Followers

Sunday 12 November 2017

Penduduk Tandatangani Petisyen Bantah Kerajaan DAP P. Pinang


Hampir 100 penduduk Flat Taman Seri Setia, Tanjung Bungah di sini berkumpul hari ini untuk menandatangani petisyen bagi mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang mengatasi masalah banjir di kawasan itu dengan segera.

Ini kerana menurut penduduk, banjir pada 5 November lalu yang beketinggian 1.5 meter telah menenggelamkan 30 rumah, 115 kereta dan 87 motosikal di kawasan tersebut sekali gus menyusahkan mereka.

Wakil penduduk, Wong Fook Kong, 55, berkata, flat yang dibina lebih 12 tahun itu tidak pernah dinaiki air sebelum ini tetapi kejadian pukul 2 pagi Ahad lalu di luar jangkaan mereka.

“Kerajaan negeri perlu menjalankan tanggungjawab mereka sebab kalau banjir berlaku di tempat rendah kita tidak pelik, tetapi kawasan ini tinggi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang turut hadir berkata, penduduk mahu kerajaan negeri menyelesaikan lima masalah yang dihadapi mereka termasuk menghentikan projek pembangunan lereng bukit di negeri ini terutama di sekitar Tanjung Bungah.

“Saya akan serahkan petisyen ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok,” jelasnya. - utusan online

MMI cuma nak sebut bahawa tidak akan berlaku apa-apa perubahan sekiranya para penduduk di Pulau Pinang gagal menterjemahkan kelemahan kerajaan DAP Pulau Pinang ini di kertas undi pada PRU14 nanti.

So pilihan di tangan anda !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels