Followers

Wednesday 11 October 2017

Sogok RM5 Juta , Cepatnya Ketua Armada KLIMAKS ?


Memual dan amat memalukan apabila Ketua Armada PPBM , Syed Saddiq masih lagi berdiam dan menyepi setelah aksi drama air mata dan sebak kerana memilih untuk setia dengan parti cap bunga walaupun mengaku menerima tawaran sebanyak RM5 juta oleh pihak yang dikatakan dekat dengan Perdana Menteri.

Kalau dikira secara sahsiah maka sudah tentu budak Syed ni antara sebahagian pemain-pemain politik di tanahair yang berjiwa besar sebab menolak nilai yang begitu tinggi yang hampir pasti akan dikaut oleh jerung-jerung yang lain.

Kiranya menolak amalan rasuahlah ni Good ! Good ! Cumanya sebelum MMI boleh bagi pujian melangit , Syed Saddiq haruslah bertanggungjawab dengan tiap dakwaannya kerana tanpa tanggungjawab itu apa jua aksi dan watak yang dimainkan tidak akan mampu membawa apa-apa makna.

SPRM sendiri pun dah respon terhadap dakwaan tersebut dan meminta supaya Syed Saddiq membuat laporan kepada pihak tersebut.
SPRM minta Syed Saddiq buat laporan
KUALA LUMPUR 9 Okt. – Ketua Ang­katan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar berlaku sogokan wang supaya melepaskan jawatannya.
Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai rasuah atau salah guna kuasa perlu melaporkan kepada pihaknya sebelum dapat dilakukan siasatan dan diambil tindakan.
“SPRM tidak tahu semua perkara yang berlaku di negara ini, kita bukan Superman.
“Orang ramai tidak boleh anggap kami tahu semuanya, maklumat kami dapat daripada orang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian da­lam sidang akhbar selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama 310 warga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Ibu pejabat Nafas, Kota Damansara dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Seri Saipolbahari Suib serta Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pendaftar Pertubuhan Peladang, Datuk Salim Taha.
Syed Saddiq sebelum ini mendakwa terdapat usaha untuk mengeluarkannya daripada PPBM dengan tawaran sebanyak RM5 juta.
Sementara itu, Shamshun Baharin memberitahu, mana-mana agensi yang telah melakukan IBR akan memudahkan mereka untuk mendapatkan persijilan Malaysia Standard (MS) 37001 (Sistem pengurusan antirasuah) yang sedang diusahakan bersama Jabatan Standard.
Menurutnya, mengikut pe­ran­ca­ngan, SPRM akan bertindak sebagai pemilik untuk persijilan tersebut yang akan dilancarkan pada akhir bulan ini selepas mendapat kelulusan menteri.
“Di peringkat an­tarabangsa, ISO 37001 sudah diwujudkan pada Oktober tahun lalu.
“MS 37001 membolehkan syarikat atau agensi komited menghalang sebarang salahguna kuasa atau rasuah dalam institusi masing-masing sebelum Akta Lia­biliti Korporat dikuatkuasakan,” katanya.
Sejarah sudah tercatat bahawa Rafizi terpaksa menghadapi hukuman penjara selama 18 bulan SEBAB tuduhan dan dakwaan tanpa BUKTI ! Ianya jelas FITNAH !

Makanya Syed Saddiq yang sudah menyelesaikan lakonan dalam episod pertama dramanya harus BERANI tampil dan bertangungjawab terhadap tuduhannya sendiri dengan segera membuat laporan kepada pihak berwajib khususnya SPRM mahupun PDRM dengan BUKTI terhadap dakwaannya.

Bukan main-main Syed , ini membabitkan jumlah yang mencecah jutaan ringgit dan pihak yang dituduh punya kaitan dengan Perdana Menteri !

Apa yang nak ditakutkan Syed ? Lapor jalah .. MMI juga bukanlah dari kalangan mereka yang suka puak-puak PERASUAH dan penerima RASUAH ni , so Syed cepat buat laporan sebab kalau gagal membuat laporan ianya akan menyebabkan Ketua Armada ini dituduh sebagai ;

1.KLIMAKS cepat sangat !!!!!!

2.Ketua Armada sedang melindungi PERASUAH !!!

Weii lagi dasyat beb .. Hah cepat pi buat laporan cepat !!!!

MMI

Baca juga artikel berkaitan ;



No comments:

Post a Comment

Labels