun mengingatkan akhbar berkenaan supaya tidak mengulangi lagi perbuatan itu di masa hadapan.

“KDN akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak yang melakukan perbuatan sama pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh menyakitkan hati orang lain dan kemudian meminta maaf,” kata Ahli Parlimen Pulai itu.

Sebelum itu isu penyiaran karikatur menghina oleh akhbar berbahasa cina ini sudah pun mendapat reaksi pelbagai pihak dan pihak berwajib digesa untuk mengenakan tindakan keras sebagai pengajaran kepada tindakan seumpama ini.

Baca artikel berkaitan ;



Bagaimanapun keputusan bukan ditangan kita , malah pihak berwajib pasti punya alasan yang lebih tepat untuk membuat keputusan.

MMI faham .. Siapa MMI nak mengukum sesiapa dan tindakan KDN tu MMI terima dengan hati terbuka.

Kepada pihak-pihak kat luar tu jangan ulang lagi benda-benda macam ni , mungkin ada yang lepas tapi MMI percaya akan ada yang KENA !

So beringatlah !

MMI

2 comments:

  1. Ada satu kaum yg sinonim dgn sifat kurang ajar dan biadap...berulang ulang.

    ReplyDelete
  2. Kurang ajar kalau berulang kali ia perlu diajar. Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam soal maruah agama.

    ReplyDelete

Labels