Followers

Thursday 30 November 2017

DAP Sudah Tersalah Langkah


Barangkali dalam diam puak-puak DAP khususnya kalangan mereka yang menguasai Dinasti Lim sudah pun merindui saat-saat seperti mana dalam gambar diatas.Maklumlah sejak parti PAS memutuskan untuk bertahaluf siyasi dengan parti cauvinis DAP, ramai dari kalangan ahli PAS sanggup meninggalkan anak isteri di rumah semata-mata untuk penuhkan hadapan pentas mahupun majlis-majlis ceramah pembangkang.

Mungkin ianya dianggap perjuangan atas nama Tahaluf Siyasi dan mungkin juga hasil doktrin pimpinan PAS sebelum itu seperti Mat Sabu, Husam Musa, Mujahid yang dilihat lebih terarah kepada kepentingan kuasa menyebabkan sebahagian besar pengikut PAS yakin ia menyumbang pahala walaupun dasar parti DAP yang bersama itu bersifat perkauman melampau.

Bagaimanan pun PAS akhirnya sedar bahawa usaha mereka selama itu untuk meyakinkan DAP khususnya berkenaan Islam dan hak orang Melayu hanya bersifat kosmetik kerana DAP langsung tidak menerima pakai hujah-hujah PAS melainkan menerima perkara-perkara tertentu yang dilihat mampu memberikan keuntungan kepada parti cauvinis itu.

Musibahnya PAS berhadapan perpecahan sesama sendiri sehingga wujudnya PAN sebuah parti yang didokong DAP.

Serentak dengan itu maka DAP dilihat telah berusaha semaksima mungkin untuk menjadikan PAN sebagai parti alternatif menggantikan PAS.Namun semua itu tidak menjadi kerana PAN sendiri gagal meyakinkan majoriti ahli-ahli PAS untuk bersama dengan mereka.

Bermula dari situlah akhirnya PAS mula membuka mata dan menyedari bahawa dasar cauvinis DAP perlu dihalang kerana mereka jelas bermuka-muka malah sentiasa menyokong semua usaha yang menentang kedudukan agama Islam dan orang-orang Melayu.

DAP dengan emosi yang membuak-buak pada ketika itu akhirnya telah melakukan satu kesilapan paling besar dengan menghukum PAS sebagai musuh politik seterusnya berhadapan dengan satu lagi angkatan besar politik orang-orang Melayu.

Seluruh rakyat Malaysia sebenarnya sudah dapat melihat bagaimana DAP terpaksa meliwat diri sendiri dengan menerima kehadiran Tun Mahathir yang menubuhkan PPBM.Parti DAP berantakan dari dalam, suara-suara menentang dan pertikaian mula ditimbulkan sehinggalah akhirnya DAP mengambil keputusan secara DIKTATOR dengan menghukum ahlinya sendiri.

Garapan dalam lakonan yang dipersembahkan kepada umum bahawa hubungan yang terbina antara DAP dan PPBM itu juga sebenarnya telah gagal.Kegagalan yang disumbangkan oleh prinsip serta pendirian kedua-dua gerombolan ahli politik itu ternyata tidak mampu untuk meyakinkan rakyat Malaysia khususnya bahawa Pakatan Haprak adalah pilihan yang terbaik menggantikan Barisan Nasional.

Ini dapat kita lihat dalam beberapa gerak kerja mereka yang sudah pun memperlihatkan kepincangan jelas seperti mana yang berlaku dalam proses pemilihan CEC DAP dan juga huru hara dalam parti PPBM itu sendiri.

Walaupun PKR dilihat cuba untuk menjadi orang tengah bagi memastikan kononnya Pakatan Haprak itu tidak bermasalah, usaha parti itu sedikit sebanyak telah dijejaskan lagi dengan tindak-tanduk pemimpin mereka sendiri yang dilihat tidak konsisten.

Azmin Ali misalnya masih lagi mengaku bahawa kerajaan negeri Selangor berada dibawah Pakatan Rakyat walaupun PKR sendiri sebenarnya berada dalam Pakatan Haprak.

Wan Azizah juga selaku Presiden PKR dilihat sekadr boneka politik kepada pihak-pihak tertentu sehingga kredibiliti pemimpin ini diragui dan langsung tidak menyumbang kepada kekuatan parti dan juga Pakatan Haprak.

Lebih malang lagi tindakan pemimpin DAP yang mungkin masih berasa hebat kerana pengaruh dan penguasaan mereka dalam Pakatan Haprak telah menyebabkan jutaan rakyat Malaysia kini melihat parti cauvinis itu semakin MELAMPAU dan BIADAP.

Kerana emosi melampau DAP terlupa disaat mereka sebenarnya sudah pun menguasai Pakatan Haprak secara "total" tindakan-tindakan melampau, biadap dan rasis seharusnya segera dinyahkan dari amalam para pimpinannya.

Namun semua itu tidak berlaku kerana DAP terlalu bongkak dan sombong sehingga akhirnya segala gerak mereka kini sudah menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.

Percayalah rakyat tidak pernah lupa dengan segala macam perlakuan kurang ajar dan biadap pimpinan DAP selama ini, berikut adalah sebahagian daripadanya ;












Lim Kit Siang dalam isu berkaitan JAKIM jelas menghasut, mewujudkan kebencian serta menentang kedudukan agama Islam itu sendiri.

“How can he allow JAKIM under the Prime Minister’s Office to incite religious acrimony, animosity and hatred while another department in PMO – the Department of National Unity and Integration – is entrusted with promoting inter-racial and inter-religious goodwill, understanding and harmony?" - Lim Kit Siang 

Lihat betapa biadapnya DAP mempertikaikan ayat Al Quran yang dibacakan di dalam khutbah Jumaat kononnya berbaur sentimen  persengketaan agama. Walhal mereka tidak faham secara umum konteks khutbah berkenaan yang sebenarnya  menekankan kepada perpaduan ummah.  

Sebab itulah akhirnya orang-orang Melayu bangkit seperti mana yang sering berlaku di Pulau Pinang.


Hakikatnya DAP sudah tersalah langkah,  ideologi yang diperjuangkan DAP jelas menunjukkan parti itu tidak mengamalkan sikap keharmonian, sebaliknya lebih cen­derung memecahbelahkan per­paduan masyarakat sehingga di­khuatiri boleh menjadi ra­cun kepada negara.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemimpin DAP kini secara terus-teru­s­an­­ memainkan isu sensitif yang hanya akan memberikan imej­ negatif kepada negara.

“Mereka terus menyerang­ UM­NO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya parti yang mewakili masyarakat Cina dengan pelbagai kisah yang tidak benar.

“DAP mahu masyarakat Cina terus menyokong mereka dan dalam masa sama memerlukan sokongan orang Melayu untuk mengukuhkan parti ter­sebut,” katanya ketika menjadi mo­derator dalam program Diskusi UMNO Onli­ne: Anda Tanya Ki­ta Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Annuar menjelaskan, rakyat perlu bijak memilih parti yang benar-benar boleh mempertahan­kan mereka dan bukannya yang hanya menyemai sikap kebencian.

“Keharmonian dan perpaduan yang ada di negara ini sangat berharga dan tidak boleh ditukar dengan apa sahaja alasan terma­suk kepentingan politik.

“Malah sikap DAP yang sering mendapatkan sokongan daripada pihak luar sangat membimbangkan kerana boleh memberi kesan kepada negara,” katanya.

Tambahnya lagi, sikap pe­mimpin DAP juga terserlah di Parlimen apabila mereka sering menggunakan bahasa yang kasar dan mengeluarkan perkataan sen­sitif.

Sebagai warga Malaysia yang selama ini hidup dalam kerukunan dan mengamalkan perpaduan sesama kaum sudah tentunya dapat memahami bahawa ideologi DAP yang kini disemai wajar ditolak kerana ia bukanlah perkara yang boleh menghadirkan kesejahteraan kepada kita.

Langkah penuh emosi, dendam dan politik semata-mata bukan sahaja mengundang perpecahan demi perpecahan tetapi ianya mampu membawa musibah kepada rakyat dan negara.

Yang pasti DAP sudah tersalah langkah, mereka lupa bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang tahu tatasusila dan faham bahawa toleransi dan sikap hormat menghormati itu adalah ramuan paling mujarab untuk melihat Malaysia terus maju dan berjaya.

MMI

2 comments:

  1. kalau la begitu...kenapa kerajaan tidak mengharamkan parti DAP ni sama macam mengharamkan PKM dulu..???

    ReplyDelete
  2. masalahnya ada melayu2 bebal yg terhegeh2 nak jadi penjilat lobang taik DAP walau bangsa dan agama sendiri dihina... apa taraf pemimpin melayu PKR, PAN, PPBM di mata DAP??? hanya sekadar taik je... apatah lagi yg bukan pemimpin parti, sekadar macai

    ReplyDelete

Labels