Followers

Friday 22 December 2017

Bila Pencacai DAP Persoal Siapa Tun Faisal !


Memang benarlah kata orang bila hati dah hitam buatlah apa sekalipun semuanya akan dianggap salah dan tidak benar melainkan ianya menyentuh dan menyokong kepercayaan si empunya diri walaupun hakikatnya kepercayaan itu hadir dan dibuat-buat kerana kepentingan tertentu.

Ramai warga Malaysia telah ditabur dengan pelbagai versi melibatkan isu 1MDB dan kalau kita perhatikan sehingga ke saat ini pun tidak ada mana-mana pihak yang tampil dan mengemukakan hujah-hujah mereka berdasarkan kepada bukti jelas.

Jika ada sekalipun ianya lebih kepada lolongan berbau politik penuh emosi dan dendam semata-mata kerana kebencian terhadap pimpinan negara walaupun realitinya apa yang diungkapkan itu samar dengan tuduhan-tududan dangkal yang tidak dapat dibuktikan pun.

Yang kita dengar adalah tuduhan berbunyi perompak, penyamun dan lain-lain walaupun tuduhan itu sepatutnya ditujukan kepada pentadbir-pentadbir kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.

Malah tindakan undang-undang yang kononnya akan digunakan terhadap mereka-mereka yang dituduh terlibat dalam isu 1MDB masih lagi gagal diambil, yang ada hanyalah propaganda dan spin politik untuk menjerat rakyat supaya membenci kerajaan.

Berbalik kita kepada tajuk diatas, kadang-kadang kita hairan pembangkang saban waktu menyebarkan cerita rekayasa mereka ke setiap pelusuk negara dan kalau boleh tu nak sumbat secara langsung pada rakyat tetapi mereka akan mula panas apabila di pihak kita menjawab dan memberikan penjelasan berdasarkan kepada fakta dan bukti.

Begitulah yang terjadi apabila Tun Faisal mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang hari ini merupakan Pengarah Bahagian Strategik JASA tampil memberikan penjelasan berkenaan 1MDB.

Berikut adalah penjelasan Tun Faisal berkenaan PROSIDING FINMA BUKTIKAN KELEMAHAN PENGURUSAN JP MORGAN, BUKAN PENYELEWENGAN DANA 1MDB

1. Usaha mengaitkan 1MDB dengan kesalahan penggubahan wang timbul sekali lagi. Kali ini susulan laporan Reuters mengenai kenyataan badan pemantau kewangan Switzerland, FINMA bahawa institusi kewangan, “JP Morgan didapati melakukan kesalahan besar berkaitan pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB.”

2. Apakah KESALAHAN BESAR itu? FINMA menyebut, JP Morgan “gagal untuk mengenal pasti secukupnya peningkatan risiko penggubahan wang berkaitan dana kekayaan “yang dituduh menyeleweng” ketika skandal penggelapan berlangsung secara besar-besaran.”

3. Apakah HUKUMAN terhadap DOSA BESAR ini? TIADA HUKUMAN. FINMA memutuskan “untuk menutup prosiding dan tidak mengenakan sebarang hukuman (yang ditafsirkan oleh Reuters sebagai) – “kemungkinan petunjuk bahawa sebarang KEUNTUNGAN yang diperolehi oleh JP Morgan akibat dakwaan pelanggaran peraturan ini sebagai TIDAK SIGNIFIKAN.”

4. Reuters turut memetik kenyataan FINMA yang menyebut J.P. Morgan telah menerima “maklumat yang tidak lengkap dan tidak konsisten daripada pelanggan tanpa melihat dan mendokumenkannya secara lebih mendalam”, dan ini dinyatakan sebagai KELEMAHAN SISTEM PEMANTAUAN dan KAWALAN BANK TERSEBUT”.

5. Apakah respon JP Morgan terhadap dakwaan FINMA ini? Jurucakap JP Morgan, Jason Lobo, menyebut, “resolusi yang diumumkan oleh FINMA adalah berkaitan perkara yang berlaku lama dahulu dan sejak itu kami telah MENINGKATKAN LATIHAN, MENAMBAH KAKITANGAN dan MEMBUAT PENAMBAH BAIKAN DALAM KAWALAN DAN PENGAWASAN”. Ini adalah pengakuan mengenai kelemahan JP Morgan.

6. Adakah 1MDB melakukan sebarang kesalahan dalam transaksi berkaitan JP Morgan ini? TIDAK. Pertama, dana yang dipindahkan oleh 1MDB adalah daripada sumber yang sah dari segi undang-undang. Kedua, pemindahan wang yang dibuat oleh 1MDB juga sah dari segi undang-undang, iaitu selepas mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia sebanyak TIGA KALI, pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

7. Apakah yang berlaku dengan wang yang dipindahkan ini?

Konspirator plot “menjenayahkan Najib” mendakwa wang yang dipindahkan ini, iaitu sebanyak AS$1 bilion di’curi’ oleh Jho Low melalui akaun Good Star dan wang ini kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

8. Benarkah wang ini dicuri? TIDAK. Pertama, akaun Good Star dan pemilik PetroSaudi mempunyai kaitan. Menurut Chris Wright, dalam editorial Euromoney, JP Morgan (Suisse) memegang akaun berkaitan syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi JV, iaitu akaun yang sah dari segi undang-undang, dan JPMorgan Chase adalah bank hubungan untuk pemindahan dalam talian bagi Deutsche Bank dan AmBank yang berakhir ke akaun Good Star. JPMorgan juga adalah bank hubungan untuk pemindahan wang dari akaun Good Star ke akaun Putera Raja Arab Saudi yang menubuhkan PetroSaudi. Dalam kenyataan. Kedua, syarikat PetroSaudi International (PSI) sendiri pada 1 Mac 2015, menafikan laporan bahawa dana dari 1MDB diambil oleh pihak ketiga dan memaklumkan bahawa subsidiarinya telah menerima semua tunai untuk syarikat usaha sama dengan 1MDB. PetroSaudi juga menyebut bahawa ia telah membayar kembali jumlah yang penuh pelaburan pokok (AS$1.83 bilion) kepada 1MDB bersama keuntungannya (AS$488 juta). Ketiga, jika benar wang AS$1 bilion atau AS$700 juta ini dicuri dari pelaburan pokok keseluruhan bernilai AS$1.83 bilion, sudah pasti jumlahnya akan berkurangan. Sebaliknya jumlah ini bertambah menjadi AS$2.318 bilion membuktikan TIADA WANG 1MDB DICURI dalam transaksi berkaitan JPMorgan ini.

9. Seperti yang dinyatakan, laporan prosiding FINMA ini tiada kaitan dengan sebarang ‘penyelewengan dana 1MDB’ atau ‘jenayah 1MDB’, tetapi adalah laporan mengenai kelemahan sistem kawal selia JP Morgan. Ini diakui oleh JP Morgan sehingga ia terpaksa ‘memperbanyakkan latihan, menambah kakitangan dan menambah baik sistem pemantau dan kawal selia’.

10. Ia adalah kesalahan yang hampir sama dengan kesalahan yang dilakukan oleh Bank Development Bank of Singapore (DBS), Standard Chartered dan Union Bank of Switzerland (UBS), yang dilaporkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS) sebagai “kegagalan kawalan dan kelemahan dalam proses menerima pelanggan serta pemantauan transaksi, selain kelewatan dalam mengenal pasti dan melaporkan transaksi-transaksi yang mencurigakan.” The Guardian melaporkan DBS dikaitkan dengan 10 kesalahan dan UBS sebanyak 13 kesalahan. Kesalahan yang dilakukan oleh Falcon Bank dan BSI Bank lebih teruk lagi sehingga keduanya diarah menutup operasi di Singapura. Falcon Bank diarah untuk menamatkan operasi di atas sebab “persistent and severe lack of understanding” of Singapore’s money laundering controls.” BSI Bank pula telah dikaitkan dengan 41 kesalahan dan dilaporkan oleh MAS sebagai “melakukan pelanggaran keperluan-keperluan Anti Penggubahan Wang, penyeliaan pengurusan yang sangat lemah serta salah laku yang teruk oleh kaki tangan bank tersebut”

11. Jelas sekali prosiding-prosiding ini adalah berkaitan kelemahan setiap institusi kewangan tersebut untuk mengawal selia transaksi dan kegagalan mereka mematuhi peraturan anti penggubahan wang negara berkaitan. Mengaitkannya dengan 1MDB atau ‘dakwaan penyelewengan dana 1MDB’ adalah berniat jahat.

