Followers

Monday 19 March 2018

Wajarkah Anak-Anak Ini Dijadikan Mangsa Politik Murahan DAP ?


Pastinya kita sedar bahawa ilmu itu bermula daripada asas dan kerana asas itulah setiap dari kita harus bertanggungjawab !

Tanggungjawab itu tidak hanya terletak pada guru semata-mata tetapi ia merangkumi seluruh hiraki tamadun yang bermula daripada rumah sehinggalah kepada dasar dan pelaksanaan kerajaan sebagai pemimpin masyarakat.

MMI yakin bahawa manusia hidup dalam dunia yang bertamadun dan kerana ketamadunan itulah kita perlu memastikan nilai kebertanggungjawaban itu diletakkan setinggi-tingginya agar mereka yang bakal menerima ilmu itu mendapat manfaat seterusnya menjadi manusia yang berguna.

Namun kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini jelas berbeza dan ianya telah mencetuskan kritikan masyarakat termasuklah para netizen yang secara terang-terangan merasakan apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sewaktu merasmikan tuisyen rakyat adalah satu tindakan diluar norma kemanusiaan apatah lagi Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin.

Apabila kita mula mensasarkan kumpulan pelajar (gambar atas) untuk kepentingan politik maka ianya secara tidak langsung telah menghukum diri kita sendiri.

Lim Guan Eng sebenarnya telah menghukum dirinya sendiri apabila menjadikan anak-anak itu sebagai bahan bagi kepentingan propaganda politik murahan yang secara jelas cuba menyemai rasa kebencian terhadap pihak yang lain.

Apakah itu nilai yang sewajarnya kita curahkan kepada anak-anak tersebut ?

Tidak ada salahnya seluruh masyarakat mahu mencurahkan bakti dan segala daya terhadap anak-anak pelajar tetapi biarlah ianya dibuat dengan ketelusan dan keikhlasan untuk melihat mereka lebih berjaya dan menjadi manusia yang punya nilai dan adab.

Hakikatnya tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Lim Guan Eng serta mereka-mereka yang terlibat bertindak sehingga ke tahap itu (lihat video di bawah) adalah satu tindakan yang mengkhianati bukan sahaja anak-anak tersebut tetapi juga institusi pendidikan itu sendiri.



Jika kita melihat dalam sejarah politik negara, pemimpin pembangkang sering menyerang program Permata dengan pelbagai tuduhan semata-mata untuk menjejaskan reputasi program itu serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara sehingga usaha murni Datin Seri Rosmah dilongkangkan oleh para pemimpin pembangkang.

Dan kita tahu semua itu dilakukan kerana obses politik yang melampau namun sejak tertubuhnya program Permata tidak ada waima sekalipun anak-anak pelajar Permata di seluruh negara dipasakkan dengan elemen politik seperti mana yang dilakukan oleh Guan Eng terhadap anak-anak di Pulau Pinang.

Sedangkan kerajaan BN di bawah teraju UMNO boleh melakukannya jika itu yang menjadi fokus dan kemahuan mereka.

Soalnya kenapa semua itu tidak dilakukan ?

Lihat video di bawah dan fahami asasnya ...



Terimalah hakikat bahawa dasar kerajaan BN yang percaya bahawa anak-anak ini tanpa mengira kaum dan agama adalah PERMATA negara dan mereka perlu dilengkapkan dengan ilmu agar satu hari nanti mereka akan menjadi manusia yang mampu memastikan dasar perpaduan negara terus terbela.

Malah kita mahukan supaya anak-anak ini menjadi seorang rakyat Malaysia yang faham dan tahu menilai dan membezakan antara hak dan batil mengikut lunas-lunas perlembagaan negara Malaysia.

Kita juga mahu mereka menjadi generasi MERDEKA yang lebih berjaya sejajar dengan dasar TN50 untuk melihat Malaysia menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Bukan menjadikan anak-anak ini sebagai alat untuk kepentingan politik murahan seperti mana yang dilakukan oleh Guan Eng dan kuncu-kuncu biadapnya.

Bayangkan mereka baru berkuasa di Pulau Pinang, bagaimana jika mereka menguasai Putrajaya ? 

Apakah kita mahu melihat anak-anak ini menyanyikan lagu DAP pada setiap pagi ?

Justeru itu rakyat seluruh Malaysia khususnya di Pulau Pinang perlu menjadi hakim dan menghukum kebiadapan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dalam PRU14 yang akan datang.

Tolak DAP !
Tolak Pakatan Haprak !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels