Followers

Saturday 2 December 2017

Bila DAP Besar Kepala Rakyat Di Balacikan


Gambar atas tu telah menjelaskan segala-galanya tentang parti cauvinis DAP yang cukup angkuh dan besar kepala.Perlu diingatkan keangkuhan DAP itu bukan hanya terarah kepada orang sendiri yang dianggap sebagai DALANG atau pensabotaj sekiranya mengkritik dasar parti bahkan ianya menular kepada sesiapa sahaja waima rakyat sekalipun.

Di Pulau Pinang kita sudah menyaksikan bagaimana kuasa politik dan dasar pentadbiran berat sebelah digunapakai sebagai senjata untuk memusnahkan musuh-musuh politik mereka.

Orang Melayu sudah tentu menjadi musuh politik paling utama kerana Melayu sinonim dengan parti UMNO dan kerana kepentingan politik itu akhirnya ramai dari kalangan orang Melayu sudah pun menjadi mangsa kerakusan politik bertaraf rejim ini.

Walaupun ada dikalangan orang Melayu yang mengaku DAP bukanlah seperti mana yang dilbelkan hakikatnya kumpulan itu punya kepentingan tertentu apatah lagi mereka datang dari parti-parti politik yang bersekongkol dan menyembah DAP.

Selebihnya DAP semakin rakus dan kerakusan itu kini sudah menjalar sampai ke peringkat semua rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa.

Buktinya terdapat keputusan-keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang bukan dibuat berdasarkan kepentingan rakyat tetapi lebih kepada kepentingan politik semata-mata.

Contohnya terdapat 11 projek pembangunan di P.Pinang tidak mendapat sokongan KPKT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh PLANMalaysia Pulau Pinang dibawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan alasan mempunyai garis panduannya sendiri.

Sehubungan itu jelas Menterinya Tan Sri Noh Omar sejak 2008 sehingga kini, PLANMalaysia Pulau Pinang tidak menyokong malah menolak sebanyak 11 daripada 17 projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri tersebut.

“Sebanyak 30 permohonan projek pembangunan antara 2008 hingga 2017 yang menyebabkan perubahan cerun dan kepadatan densiti dan kawasan tanah di Pulau Pinang.

“17 daripadanya telah diluluskan oleh Kerajaan Pulau Pinang, kerajaan negeri mempunyai hak meluluskan sesuatu projek di negeri mereka,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Liang Teck Meng yang meminta KPKT menyatakan mengikut data Kementerian jumlah permohonan pembangunan tanah bukit di Pulau Pinang telah diluluskan.

Katanya, PLANMalaysia telah menyediakan satu garis panduan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi pada tahun 2009 untuk digunapakai oleh semua negeri di Malaysia.

“Bagaimanapun Pulau Pinang telah menggunakan garis panduan mereka sendiri yang dikeluarkan pada 2012 bagi menyesuaikan bentuk muka bumi di negeri mereka,” katanya.

Pada masa sama, Noh juga menjelaskan bahawa setiap pembangunan yang dirancang mestilah dipamerkan untuk tujuan pendengaran awam.

“Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 176 bahawa pameran dan pendengaran awam mestilah dilakukan dalam tempoh 21 hari.

“Ertinya, dalam masa 21 hari dimana jiran-jiran tanah yang berdekatan projek yang bakal dibina itu boleh membuat bantahan.

“Apabila bantahan dibuat, maka pihak PBT hendaklah memberi pertimbangan sama ada mereka menolak atau menerima bantahan tersebut,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Percaya atau tidak kerana keangkuhanlah maka Pulau Pinang menggunakan garis panduan sendiri seolah-olah agensi mahupun kementerian di bawah kerajaan pusat langsung tidak tahu menahu tentang kedudukan setiap negeri di Malaysia.

Natijahnya kerana sikap mahu menunjuk-nunjuk akhirnya bencana demi bencana berlaku di Pulau Pinang yang bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi sudah sampai ke tahap membawa maut.

Ada kerajaan DAP Pulau Pinang dengar suara rakyat ?

Dah berbuih pihak-pihak tertentu termasuk NGO bersuara namun semuanya diabaikan dan ianya berlaku kerana DAP besar kepala dan sudah menjadikan rakyat sebagai balaci !

Balaci yang boleh dikorbankan seperti mana insiden banjir dan tanah runtuh yang telah dilaporkan banyak pihak.

Masih nak berdiam ka ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels