Followers

Wednesday 27 December 2017

RM2.6 Bilion Yang Begitu Di Cemburui Pembangkang


Disebalik semua perkara yang dilakukan oleh pembangkang, mereka lupa bahawa majoriti daripada 32 juta rakyat Malaysia sebenarnya masih lagi percaya bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah wadah dan pilihan terbaik untuk diamanahkan tugas mentadbir negara dan rakyat.

Realiti ini berasaskan kepada keupayaan yang ditunjukkan oleh kerajaan BN walaupun dalam masa yang sama berdepan dengan pelbagai fitnah dan cerita politik khayalan yang pernah sampai ke tahap membawa musibah kepada kedudukan ekonomi negara.

Malaysia sebaliknya terus melangkah kehadapan dan pelbagai dasar kerajaan kemudiannya direalisasikan dengan rakyat mendapat manfaat daripadanya.

Cuma mungkin dalam beberapa perkara pembangkang saban hari memainkan isu-isu paling popular di mata rakyat seperti derma RM2.6 bilion daripada kerajaan Arab Saudi.

Walaupun isu ini telah banyak kali dijelaskan hakikatnya pembangkang masih melihat ianya mampu merencatkan pemahaman rakyat dengan tohmahan ianya adalah wang rakyat Malaysia.

Jadi apa kisahnya ?

Jom kita ikuti penulisan oleh saudara Syed Agil Jamalullail ;

Sebenarnya akaun Amprivate Najib Razak, terima beberapa money trail yg melibatkan 4 akaun pihak Saudi dlm pelbagai tranche. Akaun tu pula sebenarnya adalah akaun private yg diuruskan oleh wakil yg diketahui oleh pejabat Umno dan bukannya akaun personal seperti akaun gaji atau akaun simpanan personal. ianya dibuka khas utk terima derma Saudi dan ditutup selepas baki derma pilihanraya tersebut diagihkan.

total derma politik drpd Arab Saudi ialah RM4.2 billion yg sampai menjelang PRU13 tapi apa yg dipopularkan ialah hanya derma RM2.6 billion, pembangkang mahu menutup money trail lain yg jelas menunjukkan sumber drpd akaun rasmi kerajaan Saudi dan akaun peribadi putera Saudi.

i. US$80 juta drpd akaun kementerian kewangan Arab Saudi

ii. US$120 juta akaun Prince Faisal Bin Turki Bandar AlSaud

iii. US$170 juta syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd

iv. US$680 juta drpd akaun syarikat Tanore Finance (BVI)

Daripada money trail The Wall Street Journal, ABC News Australia [1], Malaysiakini [3] semua mengesahkan trail drpd akaun kementerian kewangan arab saudi dan akaun Prince Faisal bin Turki Bandar AlSaud. confirmed and verified seperti yg diakui oleh menteri luar Saudi, Adel al-Jubeir [2].

Derma RM2.6 billion tu sebenarnya ialah US$681 juta money trail drpd akaun syarikat Tanore yg bernilai RM2.6 billion mengikut nilai tukaran masa tu.

Bagi pihak Najib, dia terima maklumat yg Saudi mahu menderma kepada perjuangan politiknya yg mahu melawan pengaruh DAP dgn berlandaskan Islam Sunni. mana mungkin Najib tau drpd mana duit tu akan disalurkan. malang sekali Saudi salurkan derma itu melalui syarikatnya Tanore dimana syarikat tu ada kaitan perniagaan dgn 1MDB.

Kita bukan boss raja saudi, kita bukan bos putera saudi, kita juga bukan pengurus kewangan saudi, mahupun penasihat kewangan saudi.. jadi bila Saudi nk derma logiknya kita terima saja. takkan nk demand letakkan syarat pulak kpd siapa2 nk derma.. supaya duit tu datangnya drpd akaun mana, berapa, bgaimana dan bila.

Mengikut laporan siasatan abcnews.. mereka juga dh verify surat drpd Saudi yg mengesahkan bahawa wujud surat yg mengesahkan yg syarikat2 blackstone dan tanore itu adalah syarikat Arab Saudi.

ada yg tak puas hati dgn surat ni dan dikatanya palsu.. tiada bukti dikemukakan yg surat tu palsu, tapi menteri luar Saudi sendiri sahkan yg US$681 juta atau RM2.6 billion itu mmg drpd Saudi.

Ada yg kata hantu yg derma sebab Najib cakap terima derma drpd King Abdullah yg dah meninggal. Tapi bila Prince Sultan bin Salman bin Abdulaziz AlSaud mengesahkan bahawa benar Saudi derma kpd Najib [5].. apa lagi yg kita nk ragukan? wsj atau raja saudi? - Syed Agil Jamalullail

Rujuk

[1] money trail drpd kementerian kewangan saudi dan akaun Prince Faisal bin Turki Bandar AlSaud
[2] saudi sahkan derma kpd Najib
[3] money trail drpd kementerian kewangan saudi dan akaun Prince Faisal bin Turki Bandar AlSaud
[4] Saudi confirm derma 680 juta
[5] King salman sahkan derma
[6] Saudi confirm derma 680 juta

Pembangkang semestinya begitu mencemburui parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional kerana masih lagi menerajui negara setelah pelbagai asakan demi asakan yang dibuat oleh pelbagai gerakan sama ada melalui jalanraya mahupun siri kempen politik keterlaluan yang dipenuhi dengan unsur-unsur fitnah gagal.

Kegagalan untuk melihat kejatuhan seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak cukup menyakitkan hati mereka-mereka yang kini kononnya bersatu dalam Pakatan Haprak.

Walaupun pelbagai usaha masih lagi dilakukan, bolehlah kita anggap ianya kini hanya berdasarkan kepada gerak politik mengikut kepentingan parti-parti yang bersekongkol atas nama kuasa dan kedudukan semata-mata, bukannya berlaku dalam bentuk tawaran atau pilihan kepada rakyat.

Atas sebab itu MMI percaya bahawa Barisan Nasional akan sekali lagi mendapat mandat rakyat pada PRU14.


MMI

4 comments:

  1. Kesian, sekarang baru dapat idea nak spin?

    Simple way, PH tubuh kerajaan baru...all story citer di mahkamah.

    Adil untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah lah kluangman apa sekalipun kau nak auta atau nak kata yang penting UMNO bersatu, kukuh dan tidak goyah. Tak macam PH apa pun tak kena dari kepala hingga ke akar umbi masih bercakaran dengan kuasa. DAP kalau dulunya susah nak dengar ahli keluar parti kini ramai melarikan diri dari DAP.

      NGO pun dah tak sefahaman ngan DAP. PH lagi ler banyak masaalah belu. Apa2 ahli dan larikan diri. PKR bercelaru merebut kuasa dan harta rampasan

      Delete
  2. Isu samada umno bersatu atau PH berpecah belah adalah di luar tajuk di atas - nak komen balas pun biarlah cerdik sikit.

    Isu perundangan penyelesaiannya di mahkamah supaya lebih adil dan bukan sekadar persepsi atau salahguna kuasa mengelak diheret ke mahkamah.

    ReplyDelete
  3. biasalah klu dah benci umno raja saudi ckp mmg deema dia pun kluang xleh terima..sama juga la klu gian eng amik rasuah pun kluang akan ckp itu deema bkn rasuah sbb dia sokong PH..konklusinya klu benci umno apa saja berkaitan xbetul..klu suka PH apa yg salah psl PH pun akan sokong..mmg begitulah politik..mana ada yg adil dlm politik semuanya bias..

    ReplyDelete

Labels