Followers

Friday 30 June 2017

Cerita Radar - Punya Kalut Nak "Claim" Politik MAK MACAI Kena GETAH !!


Sejak dulu lagi mak macai ni suka buat kerja tak pakai otak dan dia selalunya akan buat diri sendiri jadi bahan.Kali ni pun serupa , laporan oleh pihak media tentang kehilangan radar di Johor yang mula menjadi perhatian netizen cepat-cepat diulasnya dan sebagai pemerhati politik MMI dah dapat agak dia ni main redah ja tak periksa langsung.

Konon-kononnya nak tunjuk pada rakyat Malaysia betapa prihatinnya Ahli Parlimen Permatang Pauh ni sebab sejak dia pegang jawatan tu jarang sangat buat kerja apatah lagi turun padang berjumpa rakyat.

Dan kalau turun sekalipun mesti bersebab selebihnya dia banyak habiskan masa jaga cucu-cicit selain sikit-sikit bekerja untuk parti maklumlah dia hanyalah satu lagi replika patung yang menjadi penghubung si peliwat yang kini sedang bercuti dalam tembok.

Berbalik kepada laporan tentang kehilangan radar tu , pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah pun menafikan laporan yang dihebahkan secara meluas oleh media-media propembangkang kononnya sebuah kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy menjelaskan, kontena itu sebenarnya tidak hilang, tetapi telah sampai ke destinasi yang ditujui iaitu Pelabuhan Rotterdam di Belanda.

Beliau turut menjelaskan siasatan JKDM berhubung peralatan itu sebelum ini sebenarnya menjurus kepada prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit dibawah Akta Perdagangan Strategik (ISTA) 2010.

Hanya mereka yang tak faham dan tahu menahu tentang SOP itu saja akan percaya selain bertindak untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu seolah-olah kehilangan PALSU itu bakal menyebabkan Malaysia hilang daulatnya.

Buktinya pemimpin pembangkang cukup bernafsu sekali mengecam dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia diatas dakwaan tersebut tanpa berfikir panjang sama ada laporan mengenai kehilangan radar tentera berteknologi tinggi itu benar atau sebaliknya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail malah dalam nada berbaur politik membayangkan kononnya wujud elemen rasuah, persekongkolan dan menggesa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau dalam usaha meraih merit politik buat pembangkang mendakwa kejadian itu merupakan kebolosan keselamatan negara yang amat serius dan mendakwa kononnya rakyat menuntut kerajaan Malaysia memberi penjelasan mengenai kehilangan peralatan tersebut.

“Peralatan radar ketenteraan bernilai berjuta-juta ringgit yang dalam perjalanan dari Australia ke Netherlands telah ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana ketiadaan permit dibawah Akta Perdagangan Strategik 2010 bulan lalu, tetapi didapati telah hilang dan dipercayai telah diseludup keluar dari negara ini.

“Insiden ini bukan sahaja melibatkan kehilangan peralatan ketenteraan yang kini mungkin telah dicuri atau diseludup keluar, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di salah sebuah pelabuhan terpenting di negara ini.

“Jika peralatan radar ketenteraan boleh dicuri atau diseludup dengan begitu mudah, apatah lagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia malah juga salah urus kargo atau konsainan bahan berbahaya,” kata Wan Azizah secara semborono dalam kenyataan yang dikeluarkan PKR.

Sementara Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong pula dalam nada berbaur provokasi menuntut satu siasatan dilakukan oleh badan bebas untuk menyiasat kehilangan peralatan radar tentera berteknologi tinggi itu yang didakwa telah memalukan negara.

Lebih teruk beliau menuduh Malaysia kini menjadi titik transit bagi penyeludupan senjata antarabangsa dan percaya radar tentera berteknologi tinggi itu telah sampai ke destinasi yang dibawa oleh pencurinya. (rujukan)

Punya hebat puak-puak ni , cukup sayang dengan Malaysia .. Tapi MMI nak ingatkan pada semua jangan seronok sangat sebab apa yang puak-puak ni buat hanyalah lakonan politik untuk dapatkan kredit dari rakyat.

Sama ada nak percaya atau tidak MMI serahkan pada diri masing-masing cumanya kita WAJIB untuk renungkan kembali isu Lahad Datu yang telah mengorbankan parajurit negara.

Puak-puak pembangkang masa tu buat apa ??? Ada dia sayangkan negara ????

Nah tengok ni , pertemuan anak si mak macai pembangkang ni mengadakan pertemuan dengan anak perempuan Jamalul Kiram hanya selepas beberapa ketika insiden pencerobohan Lahad Datu selesai.


Kalau kita rujuk kenyataan mak macai yang begitu bersemangat berbicara soal kedaulatan negara rasanya puak-puak macai setidak-tidaknya dalam mendepani isu Lahad Datu perlulah mengutamakan kepentingan negara dan menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

Inilah masa sepatutnya mereka mengutuk muslihat puak tersebut dan bukannya berbaik-baik bagaikan ada udang di sebalik batu.

So jelas puak-puak pembangkang ni hanya akan bertindak dan bersuara apabila ada pulangan politik terhadap mereka selebihnya lakonan semata-mata....puiiihhhhh

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels