Followers

Tuesday 20 June 2017

Modus Operandi Di Sebalik Siasatan DOJ


Yang pertama sekali kita tahu bahawa Department Of Justice (DOJ) yang kini menjadi kiblat puak-puak pembangkang terlibat dalam siasatan terhadap 1MDB seperti mana yang dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terhadap 1MDB.

Makanya dalam soal ini kita terbuka menerima hasil siasatan terbabit walaupun secara hukumnya apa punca Amerika Syarikat nak campur tangan dalam urusan dan hal ehwal Malaysia ?

Namun dasar pentadbiran YAB Datuk Seri Najib yang bukan sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi juga menjadi mangsa tuduhan bahawa beliau terlibat dalam isu membabitkan 1MDB adalah seorang pemimpin yang terbuka dan melalui kepimpinan inilah maka siasatan terhadap 1MDB diteruskan.

Jangan sesekali lupa bahawa siasatan tersebut sudah pun memasuki era paling "WIN" dalam konteks politik Malaysia itu sendiri apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut dianggotai oleh wakil-wakil dari kalangan PEMBANGKANG.

Dan hasil siasatan PAC sudah pun mengesahkan bahawa Najib tidak terlibat dalam isu membabitkan 1MDB malahan wakil pembangkang sendiri pun turut mengesahkannya ...


Hakikatnya ramai yang masih tidak faham tentang peranan DOJ terhadap isu melibatkan 1MDB.Kerana itu tindakan demi tindakan ini kemudiannya ditambah perasa oleh suku-sakat pembangkang yang akhirnya menyebabkan ramai dari kalangan kita terpedaya dan menerima bulat-bulat isu yang dibangkitkan.

Walaupun telah berkali-kali isu melibatkan 1MDB ini diperjelaskan termasuklah dalam soal tuduhan kehilangan dana milik 1MDB dan juga perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk DOJ.

Baca artikel penuh di bawah ;



Selain daripada itu telah berkali-kali kenyataan yang sama diulang bahawa kerajaan memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan DOJ ke atas 1MDB.

Perdana Menteri berkata ia selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.

“Perlu dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang telah pun disebutkan dalam laporan DOJ.

“Oleh itu daripada segi kerajaan kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa”.

Terkini sekali lagi DOJ mengulangi skrip yang sama dan kalau kita perhatikan pengumuman terbaharu DOJ mengenai 1MDB  ianya tidak tertumpu kepada perkara utama iaitu mengenai jenayah yang didakwa dilakukan di bumi Amerika Syarikat seperti mana yang disebut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sebahagian besar kenyataan DOJ pada 20 Julai dan Khamis lepas menyebut tentang apa yang berlaku secara dalaman di Malaysia, dan sebahagian lebih besar tidak mempunyai kaitan dengan subjek sama ada jenayah telah dilakukan di bumi Amerika Syarikat seperti didakwa.

“Isu utama di sini bukan Amerika Syarikat atau DOJ tetapi mereka memetik daripada aduan yang mereka terima.  Jadi isu di sini ialah siapakah pihak-pihak yang membuat aduan itu kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat?”

Seperti yang MMI sebut diawal tadi , apakah Amerika Syarikat punya hak untuk campur tangan urusan Malaysia khususnya dalam hal melibatkan undang-undang ? Rujuk SINI

Malah tindakan seumpama ini jika kita perhalusi ianya lebih merujuk kepada manipulasi politik yang jelas sama sekali tidak adil kepada sesebuah negara dan dalam konteks ini ianya melibatkan Malaysia.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dalam menyatakan perkara itu, juga berkata kerajaan juga bimbang dengan tindakan tidak perlu dan tidak sepatutnya dalam menamakan perkara-perkara tertentu dan individu yang hanya relevan kepada manipulasi politik domestik dan campur tangan.

‘Ini menunjukkan wujud motivasi yang melangkaui objektif untuk merampas aset-aset,” katanya dalam kenyataan.

Tengku Sariffuddin berkata kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana penyiasatan yang sah terhadap mana-mana syarikat atau warganegara Malaysia mengikut protokol antarabangsa.

“PIhak berkuasa Malaysia telah melakukan banyak siasatan dan secara menyeluruh membabitkan 1MDB, termasuk oleh badan bebas dan dwipartisan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara , dan didapati tiada perbuatan jenayah.

“1MDB masih lagi disiasat oleh Polis Diraja Malaysia. Jika terdapat bukti berlakunya sebarang salah laku, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Sehingga itu, beliau berkata sebarang dakwaan yang tidak dibuktikan tidak patut diambil kira sebagai fakta.

“Dan kami mengambil perhatian kenyataan akhbar dikeluarkan DoJ, yang menyatakan “Satu aduan sivil bagi perampasan hanyalah sekadar satu dakwaan bahawa wang atau hartanah ada terlibat atau mewakili hasil daripada jenayah. Dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat”. Rujukan

Tidak cukup dengan itu MMI kongsikan kenyataan daripada Peguam Negara yang jelas bimbang dengan tindak-tanduk DOJ yang sudah pun membelakangkan proses undang-undang itu sendiri.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa menunjukkan adanya penyalahgunaan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) mengambil perhatian berhubung tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

"Tindakan kedua ini berlaku pada ulang tahun tindakan pertama, dan nampaknya ia merupakan tindakan ulangan. Kami ingin menyatakan rasa kecewa kami kerana sekali lagi AGC tidak dimaklumkan atau diberitahu oleh DoJ berhubung tindakan ini.

"Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB; dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB, " katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Apandi berkata 1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan pernah menjadi subjek beberapa siasatan dalaman Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

"Selepas semakan, kami mendapati bahawa tiada jenayah dilakukan. Pada masa ini, masih ada penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia mengenai 1MDB.

"Kami ingin menyatakan rasa bimbang mengenai sindiran tentang salah laku jenayah yang dibuat terhadap Perdana Menteri. Tindakan sivil itu langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah," katanya. SUMBER

Lebih menarik lagi kita pasti dapat melihat bagaimana kebergantungan puak-puak yang punya dendam politik terhadap kerajaan BN dan UMNO begitu teruja sekali sampaikan mereka langsung menerima bulat-bulat tiap pertuduhan yang dibangkitkan oleh spin media pro pembangkang serta dakwaan DOJ walhal pihak-pihak terbabit pun tidak BERANI untuk mengesahkan pertuduhan demi pertuduhan mereka itu bersangkutan dengan YAB Perdana Menteri.

Muhyidin Yassin antara pencinta Sarawak Report contohnya secara sembrono menjadikan sumber terbabit (DOJ) untuk terus melakukan fitnah terhadap YAB Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah dan juga 1MDB.

Sedangkan kesemua pertuduhan terbabit tidak punya bukti , fakta dan asas pertuduhan malah sudah wujud pendapat yang mengatakan bahawa dokumen DOJ tersebut dikarang oleh orang Malaysia dalam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Baca kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Mohd Fuad Zarkashi di SINI 

Manakala blogger Dr MiM sudah pun mendedahkan cubaan untuk mengaitkan MO1 dengan Datuk Seri Najib Razak adalah satu konspirasi terancang melibatkan pihak media pro pembangkang dengan pemimpin politik yang bertindak sebagai lauk tambah dengan menjadikan laporan dan dakwaan daripada sumber seperti DOJ sebagai peluru untuk menghasut rakyat.

Apabila drama tahun 2016 ini tidak berhasil untuk membohongi rakyat dan mengganggu gugat Datuk Seri Najib Razak, timbul pula drama DOJ yang kedua tetapi ditambah dengan perasa yang lebih sensasi, dengan harapan rakyat termakan dengan drama kedua ini.

Dan memang benar. Portal-portal pro-pembangkang seperti SorosKini MalaysiaKini menggunakan berita ini dan sanggup menerbitkan begitu banyak berita yang sama dalam sehari tentang drama kedua DOJ ini. Oleh kerana terlalu ghairah memainkan isu DOJ ini, portal pro-pembangkang ini telah memfitnah Datuk Seri Rosmah di dalam tajuk beritanya.

Portal itu telah menukar tajuk berita mereka kemungkinan besar takut disaman.


Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa portal pro-pembangkang itu sendiri mengaku bahawa tiada bukti yang mengaitkan MO1 dengan Datuk Seri Najib Razak.Baca SELANJUTNYA 

MMI secara peribadi tidak menolak sebarang usaha apatah lagi siasatan terhadap 1MDB selagi mana ianya dilakukan berdasarkan kepada prinsip menghormati hak kedaulatan undang-undang sesebuah negara.

Kemukakan BUKTI dan BERTANGGUNGJAWAB dengan tiap dakwaan yang dibuat , ini penting kerana tanpa kedua-duanya tindakan demi tindakan itu hanyalah sekadar manipulasi politik berkepentingan.

Apa jua modus operandinya MMI percaya jutaan warga Malaysia jauh lebih bijak dalam menilai isu membabitkan 1MDB.

Menghukum tidak salah selagi mana ianya tersasar kepada pihak yang benar-benar bersalah kerana bagi MMI yang dicari adalah penyelesaian kepada kelemahan bukannya menjatuhkan mana-mana individu semata-mata atas dasar dendam politik.

Fikirkan ....

MMI

1 comment:

  1. Cadangan kepada kerajaan..
    Why not bring in not Malaysian company to do audit findings 1mdb? So they will be 3rd party and have no interest. Best yet.. request pembangkang to choose this auditor or 3rd party.

    ReplyDelete

Labels