Followers

Wednesday 7 June 2017

Nga Kor Ming Dedah Pengundi Hantu Di PERAK ?


Seperti kebiasaannya suku sakat DAP dan puak-puak pembangkang akan main isu-isu sensitif macam ni sebab mudah nak dapatkan perhatian orang ramai.Apatah lagi isu membabitkan PENGUNDI HANTU , kita dah tengok apa yang berlaku pada PRU13 yang lalu.

Kalau masih ingat puak-puak HAPRAK ni sendiri jadi POLIS dan badan BERKUASA siap soal dan tanya orang ramai yang sedang beratur untuk mengundi sedangkan mereka-mereka itu adalah warga Malaysia yang punya HAK untuk mengundi dan disahkan oleh SPR.

Weii siapa yang bagi kuasa dekat ampa ? Dan semua tuduhan itu ternyata hanyalah penipuan terancang untuk mewujudkan persepsi agar keputusan PRU13 dipertikaikan.


Nak sekarang ni bila dah dekat-dekat dengan PRU14 maka puak-puak bangsat ni sekali lagi mula susun lirik dan mulalah melalak buat bising di seluruh kampung pertikai bidang tugas SPR yang sebenarnya jelas termaktub dalam bidang kuasa mereka. RUJUK SINI 

IPOH: Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab isu pemindahan pengundi disifatkan sebagai 'salah alamat'.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata urusan mengenai pendaftaran mahupun perpindahan pengundi adalah proses yang dibuat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak melibatkan Menteri Besar mahupun Barisan Nasional (BN).

"Sebagai pemimpin politik, Nga sepatutnya tahu proses pendaftaran dan perpindahan pengundi termaktub dalam perlembagaan dan SPR akan membuat pameran setiap suku tahun daftar pemilih bagi tujuan bantahan.

"Persoalannya, adakah Nga tidak tahu atau tidak pernah mahu ambil tahu soal bantahan sewaktu daftar pemilih dipamerkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Nga sebelum ini yang meminta penjelasan BN dan Zambry mengenai pemindahan pengundi di beberapa kawasan di Perak.

Menurut Saarani proses belah bahagi yang telah diwartakan pada tahun lalu oleh SPR berdasarkan peruntukan undang-undang, turut menyebabkan pergerakan pengundi khususnya perubahan daerah mengundi.

"Ini melibatkan pengundi tanpa mengira penyokong mana-mana parti dan proses ini dilakukan oleh SPR dalam usaha memperbetulkan sempadan pilihan raya. Malah, DAP juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.

Saarani turut menasihati Nga supaya tidak bermain 'baling batu sembunyi tangan' selepas DAP sering menggunakan fitnah dan tohmahan terhadap pihak lain bagi menutup 'kejahatan' yang dilakukan mereka. sumber awani

Sengaja bikin panas ... BANGANG !

Apa pun kena hati-hati sebab puak-puak ni akan ulang lagi perkara yang sama  !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels