Followers

Tuesday 9 January 2018

Jijiknya Pengakuan Mahathir !



Sejak mula lagi MMI dah dapat mengagak kesanggupan Tun Mahathir untuk duduk semeja dan bersahabat dengan DAP bukanlah kerana prinsip dan moral politik parti cauvinis itu.Ianya berlaku kerana kebencian yang teramat sangat Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Alasan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir terhadap Najib dan kerajaan pun sebenarnya terhasil daripada alunan kebencian yang membuak-buka sehingga sanggup menggadaikan maruah sendiri.

Malahan maruah Tun Mahathir sudah pun ditelanjangkan sewaktu beliau menerima kepimpinan dan parti-parti seperti PKR dan PAN.

Sehingga artikel ini ditulis tidak ada mana-mana pihak sekalipun yang boleh menafikan keterlibatan Tun Mahathir sebagai orang yang paling bertanggungjawab terhadap dakwaan LIWAT Anwar Ibrahim sehingga beliau dipenjarakan di Sungai Buloh.

Penerimaan Mat Sabu oleh Tun Mahathir sebagai sahabat seangkatan juga jauh meleset daripada prinsip bekas Perdana Menteri itu kerana Mat Sabu adalah antara pemimpin politik pembangkang yang melabel Tun Mahathir sebagai kepala perompak, Maha Firaun, Maha Zalim dan lain-lain.

Makanya apakah yang sedang dilakukan oleh Tun Mahathir ?

Ringkasnya Tun Mahathir hanya mahu melihat kerajaan BN ditumbangkan dan Perdana Menteri dijatuhkan !

Itu asas kepada gerakan Tun Mahathir hari ini namun seperti yang beliau ungkapkan di konvensyen Pakatan Haprak baru-baru ini, untuk memenuhi hasrat hatinya beliau tidak mampu untuk melakukannya seorang diri dan kerana itu Tun Mahathir sanggup menggadaikan maruah sendiri dengan menjilat ke semua pemimpin pembangkang semata-mata untuk mendapatkan pengaruh dan mencapai impian hitamnya.

Betapa jijiknya Tun Mahathir hari ini !

Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan bahawa beliau berbaik dengan bekas musuh-musuhnya semata-mata untuk meruntuhkan parti yang pernah menobatkan sebagai ketua negara.

Meskipun UMNO merupakan parti yang beliau perjuangkan lebih 60 tahun namun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa parti keramat itu sudah tersasar dari perjuangan asal.

“Saya ketepikan perasaan saya terhadap musuh yang mengecam saya selama saya jadi perdana menteri dan Presiden UMNO.

“Sayang tak sayang, saya perlu menjatuhkan parti saya sendiri. Saya tahu tak mudah untuk menjatuhkan parti kesayangan saya selama hampir 60 tahun.

“Dan saya tidak pertahankan terhadap kecaman yang dilempar kepada parti yang saya pimpin selama 22 tahun,” katanya ketika berucap sempena Konvensyen PH di Shah Alam, Ahad.

Katanya, apa yang penting kini adalah gandingan partinya iaitu PPBM dengan parti pembangkang lain mahu memenangi pilihan raya sekaligus menjadi kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, meskipun pahit untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga menerima peristiwa, secara tiba-tiba Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau terhutang budi dengan keluarga berkenaan.

SONGSANG dan hilang arah !

MMI

1 comment:

  1. nyanyuk tahap gaban org tua ni...hilang respect aku pd org mcm ni....

    ReplyDelete

Labels