Followers

Monday 16 October 2017

Kit Siang PM , DAP Bongkak Dalam Diam !


Pastinya bagi kalangan pemerhati politik di Malaysia nama parti cauvinis DAP adalah tidak asing lagi kerana parti itu sentiasa konsisten dengan agenda "Malaysian Malaysia" dan pendirian yang bermuka-muka khususnya dalam hal melibatkan kedudukan agama Islam.

Walaupun segelintir konco-konco pembangkang (Melayu) yang terpaksa bertaut di bawah parti-parti yang kini bersama dalam Pakatan Haprak untuk meneruskan agenda politik masing-masing dan emosi melampau , mereka kekal sebagai badut tanpa muzik latar !

Suara mereka tidak akan mampu menerobos dan mengubah pendirian parti DAP khususnya berkenaan perkara-perkara berkaitan orang Melayu dan agama Islam kerana seluruh Malaysia sebenarnya sedar bahawa parti itu paling berkuasa dalam Pakatan Haprak.

Kehadiran Tun Mahathir sekalipun sehingga ke saat ini tidak sedikit pun menggugat penguasaan tersebut malah yang lebih teruk lagi DAP lebih awal lagi mempergunakan bekas Perdana Menteri itu untuk memperkukuhkan cengkaman mereka dan menjadikan kumpulan pro Mahathir sebagai barisan badut-badut untuk terus mengaburi mata warga Malaysia.

Sejarah menjadi saksi betapa pengusiran PAS dari Pakatan Rakyat bukan satu sandiwara politik tetapi ianya berlaku kerana perbezaan ideologi politik melibatkan kedudukan orang Melayu dan kedudukan agama Islam di Malaysia.

Siapa yang boleh menyangkal dakwaan ini ?

PAS sewaktu bersama DAP di peringkat awalnya begitu galak sekali menyatakan pendirian mereka bahawa tahaluf siyasi yang dibina bersama DAP itu bertujuan untuk kesejahteraan bersama.Dalam kata lain ianya merupakan salah satu agenda PAS untuk memastikan DAP memahami hak orang Melayu seterusnya agama Islam.

Namun apa yang berlaku diakhirnya telah menjelaskan segala-galanya , DAP tidak boleh menerima sama sekali mana-mana pihak yang cuba untuk terus memperkukuhkan 2 perkara utama melibatkan orang Melayu dan agama Islam.

Jika benar sekalipun apa yang MMI catatkan disini SALAH , maka penolakan secara konsisten parti DAP terhadap RUU355 hampir pasti tidak berlaku ! 

Kini timbul pula isu Perdana Menteri, sesuatu yang selama ini diidam-idamkan oleh mereka sehingga sanggup mencipta berita khayalan dan turun ke jalanraya dengan harapan boleh mengubah kerajaan persekutuan.

"SHOR CUT" tanpa langsung mempedulikan prinsip, mereka lupa kata-kata yang keluar dari mulut puaka yang selama ini begitu hormatkan undang-undang dan perlembagaan persekutuan itu akhirnya berubah menjadi DUSTA paling nyata.

DAP sebenarnya tahu cita-cita tersembunyi itu tidak akan mampu direalisasikan tanpa sokongan daripada ke semua parti yang berada dalam Pakatan Haprak dan lebih penting lagi DAP juga sedar untuk mendapatkan RESTU orang-orang MELAYU , mereka perlu bijak menyusun gerak tari politik sebab majoriti orang Melayu di Malaysia hampir pasti tidak selesa dan menolak bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.

Itu prinsipnya dan kalau ada mana-mana pihak yang mendakwa bahawa DAP tidak punya keinginan itu (menjadi Perdana Menteri) kenyataan di bawah pasti tidak akan terkeluar dari mulut pimpinan mereka !


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Selepas Datuk Zaid Ibrahim bersuara mengenai kewajaran Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri, hari ini muncul seorang lagi pemimpin parti itu, Prof. Dr. P. Ramasamy yang se­nada menyokong Penasihat DAP tersebut menerajui kepemimpinan negara jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan kedua-dua pemim­pin itu mencerminkan hasrat DAP yang sebenarnya mahu Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

Ramasamy yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, pemimpin yang pa­ling layak untuk dipertimbangkan memegang jawatan Perdana Menteri ialah Kit Siang kerana berdasarkan sejarah dan pengalamannya dalam politik negara.

“Beliau (Kit Siang) menghabiskan bertahun-tahun berjuang un­tuk demokrasi dan keadilan de­ngan mengorbankan hidup sen­diri dan juga ahli keluarganya, malah dipenjarakan dua ka­li di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana politik.

“Daripada semua pemimpin parti politik, orang yang paling bersikap rendah diri ialah Kit Siang, beliau adalah calon utama perlu dipertimbangkan untuk jawatan nombor satu negara ini, sama ada beliau mahu atau tidak memegang jawatan tersebut, ia perkara yang berbeza,” katanya dalam kenya­taan seperti yang disiarkan portal Berita Daily hari ini.

Semalam, Zaid menyifatkan pelantikan Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai Perdana Menteri adalah satu idea yang bernas.

Menurut beliau, jika Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mungkin cadangan untuk menjadikan Kit Siang sebagai Perdana Menteri bukan cadangan yang buruk.

Dalam sidang akhbar di Pulau Pinang pada 25 Ja­nuari lalu, Kit Siang mengakui bukan men­jadi kesalahan ke­pada sesiapa untuk mempunyai cita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut­ kata Ramasamy, tan­pa kehadiran Kit Siang, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

“Kit Siang mungkin dalam pertengahan usia 70-an tetapi beliau sentiasa bersemangat untuk bertugas di seluruh negara dengan menyampaikan ceramah dan mengadakan sidang akhbar.

“Sekiranya DAP dianggap parti terkuat di dalam Pakatan Harapan, maka kredit perlu diberikan kepada Kit Siang,” katanya.

Tambah Ramasamy, rakyat negara ini memerlukan pemimpin yang layak, bertanggungjawab, jujur serta berani untuk menjadi Perdana Menteri dan individu tersebut adalah Kit Siang. - utusan online

Hakikatnya walaupun kita mula mendengar penafian demi penafian , orang Melayu khususnya perlu melihat nada-nada ini sebagai mukadimah kepada agenda yang lebih besar.

Cumanya ia dibuat secara diam-diam , sebagai seorang pemimpin politik yang dikatakan sudah berjuang lebih dari 70 tahun apakah impiannya sekadar untuk terus kekal sebagai PEMBANGKANG ?

Jika benar telahan itu, hampir pasti DAP tidak akan berusaha untuk mendapat dan terus mempertahankan Pulau Pinang !

Hari ini Ketua Menteri, selepas ini ????

MMI

Baca artikel berkaitan ;

No comments:

Post a Comment

Labels