Followers

Thursday 9 November 2017

‘Armada’ Tidak Terkandung Dalam Perlembagaan PPBM – RoS


PUTRAJAYA- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendapati istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) iaitu sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak terkandung dalam perlembagaan parti itu.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata pengunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti itu sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.

Justeru, kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga ini jabatan itu belum meluluskan pindaan perlembagaan PPBM yang menggunakan istilah ‘Armada’ untuk jawatankuasa Pemuda PPBM.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu tersebut.

Surayati berkata RoS sebelum ini telah menerima aduan daripada sebilangan ahli PPBM termasuk daripada ahli ‘Armada’ yang telah dipecat serta aduan daripada ahli lain yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana mesyuarat agung sehingga kini belum dilaksanakan – BERNAMA

Apa cerita bro ???????????

Cakap banyak sekalipun tak guna bila status puak sendiri pun tak jelas !

Yang pertikai dan tanya tu adalah mereka yang sebelum ni bersama dengan hang !

Nak sebak lagi kerrrr ????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels