Followers

Saturday 30 September 2017

Apa Kata Mereka Yang Di Gelar SAMPAH Oleh Tun Mahathir


Belum pun sampai tempoh matang , parti politik yang diasaskan oleh Tun Mahathir sudah pun berkocakan dengan pelbagai masalah dalaman sehingga ramai dari kalangan pemimpin dan ahlinya bertindak meninggalkan parti itu.

Dalam konteks ini , perlu MMI jelaskan bahawa kehadiran Tun Mahathir yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai mampu untuk mengoncang kedudukan Barisan Nasional selaku Kerajaan Persekutuan ternyata menyimpang sama sekali.

Aura yang kononnya dimiliki oleh Tun Mahathir bukan sahaja tidak bersinar tetapi berubah menjadi halilintar yang menyambar struktur organisasi PPBM itu sendiri.Perpecahan demi perpecahan akhirnya memakan diri , agenda untuk menjadi parti paling sinonim dalam Pakatan Harapan mengatasi DAP ternyata hanyalah angan-angan kosong kerana kesan dari penggabungan songsang itu telah meranapkan imej PPBM termasuklah reputasi yang dimiliki oleh Tun Mahathir , Muhyiddin dan mereka-mereka yang seangkatan.

Melihat kepada pergolakan demi pergolakan yang sedang berlaku , MMI percaya bahawa PPBM tidak lagi mampu untuk bangkit sebagai KEPALA kepada parti-parti lain dengan senario politik pembangkang di tanahair kini masih lagi dimonopoli oleh keangkuhan dan ego DAP parti cauvinis yang bermuka-muka dengan orang Melayu.

Tak percaya lihat sahaja kalangan mereka khususnya orang Melayu yang kini bersama dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ? Lidah mereka sebenarnya disepit langsung tidak punya keupayaan untuk bersuara dan lebih banyak mengangguk dan membisu !

Berbalik kepada PPBM , ramai diluar sana tahu bahawa pimpinan dan ahli PPBM yang kini meninggalkan parti itu telah dilabel oleh Tun Mahathir sebagai SAMPAH hanya kerana mereka meninggalkan parti.

Dan kalau kita ikutkan kepada senario yang sama , parti-parti lain juga begitu cuma dalam isu membabitkan PPBM ini ianya memang berbeza.

Perbezaan paling nyata adalah hampir semua yang meninggalkan PPBM itu adalah kalangan mereka yang pernah bersama UMNO dan meninggalkan parti keramat orang Melayu itu untuk bersama PPBM kononnya perjuangan bersama UMNO sudah tidak lagi relevan.

Nah hakikatnya pilihan yang mereka pilih itu juha akhirnya bukan sahaja tidak relevan tetapi dipenuhi oleh sebahagian besar dari kalangan mereka yang lebih mementingkan diri dan kehendak berdasarkan emosi politik.

Hal ini dinyatakan dengan cukup jelas sekali oleh pengasas parti PPBM sendiri yang kini tidak lagi bersama parti tersebut.

Apakah masalah dan puncanya ????

Perjalanan Yang Membawa Kesesatan !


Majoriti ahli yang masih menganggotai PPBM kini sebenarnya berada dalam keadaan ‘serba salah’ kerana sudah tersedar bahawa parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad itu bukanlah sebuah parti yang ideal.

Menyifatkan golongan itu sebagai penuh kepura-puraan, Kamarulazman Habibur Rahman juga mendakwa sebahagian besar daripadanya terpaksa ‘bertahan’ kerana malu mengakui bahawa mereka tersilap membuat percaturan.

“Mereka sependapat dengan saya cuma berbeza-beza latar belakang, pandangan dan sebagainya. Pertamanya, (golongan) yang menunggu melihat bahawa sesuatu yang baru akan berlaku.

“Keduanya, mereka ikut kerana taksub kepada Tun (Dr Mahathir).

“Ketiga, pihak yang mungkin merasakan tak tahu mana lagi nak pergi sebab kalau keluar, mereka tak diterima.

“Kategori mereka berbeza-beza tapi hakikatnya, majoritinya berada dalam keadaan serba salah kerana mereka tahu bahawa ini adalah perjalanan yang bawa mereka kepada kesesatan, dan mereka terpaksa pada hakikatnya akhirnya akan ambil keputusan untuk berpatah balik.

“Tapi memang adat resam orang Melayu, mereka sangat malu untuk mengaku mereka salah, silap dan sebagainya,” katanya rujuk

MMI kata kita perlu menerima hakikat bahawa manusia tidak sempurna , oleh kerana itu maka akan ada kesalahan dan kelemahan tertentu namun bertindak berdasarkan EMOSI semata-mata tidak akan mampu merubah apa-apa bahkan kealpaan dek emosi membuak-buak akhirnya akan mengundang kecelakaan bukan sahaja kepada diri tetapi juga seluruh masyarakat dan negara.

Tun Mahathir kena ingat ada SAMPAH yang bila dikitar semula akan membawa manfaat kepada ramai orang yang lain tetapi kita jangan sesekali lupa bahawa ada beza antara SAMPAH masyarakat dengan SAMPAH di tong-tong depan rumah kita.

Tun Mahathir mungkin terlupa yang tu ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels