Followers

Sunday 7 January 2018

Hishammuddin Mahu Penyokong PH Terima Mahathir Sebagai BARUA !


Apabila masing-masing punya agenda tersendiri sudah pastilah apa jua yang bakal dilakukan selepas ini akan dapat dihidu oleh rakyat.MMI optimis hubungan sesama pemimpin dalam Pakatan Haprak yang terjalin pada hari ini dibayangi oleh sindrom kebencian dan mengkuda kayukan sebahagian daripadanya.

Jika kita amati perkembangan politik tanahair sejak berbulan-bulan lalu, pastinya kita dapat melihat bagaimana aksi kuda memperkudakan itu berlaku secara terang-terangan.

Semua ini dapat kita lihat tatkala Tun Mahathir mula-mula menelan ludahnya sendiri semata-mata untuk bersahabat dengan parti cauvinsi DAP.

Ahli DAP sendiri bangkit mempertikaikan penerimaan DAP itu atas dasar perlakuan Tun Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Malah di akar umbi ahli-ahli PKR, DAP termasuk PAN turut sama mempertikaikan hubungan tersebut kerana mereka melihat apa jua percaturan yang bakal berlaku selepas ini ianya pasti akan memberikan kelebihan kepada PPBM yang baru ditubuhkan.

Pertikaian itu meleret kepada soal kenapa perlunya Tun Mahathir yang dianggap sebagai Maha Zalim dan Maha Firaun itu diberikan keistimewaan ?

Apakah parti-parti sedia ada tidak punya keupayaan selain maruah yang hampir pasti akan digadaikan sekiranya satu pengiktrafan atau Tun Mahathir diangkat sebagai pemimpin tertinggi dalam Pakatan Haprak ?

Apakah tidak ada nama-nama lain yang selama ini berjuang bersama pembangkang termasuk diwaktu menentang kepimpinan Tun Mahathir tidak punya kredibiliti untuk diangkat sebagai pemimpin ?

Kesemua persoalan ini sudah pun berlegar-legar di serata pelusuk negara dan kepimpinan tertinggi Pakatan Haprak sebenarnya menyedari hal tersebut dan kerana itu mereka sedang berusaha dan mencari jalan untuk sekurang-kurangnya memuaskan hati para pengikut mereka.

Kerana itulah akhirnya Tun Mahathir bukan sahaja dipergunakan oleh suku sakatnya sendiri tetapi sudah pun dilabel sebagai BARUA yang perlu diterima oleh seluruh pengikut-pengikut pembangkang dalam usaha mereka merampas Putrajaya.

Hishamuddin Rais dalam satu artikelnya secara terbuka mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya dipergunakan oleh pembangkang.

Bekas perdana menteri yang berusia 92 tahun itu dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan sebenarnya dieksploitasi pembangkang demi mendapatkan sokongan orang Melayu di kawasan kampung dan FELDA.

Artikel beliau itu dipercayai ditujukan kepada penyokong PKR yang bantah Mahathir menjadi calon Perdana Menteri dengan menyebut langkah tersebut merupakan strategi pernah digunakan oleh komunis satu ketika dahulu.

Ini termasuk “Mengepung Kota Dari Desa” bagi menjadikan China sebuah negara republik hingga hari ini.

“Dalam politik Malaysia kunci perubahan ialah Melayu. Tanpa Melayu sampai kiamat pun Malaysia tidak akan berubah. Justeru Pakatan Harapan wajib mendapatkan sokongan undi baharu dari Melayu.

“Justeru saya mengajukan pandangan dari awal lagi agar Mahathir dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri. Ini dalam usaha untuk mendapatkan sokongan penambahan peratusan undi Melayu,” kata Hishamuddin dalam artikel yang disiarkan oleh portal berita propembangkang.

Pakatan Harapan diketuai oleh DAP dan anggota partinya adalah PKR, PAN dan parti baru Mahathir iaitu PPBM.

Mahathir keluar UMNO dua tahun lalu gara-gara kecewa kepentingan peribadi dan kroni-kroninya tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hishamuddin memberi contoh bagaimana Mahathir dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk memancing undi Melayu berdasarkan pengalaman beliau berceramah di FELDA Tersang bersama pemimpin DAP awal tahun lalu.

Kata beliau, cuma 17 tetamu hadir majlis tersebut, namun kini beribu orang Melayu FELDA menghadiri setiap ceramah DAP kerana ada Mahathir dalam ceramah tersebut yang meminta mereka menyokong pembangkang.

Justeru, beliau menggesa seluruh penyokong Pakatan Harapan terutama PKR supaya menerima hakikat bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dicanang-canang calon Perdana Menteri pembangkang berada dalam penjara.

Bagaimanapun, beliau meminta semua penyokong pembangkang jangan khuatir kerana Mahathir sudah berusia 93 tahun ini dan hanya dapat menjadi Perdana Menteri untuk tempoh yang sekejap.

Beliau turut mengingatkan penyokong Pakatan Harapan bahawa jenayah Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun termasuk rasuah, beri projek pada kroni, mengarahkan Operasi Lalang dan menangkap para reformis bukan kesalahan yang besar.

Lihatlah bagaimana usaha menghalalkan kehadiran Tun Mahathir digerakkan oleh pembangkang !

MMI optimis jika keputusan Pakatan Haprak memilih Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri pastinya anai-anai pembangkang yang ada diluar sana akan mula berbunyi !

Tak percaya tunggu !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels