Followers

Thursday 10 August 2017

Bila Tun M Lupa Adanya IBLIS & SYAITAN !


Bila hati dah hitam kita terlupa yang IBLIS dan SYAITAN akan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan manusia.Jika itu berlaku maka gelak ketawalah para IBLIS dan SYAITAN kerana berjaya menyesatkan satu lagi anak adam.

Apa yang MMI lihat sikap Tun Mahathir pada hari ini cukup menyedihkan dan kalau kita amati ianya hampir menyerupai apa yang MMI catatkan kat atas sana.

MMI bukan TUHAN , tapi secara kasarnya apabila mereka yang dulunya berpegang kepada prinsip dan pendirian dan mendapat dokongan banyak pihak akhirnya terkulai layu mendedahkan segala kepincangan yang merosakkan diri sendiri.

Jom tengok apa yang Salleh Keruak kata ; 

1. Kelmarin (8 Ogos 2017) dalam blognya Chedet, Tun Dr. Mahathir menyenaraikan tiga golongan ‘tidak malu’ di negara ini.

2. Golongan tersebut ialah Perdana Menteri (dan keluarganya), menteri, dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang beliau gelarkan sebagai pencuri, perasuah dan penyangak. 

3. Golongan ini, kata Tun berada di kedudukan sekarang bukan kerana kebolehan, tetapi kerana kenaikan pangkat yang “tidak mengikut aturan peraturan, dan bercanggah dengan undang-undang.” 

4. Kata Tun lagi, golongan ini mendapat “jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu…asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.”

5. Dakwaan Tun  ini berat. Ia seolah-olah Tun cukup bersih semasa zaman pemerintahannya.  Ia seolah-olah Tun lupa kepada pandangan sarjana tentang pemerintahan beliau. Baca buku Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad (1995) dan John Hilley, Malaysia: Mahathirism, Hegemony and the New Opposition (2001).  Baca juga buku lain oleh D.K. Mauzy, G. P. Means, Harold Crouch, William Case, K.S. Jomo dan E. T. Gomez.

6. Hasil kajian mereka tentang pemerintahan Tun bermuara pada rumusan berikut: Tun memerintah dengan prinsip Machiavellian, mengamalkan penaungan politik serta amalan kronisme dan nepotisme.

7. Sekadar mengingati kembali sejarah, tidak ingatkah Tun pada pelaburan berisiko yang telah dilakukan oleh BMF di Hong Kong?  Tidak ingatkah Tun pada kerugian Maminco untuk mengawal harga timah?  Tidak ingatkah Tun pada kerugian Syarikat Perwaja Steel? Tidak ingatkah Tun pada skandal Forex?  Tidak ingatkan Tun pada penswastaan MAS?

8. Apa yang terjadi kepada semua syarikat dan pelaburan di atas? Rugikah? Untungkah? Bermaruahkah?  Jika Tun ingat kepada semua perkara ini, tidakkah Tun juga berasa malu dengan apa yang telah terjadi? 

9. Saya tidak memperincikan tulisan ini.  Tetapi sekadar mengingatkan Tun, janganlah dalam keadaan sekarang setelah meninggal Umno Tun menjadi seperti kata pepatah “bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul.”

10. Marilah kita sama-sama belajarlah semula dari sejarah silam supaya kita tidak berterusan membuat silap.  Kata George Santayana: "Mereka yang tidak mengenal masa lalunya, dikutuk untuk mengulanginya." - sskeruak.blogspot.my 

Sorry Tun Mahathir , You Are to Much !

MMI

2 comments:

  1. bkn tak nak percaya dgn tun tp tun ni keling susah sikit nak percaya.. walaupun tun ckp melayu mudah lupa sbb dah byk kali kena tipu dek keling pun masih tak serik2 tp tu melayu yg tolol mcm midin..

    ReplyDelete
  2. Too much.. bukan to much.. nak kutuk Tun M pun Bahasa tak betul.. blajar tinggi2 dulu sblm kutuk Tun

    ReplyDelete

Labels