Followers

Saturday, 24 February 2018

KELANTAN Cukuplah 28 Tahun BN TAWAR Diri


Ramai yang kat luar sana kata UMNO yang menerajui BN kini sudah bersama dengan PAS.

Satu andaian yang dibuat berdasarkan kepada hubungan yang terbina atas dasar kepercayaan dan pemahaman betapa prinsip dan asas di antara kedua-dua parti yang selama ini bersaing akhirnya mampu duduk bersama.

Isu membabitkan hubungan ini kemudiannya ditularkan lagi oleh kalangan Pakatan Haprak kerana mereka sedar dan tahu sekiranya ia benar-benar berlaku atas persetujuan politik maka ruang dan peluang Pakatan Haprak untuk terus meracuni pemikiran rakyat bakal berkubur.

Sebab itu kita dapat melihat bagaimana pemimpin seperti Tun Mahathir, Lim Kit Siang, Mat Sabu dan sebahagian lagi dari PKR sering menyerang PAS dan mula mensasarkan pemimpin dan dasar parti itu yang dulunya dianggap sahabat.

Walaupun semua itu dipersembahkan kepada rakyat seluruhnya, realitinya antara UMNO dan PAS kedua-duanya masih lagi parti politik yang berlainan kem.

PAS kekal sebagai parti tunggal yang kini membawa haluan sendiri dan hanya bersama dengan Gagasan Sejahtera dan baharu sahaja melancarkan manifesto mereka semalam.

Manakala UMNO kekal menerajui BN bersama-sama dengan parti-parti komponen yang lain.

Bagi MMI hubungan yang terbina dan terbentuk itu adalah proses kematangan politik yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua parti (UMNO dan PAS) dalam perkara-perkara tertentu yang dirasakan membawa manfaat kepada rakyat selebihnya kedua-dua parti masih lagi berbeza kem.

Kerana itulah BN sentiasa berusaha untuk membela rakyat dan bagi menghadapi PRU14 yang akan datang BN sekali lagi menawarkan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Kelantan supaya negeri itu dapat terus dibangunkan seterusnya muncul sebagai antara negeri yang berjaya di Malaysia. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, sepanjang pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Datuk Seri Najib Razak, peruntukan dan pembangunan untuk rakyat Kelantan tidak pernah berkurangan walaupun di bawah pentadbiran PAS

Beliau berkata, sepanjang 28 tahun Kelantan ditadbir PAS, pihaknya reda dan terus membantu rakyat Kelantan kerana menganggap itu adalah tanggungjawab.

"Saya ingatkan diri dan rakan-rakan, cukuplah 28 tahun Allah beri peluang kepada PAS. Kali ini saya mengajak rakyat Kelantan supaya berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang banyak membantu selama ini secara menzahirkan menerusi sokongan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Rakyat Kelantan harus memilih kerajaan dan parti yang memberi, kalau tidak, kita dikira tidak bersyukur. Marilah berterima kasih kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO tanda syukur kepada Allah.

"Kita merasakan bahawa angin perubahan sudah sampai dan bertiup kencang. Namun saya ingatkan kepada rakan supaya tidak memburuk dan melemahkan orang serta parti lain, sebaliknya cerita kepada rakyat mengenai kelebihan parti kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Tendong, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yakob dan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memberi jaminan akan melakukan pembaharuan secara menyeluruh termasuk peruntukan dan projek di Kelantan, sekiranya berjaya menawan negeri itu pada PRU-14.

"Inilah saat terbaik Kerajaan Pusat membuktikan kepada rakyat Kelantan bahawa kita sentiasa membantu rakyat di negeri ini," katanya. rujukan Sinar

Yang menarik perhatian MMI adalah sikap yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri, walaupun berkempen beliau mengingatkan kepada semua pihak di Kelantan supaya jangan memburukkan mana-mana individu mahupun parti sebaliknya berkempen dengan berhemah iaitu menawarkan pilihan dan kelebihan yang dimiliki.

Selebihnya adalah keputusan RAKYAT.

Inilah sebenarnya KEMATANGAN politik  !

SYABAS !

MMI

1 comment:

Labels