Followers

Tuesday 14 April 2015

KWSP Tolong Turunkan Had Pengeluaran Kepada 45 Tahun !!! @NajibRazak @KWSPBuzz

Tak semua yang belajaq tinggi tu pandai !!

Rasanya istilah ini kadang-kadang boleh kita gunakan sebab tak semua yang belajaq tinggi-tinggi tu sampai dapat pegang jawatan besaq dan tinggi-tinggi pandai dalam semua perkara.

Samalah dengan satu isu terbaru ni apabila CEO KWSP nak naikkan had umur pengeluaran wang pencarum kepada 60 tahun.

Apa punya bingai ! Tempoh masa umur 55 tahun tu rasanya dah cukup eloh dah , lagipun kalau kita baca purata jangka hayat manusia di Malaysia ni lebih kurang 70 tahun ja.Jadi 55 tu dah kira eloh dah pun ! 

Antara alasan KWSP untuk naikkan had umur ke 60 tahun adalah wang tersebut akan habis diantara 5 ke 10 tahun sekiranya pengeluaran di buat pada usia 55 tahun.

Hello !!! Yang dok kalut sangat tu pasai apa , itu duit pencarum , lepas dikeluarkan maka sudah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka sendiri.Sama ada mereka nak gunakan sampai habis sekalipun apa masalahnya ? Pencarum tak boleh salahkan KWSP pun !!

Bukan semua pencarum bodoh bro !! Mereka tahu apa yang patut mereka lakukan , malah bagi umat Islam sebahagian besarnya mungkin menggunakan wang tersebut untuk menunaikan umrah dan sebagainya.

Bagi MMI dalam keadaan ekonomi dunia hari ini , maka sewajarnyalah setiap pencarum diberikan ruang untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka apabila melebihi tempoh usia 45 tahun.

Bukan semua , untuk 45 tahun setiap pencarum layak mengeluarkan 1/3 daripada akaun nombor satu masing-masing dan begitu juga apabila mereka sampai ke umur 50 tahun boleh mengeluarkan lagi 1/3 daripada akaun nombor satu sebelum boleh mengeluarkan kesemua wang simpanan apabila mencecah usia 55 tahun.

Bukankah ini sedikit sebanyak akan mengurangkan beban pencarum dan rakyat ??????

So CEO KWSP tolong pertimbangkan cadangan ni ? 

Kalau rasa cadangan MMI tu tak boleh nak buat maka tolong kekalkan pengeluaran akhir di usia 55 tahun !! Jangan dok pandai-pandai !!!

MMI

8 comments:

  1. Mmg laa...duit masing2... mmg hak masing2...

    Tapi bila habis ..... kjaan jugak yg dipersalahkan...

    spork langsung tak boleh keluar umur 50 thn...55thn pon x boleh keluar sehingga umur 60thn baru boleh keluar....tak kecoh pon...

    lebih baik ckp dgn budak2 yg baru kerja tak payah carum kwsp jee laa.... 10% tu dan 11% majikan tu diberi saja laa pada badak2 ni bayar ptpn..

    Nnt bila tua x dak duit... sepakk jaa masuk longkang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello..sape salahkan kerajaan kalau duit pencarum habis? Skrg ni pun rakyat tgh salahkan kerajaan sebab beban rakyat bertambah akibat GST.

      Delete
    2. Dahla kedekut taik idung pahit. kononnya pulangan pelaburan hebat tapi bayar dividen kpd pencarum ciput je. Jika nak buat pun..buatlah opsyen2 yang sesuai. Bukan semua orang bersara pd 60tahun. Itupun ada hati nak lanjutkan persaraan smp 62 atau 65 tahun.

      Delete
    3. KWSP ni mmg taik idung masin...kedekut sokmo...!! Tahu tak aset carumannya bernilai RM 636.53 bilion. Caruman bulanan cecah RM 4.76 bilion dan tahunan RM 57.17 bilion. Tapi dividen dibayar adalah sekitar 6% lebih sikit. Mana pernah lebih kalau banding dengan ASN/ASB, Lembaga Tabung Haji dsbnya. Cukup..cukup...kita tak dengar besok wang kita itu dipinjamkan pada 1MDB pulak. Duit kita, hak kita. Terpulang pada kita bila sampai masa pengeluaran untuk menggunakannya.

      Delete
  2. Umur 50 keluar 1/2, umur 60 keluar habis, sempat merasa untuk sesiapa kembali sebelum u,mur 60. Tolong pertimbang kan kwsp.

    ReplyDelete
  3. Dari PM ke Menteri ke CEO GLC semuanya blur ...

    ReplyDelete
  4. Duit tabung org pn nak di kawal.. Helo udahlah.. sukati org nak buat apa. Duit simpanan hari tua bkn hari mati! Duit tu byk kegunaannya. Nk di lunaskan hutang rumah, pelajaran anak2, tunai haji/umrah dsb.. Org simpan bkn utk suka2..

    ReplyDelete
  5. Saya kira tindakan KWSP ini tidak bijak . Saya tak pasti apa yang tersirat . Umum tahu KWSP adalah salah satu dari tabung kerajaan , justeru kerajaan pada masa tertentu boleh wang tabung berkenaan. Dalam keadaan ekonomi negara dan krisis kepimpinan yang gawat ini tindakan KWSP itu boleh menjurus kepada persepsi rakyat bahawa kerajaan akan
    menggunakan wang daripada tabung itu untuk melangsai hutang negara sedangkan wang itu wang rakyat . Justeru bertambah marahlah lagi rakyat kepada kerajaan.

    ReplyDelete

Labels