Followers

Monday 1 May 2017

Guan Eng Mula Bercuti ??


Orang Penang kata KETEGAQ ! Kalau ikutkan daripada isu yang terpalit kepada Guan Eng ni memang patut dia bercuti daripada melaksanakan tugasnya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.Manakan tidak ianya bukan sekadar isu yang dimomokkan dalam media sosial tetapi sudah sampai ke peringkat pertuduhan di mahkamah.

Pembangkang sering kali membuat tuduhan dan bermacam fitnah selain desakan tidak masuk akal terhadap pemimpin negara khususnya Perdana Menteri tetapi semua tuduhan terbabit hanyalah sekadar pelangkap rasa bicara malam pemimpin pembangkang di pentas-pentas politik.

Bila dah dengar ada sorakan dari pencacai kat bawah maka lagi bersemangat puak-puak ni buat fitnah malah ada dikalangan mereka yang mengutuk dasar kerajaan BN tetapi akhirnya mengaku kalau mereka diberi kuasa untuk mentadbir Malaysia maka dasar yang sama akan dikekalkan.

Wehh apa cer ??? Puak-puak "duplicate" ni memang suka sangat buat benda macam ni sebab mereka tahu janjilah apa sekalipun ianya belum pasti akan terlaksana macam kes di Pulau Pinang , Tol Sungai Nyior sampai ke hari ni diam bisu malah dah sampai tahap koma dah janji Guan Eng ni !

Jadi desakan terhadap Guan Eng supaya bercuti adalah wajar dan beliau sekiranya masih berpegang kepada dasar KUCING KURAP (CAT) maka Guan Eng perlulah membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin yang benar-benar profesional seperti mana yang dilalakkannya.

Bukan mengambil sikap membisu dan buat-buat bodo !

Dan kalau kita perhatikan dalam isu membabitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor , Guan Eng bukan main sibuk lagi sampai nak usul kecaman terhadap Shabudin di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kononnya Shabudin ni menindas hak kanak-kanak sedang hakikatnya pemimpin UMNO itu mempertahankan hak orang-orang Islam dan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga dalam enakmen keluarga Islam undang-undang syariah.

So cuba bandingkan kedua-dua pemimpin ini !

Siapakah yang seharusnya perlu meletakkan jawatan atau paling tidak bercuti daripada menjalankan tugas-tugasnya ????????

Apa pun MMI ternanti-nanti sidang DUN Pulau Pinang sebab BN negeri sudah pun mengemukakan usul supaya ketua menteri bercuti !
Usul mendesak agar Lim Guan Eng mengambil cuti daripada tugasnya sebagai ketua menteri telah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata usul itu telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid baru-baru ini, untuk mendapat kelulusan untuk dibahaskan dalam persidangan DUN yang akan bermula 19 Mei ini.Baca seterusnya
Jadi kita kena tunggu dulu , Guan Eng setakat hari ni tak mau bercuti sebab dia tengah seronok menggali hasil bumi Pulau Pinang untuk dibuat bekal masa hari tua nanti.

Bagi MMI mudah , tak perlulah kita fikir banyak-banyak sebab tempoh masa untuk menentukan siapa yang bakal mentadbir Pulau Pinang akan tiba dalam sedikit masa lagi.

Kita tolak ja puak-puak Pakatan Haprak ni ... Bukan setakat Guan Eng semua sekali kita tukar dan pasti BN adalah pilihan terbaik yang mampu menguruskan Pulau Pinang dengan lebih berjaya.

Kena buat beb ....

MMI

1 comment:

  1. Jgn percaya lgi dgn Dap dan parti ternakannya. Cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete

Labels