Oleh:
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ


Agak menarik dalam banyak-banyak penjelasan sebelum ini, penjelasan kali ini telah mendapat perhatian daripada Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, si Zaidi yang kena pecat dari TUDM.

Reaksinya dalam satu 'group whatsapp' yang di 'screen shot' dan dihantar kepada MMI amat menggelikan hati kerana si pegawai penerangan itu mempersoalkan siapa Tun Faisal ?


Inilah yang dikatakan hati hitam kerana dalam banyak-banyak penjelasan sebelum ini wakil DAP dari pembangkang sendiri Tang Seng Giaw yang terlibat dalam PAC sudah pun membuat kenyataan menidakkan tuduhan si Zaidi.(cari sendiri di You Tube)

Malah kalau kita lihat kehadiran kedua-dua nama yang disebut dalam politik negara, nampak sangat si Zaidi ni langsung tak 'study' sebab Tun Faisal dah lama terlibat dalam politik malah pernah mengepalai jentera siber UMB di bawah pemuda UMNO.

Siapa Zaidi ?

Seorang Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kita boleh ragui perlantikan beliau sejak Mac 2016 yang lalu itu dibuat atas dasar pemahaman dan pengalaman politik atau belas kasihan ?

Selain dari itu Zaidi juga dilihat tidak punya pendirian, sekiranya perlantikan beliau dibuat dengan alasan kononnya beliau adalah seorang yang berani dan berprinsip, Zaidi lupa yang beliau telah meninggalkan parti PAN semata-mata untuk mendapatkan kedudukan dalam politik dan sanggup menjadi ahli DAP malah memburukkan pula parti PAN selepas itu.

Siapa Zaidi ni ?

Berbeza dengan Tun Faisal, apa jua yang berlaku dan apa jua perubahan sekalipun Tun Faisal kekal bersama UMNO dan terus menyumbang kepada perjuangan UMNO dan kerajaan malah sering menjawab dan menjelaskan tuduhan serta dakwaan berbau fitnah terhadap isu 1MDB.

Tidak pernah meninggalkan perjuangan politik waima apa jua yang mendatang !

Oleh sebab itu dapatlah kiranya MMI rumuskan bahawa puak-puak pembangkang hari ini sedang bermimpi kononnya mereka adalah jaguh dalam membela hak rakyat sedang hakikatnya mereka lebih asyik berpolitik tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Buktinya di Pulau Pinang sendiri, apakah nasib orang Melayu benar-benar terbela di bawah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ?

Apakah kerajaan DAP juga membela nasib bangsa Cina dan India ? 

Jika ada pun mereka-mereka itu adalah dikalangan penyokong selebihnya dibeli dengan bantuan banjir RM700 secara 'one off' walaupun kejadian banjir berlaku lebih daripada 120 kali di Pulau Pinang.

Rumah mampu milik ? Sejak 2008 hingga hari ini, hanya diwaktu PRU14 semakin hampir kerajaan DAP begitu obses mewar-warkan mereka sudah menyediakan rumah-rumah terbabit walaupun realitinya ia bukan dari projek di bawah kerajaan negeri

Apa sumbangan Zaidi ? Menjilat dan terus menyebarkan dakyah !

Akhir kalam, agak-agaklah ada beza antara penjelasan berdasarkan pemahaman dan penulisan sendiri berbanding sikap 'copy paste' yang diamalkan oleh pegawai penerangan Lim Guan Eng bernama Zaidi ni.

Shame on you!

MMI

3 comments:

  1. Mejar Zaidi hahahaha dia ni memang bangang

    ReplyDelete
  2. Zaidi ni macam membaca skrip yg disediakan oleh Ketua Pembangang

    ReplyDelete
  3. Kartun caicai ni lagi. Nk bersih jubor najib macam mana lagi cai? 1mdb memang salah. Jo morgan salah sebab accomplice dgn 1mdb. Bodoh.

    ReplyDelete

Labels