Followers

Tuesday 4 July 2017

PKR , PPBM & PAN Yang Perlu Bimbang Dengan Guan Eng !!!


Secara tiba-tiba Guan Eng yang tak pernah nak mengaku kesilapan dan kelemahan diri ni melahirkan rasa bimbangnya terhadap Pakatan Haprak berdasarkan perkembangan dan situasi politik yang semakin meruncing dalam kalangan parti-parti pembangkang.

Beliau ragu-ragu jika sebarang masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan bersama.

Persoalannya apakah keraguan dan kebimbangan Guan Eng ini merupakan satu lagi helah politik ?

Berdasarkan pemerhatian MMI , secara jelasnya kita dapat melihat betapa penguasaan parti cauvinis DAP ini dalam Pakatan Haprak sudah berada dalam jangkauan mereka , namun kita jangan sesekali lupa bahawa DAP juga sebenarnya memerlukan sokongan daripada parti-parti yang boleh menjadi pak turut kepada segala kemahuan mereka.

Mengambil kira situasi itu , maka DAP tidaklah terlalu kebal sebenarnya dan parti-parti pembangkang yang lain seharusnya lebih kehadapan malah seadilnya menjadi parti peneraju dalam Pakatan Haprak dengan DAP menjadi parti penyokong.

Tetapi kenapa ianya tidak berlaku ?

Disinilah sebenarnya terletak kelemahan parti-parti pembangkang yang lain kerana mereka tidak punya keyakinan malah jauh sekali keberanian untuk tampil dengan wadah yang berbeza.

Kehadiran PPBM misalnya kenapa parti serpihan UMNO atau lebih mudah kita labelkan sebagai orang-orang kecewa ini tetap mahu bersahabat dengan DAP ?

Apakah pendokong-pendokong PPBM tidak percaya kepada aura dan keupayaan yang dimiliki oleh Tun Mahathir , Muhyiddin dan juga boboi sehingga perlu bergantung kepada DAP ?

Hakikatnya jawapan kepada segala persoalan ini sudah pun terjawab dan PPBM hampir pasti tidak boleh sesekali untuk bersahabat atau cuba bersahabat dengan PKR kerana parti ini juga sebenarnya hadir daripada serpihan UMNO yang hala tujunya bercampur baur dengan fitnah dan kumpulan orang-orang yang suka memberontak serta sering menentang Perlembagaan Persekutuan secara sembrono.

Bayangkan pada ketika Lim Guan Eng sedang berdepan dengan tuduhan rasuah dan pelbagai skandal membabitkan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang . pimpinan dalam parti-parti pembangkang yang lain tetap tunduk dan menganggap apa yang berlaku itu adalah satu propaganda musuh politik Pakatan Haprak.

Akibat daripada kedangkalan itulah kumpulan ini hilang keberanian dan kewibawaan untuk muncul sekurang-kurangnya menjadi pemimpin baru yang menjadi idola seluruh angkatan pembangkang.

Tindakan melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri sebenarnya adalah bukti betapa kedudukan Guan Eng khususnya dalam Pakatan Haprak sudah terlalu kebal sehingga tidak ada suara dari kalangan mereka yang berani mendesak.

Lebih memeranjatkan lagi , disaat parti DAP sendiri sedang berdepan dengan keputusan di HARAMKAN oleh Pendaftar Pertubuhan pimpinan PKR , PPBM dan PAN langsung tidak mampu untuk bersuara dan sanggup menerima parti cauvinis itu sebagai sahabat politik.

Mereka seolah-olah lupa bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan. 

Ini kerana pemilihan parti DAP dikatakan dijalankan secara tidak demokratik dengan didalangi oleh Penang Official 1 dan bapanya mengekalkan pemerintahan diktator selama setengah abad ke atas DAP.

Seterusnya mengesahkan bahawa kedudukan Setiausaha Agung DAP , Penang Official 1 (Lim Guan Eng) tidak mempunyai kuasa untuk memberi apa-apa arahan dalam parti kerana beliau tidak diiktiraf secara sah. 

So bayangkan kehadiran Lim Guan Eng langsung tidak mampu digugat oleh mana-mana pihak dari kalangan parti-parti yang bersekongkol dengan puak penentang RUU355 ini dan kerana itulah diawal artikel ini MMI bangkitkan persoalan apakah kebimbangan Guan Eng itu merupakan satu lagi helah politik ?

Jika kita amati dan teliti senario yang berlaku dalam Pakatan Haprak maka jawapan kepada persoalan tersebut JELAS ....

Kerisauan Guan Eng terhadap isu yang melanda kem Pakatan Haprak adalah berdasarkan kepada kebimbangan hilangnya kekuatan para macai DAP yang dilihat oleh Guan Eng sebagai aset terbaik untuk mendapatkan sokongan orang Melayu selain dijadikan sebagai peluru untuk terus memecahkan belahkan umat Melayu.

Selebihnya Guan Eng langsung tidak terjejas sekiranya kedudukan selaku pemimpin parti diambil kira walaupun Pakatan Haprak sedang berantakan.

Yang perlu lebih risau dan bimbang adalah pemimpin dan parti PKR , PPBM dan PAN kerana selain tidak punya kredibiliti mereka juga terkesan dengan kuasa melampau yang sudah pun mengangkat kedudukan Lim Guan Eng mungkin lebih tinggi dari tokong !

PALING pasti Guan Eng boleh sahaja untuk tidak BERSETUJU dengan apa-apa keputusan dari kalangan pemimpin parti-parti lain dalam Pakatan Haprak kerana beliau dan konco-konco Dinasti Lim tahu puak-puak serpihan UMNO dan PAS itu bukanlah ancaman sebaliknya buruh paksa !

MMI

1 comment:

  1. Mana ada berani komen dap lebih2 lgi pan..

    ReplyDelete

Labels