Followers

Wednesday 8 November 2017

Banjir Mana Ahli Parlimen Permatang Pauh ?


Sebagai pemimpin sudah pastilah rakyat akan ternanti-nanti kelibat mereka tatkala dilanda bencana dan musibah.Apatah lagi sekiranya bencana itu mengakibatkan kehilangan harta benda dan mengundang tekanan akibat daripada kejadian yang berlaku.

Di Pulau Pinang hujan lebat luar biasa telah mengakibatkan berlakunya banjir kilat yang telah menyebabkan banyak kawasan di setiap daerah dinaiki air seterusnya memerlukan mangsa untuk berpindah ke penempatan banjir.

Permatang Pauh antara kawasan yang terlibat dan sejak hari mula banjir berlaku, pemimpin dan jentera UMNO Permatang Pauh telah sedia berada di kawasan bagi membantu penduduk yang terkesan sehinggalah kepada kehadiran YAB Perdana Menteri turun kawasan meninjau permasalahan yang dihadapi rakyat.

Soalnya di mana pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh ?


Dia pun melawat kawasan juga , cuma lebih tumpu kepada lensa kamera dan ruang-ruang untuk tunjuk dia ni prihatin.

Wan Azizah cuba memberitahu Malaysia bahawa beliau mendekati rakyat Pulau Pinang yang dilanda bencana tetapi hanyalah dari dalam kereta pacuan empat rodanya sahaja atau mungkin disebut sebagai Wan Azizah Style.

Inilah berlaku apabila rakyat tidak pernah dalam hati mereka sebaliknya beliau kemudian lebih sibuk bergegas ke ibu negara untuk berarak di Dataran Merdeka memperingai 1,000 hari suaminya dipenjarakan atas kes liwat.

Tidak hairanlah tindakan bersahaja Wan Azizah itu dikutuk ramai netizen sebagai tidak prihatin dengan kawasan sendiri terutama penduduk kampung yang bersusah payah mengundi dirinya dalam beberapa pilihan raya umum.

Tak percaya ? Nah tengok sendiri ...


Beza beb .. Beza sangat dengan penampilan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘turut padang’ dalam keadaan memakai but untuk bersalaman sendiri dengan setiap mangsa banjir.

Beliau dengan berpakaian kasual bahkan tidak kekoh bertanyakan khabar sambil hulur sumbangan kepada ratusan mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara ketika meninjau suasana pasca bencana berkenaan hari ini.


Nampak tak tu, tumpang toi ... rasanya tak perlu MMI jelaskan panjang lebar kot nilai sendiri !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels